Siapa tak kenal kumpulan SofazR yang setiap kali single terbaru mereka keluar pasti meletup. Best kan. haha. Album ini menampilkan 10 buah lagu-lagu best seperti Maaf Dari Hati, Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu, Airmata, Su, Padan Muka Bicara Tentang Cinta, Karna Cintaku dan Dia. dan semua lagu dan lirik sepenuhnya di buat oleh Mohd Atlas sendiri. dan nama Mohd Atlas digunakan sebagai simbolik album ini.





Kumpulan Sofazr dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard). Sebelum ini Sofazr pernah menghasilkan album seperti Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008), The Best of Sofaz (2009), Dan Bila Esok (2010) dan kini muncul dengan Maaf Dari Hati Mohd Atlas yang bermaksud maaf seorang lelaki untuk seluruh dunia.

Kini SofazR bernaung dibawah label Global Records selepas kontrak mereka bersama Suria Record selama 7tahun sudah expired baru2 ni.  Difahamkan syarikat label ini adalah adik beradik kepada syarikat Heliza Helmi Productions. Di mana AR Badul ada share dalam syarikat ni. Jadi sekarang ini, SofazR menguruskan perjalanan seni mereka di bawah label mereka sendiri di mana Zimi iaitu gitaris SofazR bertindak selaku Pengarah Urusan label Global Records bersama dengan rakan kongsinya, En Mohd Hafiz.

Beli yang ori. semua best.

Credit to: http://www.budiey.com/pelancaran-album-terbaru-sofazr-maaf-dari-hati-mohd-atlas/

1 Comment:

  1. yanmaneee said...

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every