Profil Penuh

Nama Penuh :

Rubisa binti Tiasin

Nama Manja :
Eila

Umur:
22 Tahun

Tarikh Lahir :
18 Julai 1986

Agama
Islam

Bangsa
Bajau/Banjar

Status
Berkahwin

Asal
Kota Marudu, Sabah

Tinggi
152 cm

Berat
47 kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Menyertai pertandingan nyanyian.

Penyanyi Idola
Rossa & Faizal Tahir

Impian
Menjadi seorang penghibur

Adik-beradik
Kelapan daripada 10 beradik

Deskripsi: Berkahwin dalam usia yang muda tidak menghalang gadis manis Kota Marudu ini untuk terus berjaya dalam bidang seni. Sangat bersungguh-sungguh dengan setiap perkara yang dilakukan. Menyimpan hasrat untuk menjadi penghibur sebaris dengan Rossa, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Mengikut pertandingan dalam usia 9 tahun buat pertama kali dan menjadi johan.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Dapat menyanyikan pelbagai bahasa contoh: Jepun, Tagalog, Spanish, Cina, Inggeris, Hindustan, Thailand....

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang penyanyi.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Dapat membantu ibubapa serta adik-beradik dalam kesusahan.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Memenangi banyak pertandingan nyanyian (manis)
Meliht kedua ibubapa dalam kesusahan membesarkan kami (pahit)

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Pertabalan Agong yang baru.
Pilihanraya Malaysia

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Kembali kepada anak dan suami, menjalani kehidupan biasa.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Hentikan semua peperangan.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin menjadi artis yang boleh menyumbangkan sesuatu ke atas Malaysia (sesuatu yang berfaedah).

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Anak (Samsul Danial). Kerana dialah satu-satunya anak yang saya ada.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Ikan emas & flowerhorn. Gold & Jambul. Ikan comel dan senang dipelihara.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya dah bersyukur menjadi manusia. Tak terfikir dan tidak ingin menjadi haiwan.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Lesung pipit
Gigi lapis
Mata sepet ke atas

sourse: astro.com.my

0 Comments:

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every