20 September / 1 Syawal
Salam Aidilfitri kepada semua.
Aidilfitri datang lagi. Cepat masa berlalu. Wow. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya adilfitri kepada Ibubapa, adik beradik, cousins, kawan2, warga SAM dan KUSNET, rakan2 bloger dan semua yg mengenali diri ini. Maaf Zahir Batin!!
Alhamdullilah, raya tahun ini saya beraya bersama keluarga di Kampung Morion (tempat lahir), Tandek, Kota Marudu. Semua adik beradik2 dapat berkumpul dirumah kecuali kakak saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur tidak dapat balik kampung.
Hari Raya Pertama Kaum muslimin akan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri. Best juga pegi sembahyang raya ramai2.
Masjid Tandek
Pergi Sembahyang Sunat Raya bersama keluarga
Emm.....Sesekali dapat berkumpul dirumah kayu ini meriah rasanya. Apatah lagi kalau bersama anak2 buah. Riuh-randah jadihnya. Sampai kepala pun pening melayan. Biasalah budak2...ada yg menangis, bergaduh2, bising, tak boleh duduk diam. uhhhhh.....Pergi Sembahyang Sunat Raya bersama keluarga
Lepas sembahyang Raya, kami terus pergi ke beraya di rumah keluarga di Kg Garuda. Lama juga tak jumpa dorang. Raya ni lah yg menemukan semua, mengeratkan silaturahim. Em.. gara2 lama sudah tidak jumpa sampai mak cik pun sudah lupa saya. hahaha... Raya pertama lagi dah kenyang. :P
Abang - 4 anak.
Kakak pertama - 3 anak
kakak kedua - 6 anak
kakak Ketiga - 4 anak
Kakak keempat - 1 anak
emmm... ramai juga anak buah saya ni.
Anyway, Selamat Hari Raya AidilFitri.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.