wah....16 Disember tiba lagi. Ini mmg my birthday. Tapi tak pernah kena celeberet...tak apa la juga. Yg penting hari tu birthday ku..hahahah...
si sengaja pergi ke CC utk menulis blog dan check out my fs. hehe. Thanks coz give me the wish for my birthday ye. makasih.
well, nanti lah sy tulis panjang2.
P/S: i will update this next time!!
Labels: Diary
Setelah hampir 2 tahun tidak pulang ke kampung halaman, maka aku mengambil keputusan untuk pulang. Sabah adalah negeri ku. Kota Marudu adalah daerah ku. Kg. Morion adalah kampung ku. Aku akan menuju ke tempat itu. Aku akan menaiki AirAsia dari KL ke KK. Semoga semuanya selamat!!!
Apa yg aku tahu...pasti ada banyak perubahan yg berlaku. Sistem jalanraya yg sekian lama masih garvel kini sudah dinaik taraf menjadi jalan bertar tidak lama lagi. Kerja2 menaiktaraf sedang giat dijalankan. Jalan kampung ku yg sunyi itu bakal meriah kembali. Sebab sebelum ini kereta dah jarang lalu kat jalanraya kampung ku kerana jalan teruk dan mereka lebih suka ikut jalan lain yg bertar walaupun jauh. Harap2 lepas ni ok.
Hari-hari terakhir di KL mmg best. Jalan2 la dgn kawan2. Ramai yg tak suruh aku balik Sabah. Takut aku tak kan kembali ke KL lagi kot??? hehehe..entahlah. Wait and see jer. Memang resume2 yg aku hantar menggunakan alamat KL dan KL adalah 1st choice ku. Tapi..boleh tukar gak kat Sabah nanti. Yg penting Muzium Negara tetap menjadi pujaan hati ku..hehehe.
Tak ada pa yg aku nak bawa balik kat Sabah bah. Paling2 pun barang2 keperluan aku sendiri. Cuma Cd Game Taken tu kena bawa balik. Sebab laptop aku tinggalkan kat rumah kakak ku. So, memang kompom boring ni...main PS2 je lah. Lawan dengan anak buah ku...afik, boy dan kit.
Then, kat Sabah nanti, aku ingat nak jalan2 lah. Tu pun kalau ada masa lah dan ada kawan. Mau p di 1borneo dan Simpang Mengayau lagi. Lama sudah tak pegi sana. Harap2 dapat juga la sy jumpa kawan2 baik yg tengah bercuti juga...terutamanya si Herlly, Musli, Zack dan lain2. Makan sup di KM. mcm biasa tu..hehehehe.
Dan juga, buat semantara waktu..jumpa lagi kepada kawan2 yg tak suruh aku balik tu..Daus, Dash, Mary, Midah, Mun dan ramai lagi. Korang best la sebab dah keja. aku tanam anggur. :P . Kawan2 Chatter di Room 5 Sabah..sorry...tak dapat chat dengan korang lagi. huhuhuhu....hehehe. Nanti la..sekali-skala aku pegi CC di pekan surf internet...
Thanks kepada kakak dan husband nya sebab bagi aku penginapan free dan semua free di rumah dorang. Thanks. Nanti aku balik kat rumah korang lagi kalau ada kesempatan..hehehe.
To all, see u next time...babay...
ni video untuk kawan2 semua....
Labels: Diary
Persidangan Kebangsaan Orang Asli Selepas 50th Kemerdekaan Negara: Sumbangan dan Pencapaian Dalam Pembangunan Negara
2 comments Posted by zrull at 4:08 AMSyabas kepada semua yg terlibat dalam menjayakan persidangan yg gempak ini. well, aku just urusetia je dalam persidangan ini. tapi..penat juga la walaupun 2hari je ia berlangsung.
Sebenarnya sejak awal lagi aku dah diajak untuk membantu dalam proses menguruskan persidangan tentang Orang Asli ini. Pada mulanya aku banyak bantu tapi..tiba2 aku jadi busy. So, tak dapat nak tolong lagi. Tapi last2..seminggu sebelum persidangan ini berlangsung aku diberitahu bahawa aku telah dilantik sebagai urusetia. Kerjanya sebagai mengurus pendaftaran semua peserta, pembentang dan modereter.
Hari Pertama (19hb)
Pada tarikh 19hb November tu...aku bangun awal pagi. Majis start jam 9am. Tapi sebagai urusetia kena hadir pada jam 8am. wah, dapat jga bangun awal. cepat2 siap terus pegi bus stop. Nak naik bas ppegi UM tapi lambat giler. So, aku naik teksi lah. Sampai la di UM. Tambang teksi rm5.30. hehehe...Akhirnya sampailah kat Muzium Seni Asia UM.
Saat jam 8.40am mcm tu kami telah bersedia dengan kehadiran hadirin.Bingung juga la..sebab ramai sangat yg hadir. Nasib baik ada juga yg sama2 dengan aku untuk jaga pendaftaran tu. semua yg hadir tu pula bukan calang2 orang nya...ada menteri, datuk, datin, lecturer, student dan lain2. Kena ikut protokol lah kiranya. hehe.

