16 Peserta Pilih Kasih 2 (2010): Raffamie Karama & Lia Natalia wakil dari Sabah
Posted by zrull at 5:07 PMHai Semua! Ni hah...Peserta Pilih Kasih 2...
Peserta Lelaki:
1.Raffamie Karama, 25, (Putatan, Sabah)
2.Ku Hariz, 25, (Shah Alam, Selangor)3.Bil Azali, 18, (Rawang, Selangor)
4.Jay Iswazir, 28, (Petaling Jaya, Selangor)
5.Afiq Meadin, 20, (Kuala Kangsar, Perak)
6.Bodt Sharade, 23, (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
7.Fizi Ali, 21, (Taman Melawati, Kuala Lumpur)
8.Yuzwan Yunus, 23, (Kuala Lipis, Pahang)
Perseta wanita:
9. Liviona, 19, (Kuching, Sarawak)
10.Leyla Krisya, 20, (Jitra, Kedah)
11.Shasha Alkhred, 21, (Ipoh)
12.Nur Jannah, 23, (Kempas Baru, Johor)
13.Lia Natalia, 18, (Tawau, Sabah)
14.Kris Cempaka, 25, (Shah Alam, Selangor)15.Rosana Ainudin (Kota Bharu, Kelantan)
16.Mira Amnas , 19, (Rantau Panjang, Kelantan)
Sokonglah mereka semua!!!
Raffamie Karama, 25, (Putatan, Sabah)
Lia Natalia, 18, (Tawau, Sabah)
Petikan dr akhbar:
Kesinambungan program dari musim pertama ini untuk terus memberi ruang kepada pencinta melebarkan minat mereka dalam industri ini yang semakin berkembang.
Namun menurut kata penerbit program realiti itu, Rosyam Nor kita ketandusan pelakon yang benar-benar mempunyai kredibiliti bukan hanya dari segi rupa paras, tetapi perlu dipandang dari banyak sudut terutama bakat, disiplin, komitmen dan tanggungjawab.
“Platform yang disediakan kepada artis Pilih Kasih bukan hanya menyediakan ruang untuk berlakon, tetapi juga mereka mesti bijak mencari peluang mengenali wartawan dan penerbit kerana ruang dalam industi ini bukan hanya terhad pada lakonan. Sesung�guhnya industri hiburan ini sangat besar.
“Sudah menjadi trend terkini, pelakon mencuba bakat dalam bidang seni suara dan begitulah sebaliknya. Syarikat korporat pula banyak menggunakan wajah komersial untuk melariskan produk mereka. Ini bermakna peluang mereka lebih luas dan mereka juga boleh mempelbagaikan cabang seni untuk pendapatan yang lebih lumayan,” katanya.
Tambahnya, platform yang disediakan itu bukan bermakna artis hanya berdiam diri dan hanya menunggu tawaran datang kepada mereka. Sebaliknya, selepas keluar daripada Pilih Kasih, mereka mesti teruskan hubungan baik dengan wartawan dan penggiat seni tanah air sampai bila-bila.
“Ketika uji bakat diadakan, mereka didedahkan dengan kerja berpasukan yang mana mereka berkomunikasi dan bekerjasama dengan props, audio, jurugambar dan pengarah. Selain itu, dari peringkat awal lagi, mereka sudah didedahkan kepada wartawan, temu bual dan sesi fotografi,” katanya.
Bercakap mengenai format PK2, jelas Rosyam, ia masih mengekalkan sistem undian dan sistem penyingkiran setiap minggu, namun jumlah peserta kali ini hanya 16 orang berbeza dari musim pertama seramai 20 peserta.
Pengurangan ini kerana pihak PK lebih mengutamakan kualiti peserta dan juga mahu lebih memberi tumpuan kepada setiap peserta agar segala bakat yang ada pada mereka dapat dicungkil dan diketengahkan dengan semaksimum mungkin. Peserta akan berdepan dengan tiga segmen, drama, monolog dan teater.
“Berbeza dengan musim pertama, PK2 hanya menggunakan khidmat seorang pengarah saja untuk filem pendek iaitu Aziz M Osman. Erma Fatima pula masih dikekalkan sebagai pengarah teater muzikal.
“Hamzah Tahir pula sebagai pengarah monolog. Kali ini ba�nyak perubahan dan kelainan yang ada pada PK2 yang mana ia juga menggunakan khidmat Fatimah Abu Bakar dan Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad (Positive Mind Resources) untuk minggu orientasi.
“Di samping itu pada PK2 juga penonton diberi peluang untuk mengundi siapakah empat peserta kegemaran mereka untuk sama-sama berada dalam kelompok 12 peserta PK yang dipilih juri profesional,” katanya.
Pengkritik tetap PK2 pula, Fauziah Nawi dan Dr Abu Hassan.
Bagi memberi impak yang lebih besar kepada PK2, penonton masih dapat berkongsi jurnal peserta setiap hari menerusi Kisah Pilih Kasih dari Isnin hingga Jumaat, jam 4.30 petang.
Bagaimana perjalanan harian peserta demi mengejar impian sebagai pelakon.
“Corak penyingkiran masih sama iaitu kuasa mutlak terletak pada saya yang berhak menyingkir salah seorang dari tiga yang terendah undian SMS,” katanya.
PK2 juga menambah kelainan dengan mengundang pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh sebagai Kisah Pilih Kasih.
Dia akan mengendalikan 60 episod segmen itu. Untuk me�ngendalikan pentas PK, pembaharuan lebih berani dilakukan dengan menampilkan Reza Mohamed.
“Dia akan mengacarakannya secara solo dan kami yakin dia mampu melakukannya sebagai rancangan hiburan yang hebat berdasarkan pengalamannya sebelum ini.
“Pentas PK akan bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Mohamed (RTM), Negeri Sembilan, setiap Sabtu, jam 8.30 malam. Juara, naib juara dan tempat ketiga PK akan menerajui drama 26 episod yang bertajuk Inspirasi Kasih. Penggambaran dijadualkan bermula Mac ini,” katanya.
PK2 akan mula bersiaran malam ini dan Kisah Pilih Kasih sudahpun disiarkan pada 29 November lalu.
Labels: Reality TV
18 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.
mcm Nabila Daliy tu ada belakon dalam siri Qaliysa di Astro prima. yang juara tu c Mazlan ada ja belakon.
hoω a user can understanԁ it. Thuѕ that's why this entry is great. Thanks!
my homepage ... http://www.kewbeach.dreamhosters.com/
Ϻany thanκѕ for supplying thiѕ info.
mу site; get loans Fast
Feel free tο surf to my web blοg; Loans And Fast
Feel free to surf to mу page ... fast same day cash loans
though.
Here іs my web pagе :: fast cash today loans
Check out mу page - fast and easy Loans
My website :: best fast cash loans
be silly to think dіfferent.
Look into mу homepage - get cash today
respectful.
My ωeb ѕite unsecured personal loans
chance to ԁo іt if nοt!
Mу wеbpagе :: Amiciacademia.altervista.org
amount of effoгt that goes into it. Reallу intellіgent community too, not easy
to get.
Here is my blоg post; fast cash advance payday loan
my homepage ... loans site
good focusing with a hаngover!
Feel fгee to visit mу webρage get loans fast
prеdicting!
Αlsο visit my websitе - personal loans bad credit
off white
jordan retro
jordans shoes
goyard handbags
supreme shirt
moncler
yeezy boost 350 v2
lebron 18
off white x jordan 1