Tarikh : 18 Ogos 2009

Perkara : Syarahan Umum Wacana Pribumi
Tempat : IPS, Universiti Malaya

Seminar pada kali ini juga sangat best. Perkara penting adalah untuk memartabatkan nasib Orang Asli di Semenanjung yang dikatakan kian terpinggir oleh banyak pihak. Seminar pada kali ini berkenaan dengan harta khazana orang asli seperti perubatan tradisional oleh Prof. Emeritus Hood Salleh dr UKM, dan pahlawan2 yg berbangsa Orang Asli yang terlibat dalam mempertahan negara malaysia semasa zaman komunis dan sebagainya oleh Supt. Ramli dr PDRM.

Apa yang menariknya syarahan umum ini dapat menjelaskan bahawa jasa Orang Asli ini dapat dimartabatkan dan tidak dipinggirkan. Syarahan ini turut dihadiri oleh agensi2 kerajaan, termasuk Senator Dato Osman. Majlis ini dirasmikan oleh Prof Danny Wong Tze Ken iaitu sebagai wakil Naib Cancelor UM yg tak dapat hadir ke majlis ini.

Syarahan ini adalah dianjurkan oleh Institut Pribumi Malaysia Univeriti Malaya. Saya sebagai urus setia yang terlibat secara langsung dalam syarahan ini. (Uikk.. penat juga oh mau urus dewan dan lain2. tapi berjaya juga lah.)


Sehari sebelum syarahan diadakan... sedang setting dewan..



Gambar semasa majlis berlangsung..




Orang-orang kuat...




Sesi syarahan..




penyampaian cenderahati sebagai penghargaan..



Bersama Senator Dato Osman


Pendaftaran peserta

Pasukan urusetia yang mantap..hahaha


Sedapnya makan... hehe



Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, Tn Haji Yanya Awang, Mary Lalim, Kak Mun, Kak Aisyah, Azizah, Marry Lalim (orang paling penting), Firdaus H dan sy (Azirul). Dan semua yang terlibat!!

Jumpa lagi di lain hari!

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every