Selepas semuanya selesai..upacara perasmian dimulakan. Ucapan alu-aluan dilafazkan. maka dengan rasminya bermulanya Persidangan Kebangsaan Orang Asli Selepas 50th Kemerdekaan Negara: Sumbangan dan Pencapaian Dalam Pembangunan Negara. Majlis yg dirancang dengan rapi nampaknya berubah disebabkan ada beberapa masalah ketidakhadiran. tapi itu adalah perkara biasa dan dapat diatasi.
Pada hari pertama, sebanyak 5 sesi pembentangan telah diadakan. Isu2 menarik dapat diutarakan oleh para pembentang. sepanjang semua sesi, aku jadi penjaga masa. Senang je jaga masa. aku diberikan lonceng. masa pembentang sebanyak 20minit. Bunyikan lonceng sekali sebelum 5minit tamat pembentangan dan bunyikan dua kali apabila masa tamat. Puas juga la membunyikan lonceng. hehe.



Sesi pembentengan masa hari pertama akhirnya berakhir pada jam 6pm. Semua begegas balik ke tempat penginapan masing2 kerana pada malamnya telah diadakan dinner sempena persidangan ini yg bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kami sebagai urusetia kena pergi ke Hotel lebih awal untuk melakukan set up supaya majlis berjalan lancar. Kami menaiki bas khas yg disediakan oleh Jabatan Muzium Malaysia utk ke hotel. Walaupun tak sempat mandi tapi...aku ada membawa baju utk dipakai masa dinner tu. Temanya adalah baju batik. Best la dinner ni..makanan pun sedap. Majlis bermula pada jam 8.50malam. Selepas diadakan ucapan alu-aluan maka pada jam 9.30malam acara yg dinantikan iaitu menjamu selera dimulakan. hehe..sedapnya. Sambil menjamu selera majlis dihiburkan oleh persembahan kebudayaan daripada Orang Asli yg sangat2 mengagumkan.













Hari Kedua (20hb November)
Hari kedua nampaknya berjalan dengan lancar. Sebab segala urusan yg penting sudah diselesaikan pada hari pertama. Sesi pertama berlangsung pada jam 9am. Hari kedua cuma menumpukan kepada sesi pembentangan. Sebanyak 4 sesi pembentangan diadakan dan ia agak menarik. Isu2 tentang Orang Asli terus hangat diperkatakan ( tak nak ulas la apa yg dorang bincang).




Well, pengurusan masa memang baik. Jangkaan masa utk tamat pada jam 5.30pm akhirnya tepat. Keluar2 jer dari Muzium Senia Asia tu rupanya kat luar kuat giler hujan. Tapi...akhirnya berhenti. Balik rumah terus.










Terima Kasih kepada semua yg terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga bertemu lagi di lain masa. Isu tentang Orang Asli haruslah dilihat dalam pelbagai aspek. Mereka harus mendapat hak yg wajar untuk terus meneruskan kehidupan. Sampai berjumpa lagi ye.
10 perkara sepanjang persidangan:
1. Cik Mary yg orangnya lawak tiba2 jadi garang semasa persidangan
2. Suasana bilik pembentangan sungguh sejuk. Ramai yg menggigil kesejukan. Mcm kat kutub jer. hehe..
3. Hamidah yg bertugas sebagai juru lapor sesekali terbatuk2. Selesema.
3. Micropon mengalami kerosakan. Tapi masih ok.
4. Persembahan orang asli begitu menarik.
5. azirul (penulis blog ini) bertugas jaga masa sepanjang persidangan.
6. Masa dinner senator tiba2 pitam.
7. Semasa menyanyi lagi negara ku..cik mary berlari keluar dewan.
8. Makanan dinner sungguh lazat sekali.
9. Cik Mary yg berbangsa kadazan dikatakan berbangsa Orang Asli. hehe
10. Semuanya adalah menyeronokan.
Labels: Persidangan Orang Asli
Best giler!!!
Sebagai anak jati negeri Sabah, seharusnya kalau boleh setiap tempat di Sabah itu harus dilawati. Tapi apa boleh buat, Sabah tu besar dan perlu banyak waktu untuk melawati tempat2nya. Lagi pun, hidup ni busy so nak jalan2 pun susah kerana banyak perkara lain lagi yg perlu kita lakukan.
Namun, aku berkesempatan jalan2 ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Memang masa sekolah menengah dulu selalu pegi di UMS ni tapi tak sempat ambil gambar. Cuma baru2 ni je pegi sana dan ngam2 terbawa Camera. So, apa lagi ada lah juga kenangan masa kat sana. hehehe..(bukan poyo ye..).
Aku yg study di Universiti Malaya masa tu sudah tahun akhir. Dan aku perlu menyiapkan sebuah Latihan Ilmiah sebagai syarat kepada pengurniaan Ijazah. Oleh kerana kajian ku berdasarkan Sejarah sabah (ada tajuk yg lebih khusus lagi) maka Arkib Negeri Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan UMS menjadi lokasi ku untuk mengumpul bahan dan dibawa ke UM. Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Ok sangat.
Aku sempat lagi tidur kat Kingfishier iaitu di hostel kawan ku nama dia Zaki. Dia study di UMS dalam jurusan Antropologi. Lebih kurang mcm aku juga yg amik jurusan Sejarah kat UM. Dia lah yg berperanan membawa ku ke sana sini semasa di UMS. hehe. Thanxxxxx yah.












Semoga lain masa aku akan dapat jalan2 lagi disini. Iya lah kan sekarang ni masih stay di KL. Susah sikit nak jalan2. Tapi, travel sambil buat research memang kegamaran ku. Tu pun kalau ada duit. hehe.
Labels: Diary