30 Ogos 2009

Hari ni Ahad. Masa puasa pun dapat lagi berjalan. So, terpegi la kat Mid Valley (selalu pegi mid sebab dekat dengan rumah..hehe). Sejak study di UM, Mid la tempat lepak2. Habis kulia ja terus naik bas ke Mid..hahah... gilerrrrrr.

Sebelum gerak.. sempat lagi menonton MELODI di Tv3. Tak mahu juga ketinggalan kisah2 panas artis2 bah kan. hehe. Lepas habis jam 1.30pm tu terus nak teksi pegi Mid. Kawan sudah tunggu kat sana. wah.. 'jumpa kat information center' pabila aku membaca mgs yg aku dapat. Tu kawan yg sent kat aku. Ok.


Dekoresion dalam Mid Valley


Mcm biasa.. kena beli tiket wayang dulu. Kali ini movie pilihan adalah.. 'Orphan' (anak yatim piatu). Tapi start jam 4.15pm. Masa lama lagi.. baru jam2pm. So, round2 dulu lah keliling mid. Ngam2 Padini ada buat sales. murah murah. berebut2 orang dalam kedai tu. ceh.. kami pun busy body ikut2 berebut la konon..wakaka... lucu. Masa puasa pun sempat lagi buat mcm ni.


amboii... posing nampak....

Pilih punya pilih dapat la apa yg berkenan dihati. Target nak beli untuk dipakai masa raya nanti. hehe. Kawan aku tu yang berabis membeli. Aku just tolong dia pilih saja. opsss... masa tayangan movie da nak hampir. After that.. bayar cepat2. ok


emm....aku langsung tak tahu apa citer Orphan ni. langsung tak dapat bayangkan. Sebab tak ada buat research sebelum tu. jadi kena fokus ok fokus. Ok lah... aku nak ulas sikit2 saja. Tak boleh ulas banyak2 nanti kalau korang dah tahu nanti tak best bah kan. Cerita ini sangat saspen.. kisah sebuah keluarga yang mengambil anak angkat untuk dipelihara. Budak yg mereka amik tu sangat misterius.

menonton wayang...iaitu Orphan.

Lepas habis tgk movie terus bergegas ke Hotel Boulevard. Dekat saja.. sebelah Mid Valley saja. Buffet berbuka puasa beraada ditingkat 9. Kami sampai 15minit sebelum berbuka puasa. Ambil la apa saja. Banyak sangat makanan lah. memang tak habis. Makan apa yang mampu saja. Ramai juga orang2 yg berbuka puasa kat sana. Akhirnya.. laungan azan berkumandang dicorong TV. Jom makan. Jgn lupa baca doa. hehe..ngam2 masa ni ada pelancong2 muda dr Jepun makan kat sebelah kolam. Ramai lebih kurang 20 orang. Rambut dorang smart bah. :P



Dapat ka habis ni??? Nda tahu la...

Sebelum

Selepas...





Mcm biasa... lauk fevret adalah seafoods.. ketam, udang, kerang, siput, sotong. Tak lupa juga.. ayam, sate, sayur2an. Semua yg berkahsiat lah..wakakka. Makan sikit2. yg penting semua hidangan dapat dirasa. Makan pencuci mulut; rojak buah, air jus, kek, aiskrim. semua dapat rasa juga. Perut pun sampai kenyang. Terima kasih kepada Boulevard Hotel ok.

Lepas berbuka puasa terus singgah ke Jusco membeli barang2. Then balik rumah. yeahhhh...

2 Comments:

  1. kyro said...
    Punya mewah kau buka puasa...beliur liur sia tinguk ooo....kami sini makan nasi sama ikan guring ja.Yg lebihan makanan kau tu pun kira untung sudah kalau kami dapat...simbuuti
    zrull said...
    adeh... telampau banyak makanan. nda habis. mmg sedap. sekali sekala saja buka puasa mcm ni. hari2 mengunang, meggi juga. hehe..

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every