4 Jun 2011 Konsert AF9 minggu ke-9.

Akhirnya AF9 sudah sampai ke penghujungnya apabila 12 Jun 2011 (Ahad) akan berlangsungnya Konsert Final AF9 di Putrajaya.

Tahniah kepada Lena dari Sabah yang berjaya menempatkan diri ke final AF9. Cuma 4 orang akan beraksi di Final iaitu Fina, Hazama, Azri dan Lena sendiri. 2 laki 2 wanita. Tapi heboh di luar sana yang astro sedang merancang juara utk AF9 ini iaitu Fina. wahhaha. tak tahu betul ke tak?

Sememangnya Lena bersuara unik mmg diharapkan ke final. Kalau Lena berjaya memukau penonton dan juri pada konsert final nanti tak mustahil dia jadi juara AF9. hehe..Dari segi nyanyian Lena berjaya nyanyi dengan baik. Tiadalah sumbang mambang. Cuma juri kritik tiada feel. setiap minggu2 tu je yang dikritik oleh juri. Pelajar lain pun sama juga.



 Pada penyingkiran AF9 minggu ke-9 kesian sangat untuk Erul. Pak nil mmg kejam. Memang memalukan erul lah. hahahaha.

Info pasal konsert final af9 seperti dibawah:


Sukacita dimaklumkan bahawa Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 (AF9) anjuran ASTRO akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya pada 12 Jun 2011, bermula pada jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilakukan oleh pihak PPj secara berperingkat mulai 5 Jun 2011 (Ahad) mulai jam 2.00 petang sehingga 8 Jun 2011 (Rabu) jam 12.00 tengah malam bagi laluan persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 dan penutupan terus kedua belah laluan-laluan yang dinyatakan mulai 9 Jun 2011 (Khamis) sehingga 13 Jun 2011 (Isnin) jam 6.00 pagi.

Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak ASTRO. Pihak Tuan/Puan adalah dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

5/6/2011 (Ahad)
Persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 (laluan menghala ke Dataran Putra).
2.00 petang – 12.00 Tgh Malam

6/6/2011 – 8/6/2011 (Isnin – Rabu)
Persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 (laluan menghala ke Dataran Putra)
12.01 Tgh Malam – 12.00 Tgh Malam

9/6/2011 – 13/6/2011 (Khamis – Isnin) PENUTUPAN PENUH
Persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 dan daripada JPN ke Wisma Tani (laluan menghala ke Dataran Putra & ke PICC)
12.01 Tgh Malam – 6.00 pagi - Laluan ditutup sepenuhnya.

1 Comment:

  1. yanmaneee said...

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every