Ahad, 28 Mac 2010

Ema tersingkir di konsert kedua af8. 3 pelajar mendapat Undian terendah adalah Maulana, Ain dan Ema. Namun undian Ema tidak mencukupi untuk membolehkan dia terus kekal di AF8. Sungguhpun Lagu yang dinyanyikan oleh Ema iaitu Pakai Buang mendapat pujian pengkritik namun jari jemari pengundi menjadikan Ema mangsa seterusnya selepas pada konsert pertama mangsanya adalah Shah.

Debaran AF8 ini memang mendebarkan. Pada malam konsert semalam Sarimah ada bertanya kepada Adira, seandainya kakaknya iaitu Ema akan tersingkir apakah Adira sanggup mengantikan tempat kakaknya?.. hahahaha. Ternyata kata2 Sarimah itu masin lah pulak. See... Ema tersingkir.

Tapi memang susah juga nak undi kalau ada adik-beradik. Undi mmg pecah. Dan keadaan seperti ini memang sudah dijangka. Walaupun ada pelajar lain yang disuspect akan terkeluar kalau dilihat pada persembahan semalam namun kita sudah penat terkejut kerana yang kurang menyerlah masih terselamat. hehehe. Dalam af lepas2 pun sudah biasa berlaku mcm ni kan..

Pada Debaran Af8 tadi.. mereka menyanyikan lagu sekolah menuju puncak selepas tidak mempersembahkannya semalam. Sebelum undian ditutup Sarimah menumumkan 3 pelajar mendapat undian terendah iaitu Shahir, Ain dan Ema. Selepas itu ditayangkan disebalik tabir konsert semalam. Then, mereka mempersembahkan lagu bonus. Ditayangkan juga VT siapa kah pelajar paling menyerlah dan mengecewakan pada konsert semalam. Paling menyerlah 1. Maulana 2. Adira 3. Iwan. Paling mengecewakan 1. Nad 3. Anum 3. Daus. Tu antara nama yang pengkritik dan pengetua sebut. ^__^ v. hahaha. Selepas itu krew pun hantar beg itu ke atas stage. Dan akhirnya.. Sarimah mengumumkan Ema tersingkir. haha. Kalau minggu lepas.. Debaran AF8 pertama tak cukup masa tapi kali kedua ini ada 4minit lagi masa. Aku tengok jam ok. Sarimah terus jalan dan pergi ke belakang stage. agaknya dia terlupa nak cakap 'sebelum itu kita lihat perjalanan Ema semasa di AF'. sebab VT tu ada ditayang masa last.

Siapa bakal tersingkir minggu di konsert ketiga??

3 Comments:

  1. akihiko said...
    thx 4 da info
    x sempat lak nak tgk debaran af td
    XD

    akihiko
    Anonymous said...
    TQ..VERY PANTAS..I PUN XSEMPAT TGK DUA2 DEBARAN..MALAS NAK TUNGGU...
    zrull said...
    sama2.

    kesiannyer Ema tersingkir. :(

    ^___^ v.

    xper kalau xsempat tgk.. berulang kali gak ulangan kat tv. kat youtube pun ada orang upload.

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every