Lawak H1N1

Harian Metro, 5 Ogos 2009

Komen pasal gambar kartun tu: haha.. sepanjang pengamatan di KL ni mmg ramai yang pakai topeng penutup hidung dan mulut tu. Ramai juga yg segan nak pakai sebab terasa diri mereka tu mcm Doktor pulak. haha..lepas tu.. bermacam2 jenis topeng yg sy nampak.. ada yang pakai mcm topeng moto untuk racer tu, ada yang hanya menutup hidung dan mulut dengan tangan saja. Cuma jaga2 sebab mungkin ada dicop sebagai penjenayah semasa memakai topeng. hahaha

Saya beli akhbar harian metro semalam..berabis sy ketawa nampak kartun ni. hahaha. Kes H1N1 rupa-rupanya bukan penyakit biasa. Di seluruh dunia sudah ratusan nyawa yang telah mati. Di Malaysia pula sudah mencatatkan kematian ke-7. Gawat juga tu...lebih menakutkan lagi apabila ribuan lagi sudah dilaporkan positif virus ini. Setiap hari ada saja kes baru yang dilaporkan. Seakan-akan mereka yang sihat hanya menunggu untuk terkena jangkitan. Harap2 penjagaan kesihatan terus diutamakan. Jangan pulak sudah terjangkit barulah sedar. ok

Di bandar yg dihuni jutaan manusia dengan kepadatan penduduk yang tinggi pulak tu amatlah merisaukan. Terjangkit seorang cerahlah orang disekelilingnya untuk terjangkit juga. Adehhh...




0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every