reality Tv

Sekarang ni..banyak giler program reality Tv kt Tv..sampai penonton pun susah nak minat yang mana satu..ada AF5, Geng Starz, Mentor, OIAM, So U Thing Can Dance (Veri Malaysia), dan banyak lagi yang kini dalam planing nak buat..semuanya nak minta penonton jadi juri..dengan cara hantar SMS. Nak cakap pasal SMS ni..ia sangat menguntungkan kepada sape yang incharge reality Tv ni..duit beb sape tak nak kan...ehm..tp cian penonton tu..sanggup menghabiskan wang untuk undi peserta2 tu..
Namun, saya sangat tertarik dengan Geng Starz la. Mamang best..ape tak nya kumpulan mantap dari 3 negara bab. Malaysia-Indonesia-Singapura. Banyak benefit juga buat macam ni..Negara boleh manjalinkan hubungan melalui hiburan juga. Lagi pun hiburan adalah industri yang sangat diminati sekarang ni. Tapi, ni pun pakai SMS juga. 50% SMS peminat manakala 50% lagi dari juri. Ehm, heran juga ek, macam mana la orang Indon dan Singapura tu nak bagi peserta dorang menang. Caj untuk SMS mereka lebih mahal. Nampak tak adil kat situ.
Ni satu lagi, antara banyak2 peserta tu, yang paling menarik hati peminat ialah Kumpulan EVOK yang berasal dari Sabah tu yang dianggotai oleh 5 orang tu. 3 lelaki 2 pompuan. Mereka ni masih remaja lagi. Umur pun sekitar 16-22 tahun. memang berbakat besar la dorang. Mereka ni tak layak masuk sebenarnya tp entah apa, dorang kena amik last2 minit. Tapi, sangat mengejutkan pula. Persembahan mereka yang 1st tu..membuka mata semua orang. Very Talented!..mereka menari macam artis dari luar negara. Artis yang dah lama berkecimpung dalam sni pun tak boleh lawan. Sedih juga la..sebab juri tu komen entah ape2..baju tak cantik la..sumbang la..tapi tariannya yang paling lawa. persembahan 2nd week pun mantap juga. persembahan seterusnya pula mereka membawa lagi format rentak 6oan, 70an, 80an. EVOKE bawa lagu 'Kenanganku' dan 'Si Baju Hijau'..wah..ni pun mengejutkan juga. Dorang buat persembahan semua OK. Nyanyi ok menari ok takde yang tak ok nya. Semua penonton rasa seronok dengan persembahan tu. Tapi, juri tu masih mempertikaikan kemantapan kumpulan itu. Buktinya, ketiga2 juri itu tergagap2 ketika memberi komen. Susah sangat nak puji kumpulan tu. sedihnyer.
14 April ni ada sesi penyingkiran. bukan 1 atau 2 tapi 3 kumpulan yang akan disingkirkan. Tengok la sape yang dapat markah terendah. Harap2 EVOKE dapat bertahan hingga ke Final.
AF5 pulak..aku da rasa bosan. Balik2 sama je. Nak buat pembaharuan pun rasa sama je. Tp aku just minat c Aizat dan Candy je. Yang lain2 tu harap muka lawa je. Tp nyanyi tak Ok pun.
Program reality yang lain2 pula belum start lagi. Walaupun begitu kita ni minat ngan hiburan ni. Layan semua.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every