Saat aku menulis blog ini aku ada kat CC. hehee. Saja nak tulis yang aku da nak balik bercuti kat kampung kat Sabah. Selama sebulan cuti sem ni rasanya xada banyak masa untuk enjoy sebab kena cari bahan untuk nak buat tesis. Maklumlah keperluas kursus yang aku amik wajib kena buat tesis. Masalah problemnya skg ni..tajuk tesis pun x kompem lagi. Macam mana tue?..masalah besar tu..sedangkan aku ada satu sem lagi..huhu..harap2 di Sabah nanti aku dapat bahan yang aku cari2.

Mulai sesi depan pulak aku da stay kat luar. Tak stay kolej lagi..huhu..sedih juga berpisah ngan kawan di kolej tu..my ex-roomate azwan dan Ron. kawan2 baik pulak ada Daus, Fendi, Poji, Jamil dll. Sejak dari first year hingga sekarang terlalu banyak pahit manis aku lalui lah. Aku join projek2 kolej, ikut aktiviti Universiti, makan makanan masakan macik Du dll. emm..mcm Ron (roomate aku) selalu cakap..kat 2nd ramai gadis cun2..huhu..

Semasa nak check out time 24hb tu, aku da amik semua2 barang2 aku bawa balik. Bila sampai kat ofice nak check out seperti biasa ada Kak Intan da Kak Su bertugas. Kak Intan yang biasanya marah bila ada urusan kat ofice tu nampaknya ok sahaja. Aku dapat check out dangan bergaya..haha..then, sempat juga meminta maaf kat mereka sepanjang ada salah silap semasa menginap di 2nd. Wajah mereka tersenyum gembira...rupanya Kak Intan tu agak comel juga bila senyum..huhu..

Semasa da habis exam ni pulak..kerja aku tengok wayang jer. Mcm2 citer aku tengok. Rasa best pulak rasanya. Tp da nak balik ni..sambung tengok sem depan pulak..huhu..sem depan harap2 ada la yag nak belanja aku lagi tgk wayang kan..haha..ni aku jer yang belanja orang..

Agak kesian pulak kawan aku c Mary..mcm2 dugaan dan cabaran yang dia lalui. Hanya aku jer yang tahu. Sebab dia bagi tau aku..haha..tu untungnya kalo understanding each others kan..kawan2 tak segan silu bagi tau perkara2 rahsia kat aku. Dont worry la..im good person punyer..haha..sabar jer Mary..nak kuar kolej pun kena saman (denda) lagi..whatever la..
Si Daus ni pulak risau gak aku..cuti sebulan ni x balik. Pas tu duduk kat rumah sewa pulak...yang lawaknya dia xbiasa duk kat sana sebab banggunan tinggi sangat. Tinggkat 12 tuee...rasa gayat dan memeningkan kepala kadang. Makan ko Penadol banyak2. Aku walaupun kat tingkat 21 tp harap2 ok jer. gayat siot...huhu..

Ok lah. ni jer dapat ku tulis di saat akhir aku kat KL ni. nanti sambung blog ni bila kat Sabah nanti. bye..

1 Comment:

  1. evold said...
    oi..bila masa plak aku pening tinggal ting.12.. pala aku pening coz cuaca panas masa tu..

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every