20 September / 1 Syawal

Salam Aidilfitri kepada semua.



Sembahyang Sunat Hari Raya di Masjid Tandek

Aidilfitri datang lagi. Cepat masa berlalu. Wow. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya adilfitri kepada Ibubapa, adik beradik, cousins, kawan2, warga SAM dan KUSNET, rakan2 bloger dan semua yg mengenali diri ini. Maaf Zahir Batin!!

Alhamdullilah, raya tahun ini saya beraya bersama keluarga di Kampung Morion (tempat lahir), Tandek, Kota Marudu. Semua adik beradik2 dapat berkumpul dirumah kecuali kakak saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur tidak dapat balik kampung.

Hari Raya Pertama Kaum muslimin akan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri. Best juga pegi sembahyang raya ramai2.

Masjid Tandek

Pergi Sembahyang Sunat Raya bersama keluarga

Lepas sembahyang Raya, kami terus pergi ke beraya di rumah keluarga di Kg Garuda. Lama juga tak jumpa dorang. Raya ni lah yg menemukan semua, mengeratkan silaturahim. Em.. gara2 lama sudah tidak jumpa sampai mak cik pun sudah lupa saya. hahaha... Raya pertama lagi dah kenyang. :P

Emm.....Sesekali dapat berkumpul dirumah kayu ini meriah rasanya. Apatah lagi kalau bersama anak2 buah. Riuh-randah jadihnya. Sampai kepala pun pening melayan. Biasalah budak2...ada yg menangis, bergaduh2, bising, tak boleh duduk diam. uhhhhh.....

Abang - 4 anak.
Kakak pertama - 3 anak
kakak kedua - 6 anak
kakak Ketiga - 4 anak
Kakak keempat - 1 anak

emmm... ramai juga anak buah saya ni.

Anyway, Selamat Hari Raya AidilFitri.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2009.




Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.


Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.

Sumber: Wikipedia

B

Dalam KLIA Express


Akhirnya.. selepas 4tahun (study) tak balik beraya di Kg halaman, Alhamdullilah tahun 2009 ni dapat juga balik kg.... yeaaahhh. Kesempatan yang ada ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Mmg hati nak balik beraya setiap tahun tetapi ada saja aral melintang.

I means..4 tahun tak balik raya bukannya 4tahun tak pernah balik Sabah. Hakikatnya.. setahun 2kali juga sy balik Sabah. Cuma... masa hari raya tu jak tak balik. jgn salah sangka. hahahha...



Balai berlepas KLIA



Dalam kapal terbang. Untung sy naik AirBus


Sudah sampai di KKIA

Tunggu Beg..



ni pengesahan yg sy ada di sabah.. hahahha


Flight jam9am. Malam tu sempat lagi lepak dengan kawan di Cheras. Buka puasa sama2. Packing barang siap2. Seawal jam 7am lagi sy sudah pegi di KL sentral. Memandangkan sy naik MAS maka.. sy check in di Kaunter KL sentral ja. Senang sikit. Lagi pun kalau naik bas ke KLIA rasa2 mcm tak sempat saja. Naik la KLIA Express cuma 28minit saja ke KLIA. Senang sikit.

Yang untungnya.. flight sy tu sebenarnya KL-KK-Narita, Japan. Airbus pulak tu. Ramai orang Jepun. Sampai sikit lagi mengaku ornag Jepun konon...LoL. Tetap bangga jadi orang Dusun Kimaragang ni. :P


Best rasanya dapat balik Kg lagi. haha.. pada hal yg Julai 2009 pun sy baru juga balik Sabah.

Babay KL.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every