20 September / 1 Syawal
Salam Aidilfitri kepada semua.
Aidilfitri datang lagi. Cepat masa berlalu. Wow. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya adilfitri kepada Ibubapa, adik beradik, cousins, kawan2, warga SAM dan KUSNET, rakan2 bloger dan semua yg mengenali diri ini. Maaf Zahir Batin!!
Alhamdullilah, raya tahun ini saya beraya bersama keluarga di Kampung Morion (tempat lahir), Tandek, Kota Marudu. Semua adik beradik2 dapat berkumpul dirumah kecuali kakak saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur tidak dapat balik kampung.
Hari Raya Pertama Kaum muslimin akan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri. Best juga pegi sembahyang raya ramai2.
Masjid Tandek
Pergi Sembahyang Sunat Raya bersama keluargaAbang - 4 anak.
Kakak pertama - 3 anak
kakak kedua - 6 anak
kakak Ketiga - 4 anak
Kakak keempat - 1 anak
emmm... ramai juga anak buah saya ni.
Anyway, Selamat Hari Raya AidilFitri.
Raya seperti 2 tahun lepas, masih di UM (Kuala Lumpur). Walaupun kawan2 kampus ramai yang balik kampung tapi aku buat macam biasa saja beraya di sini. Sedih tu sangat sedih. Tapi rasanya sekali skala la katakan. Aku tidak keseorangan beraya di sini. Selain rakan2 sabah yang tidak balik ke sabah (daus, gapal dll), aku ada lagi teman lain iaitu kakak dan adik2 aku. So, tidaklah sunyi sangat bahkan rasa enjoy.
Teringat pula masa raya kecil2 dulu. Aku masih ingat lagi time tu raya best giler sebab dapat baju baru, selipar baru, songkok baru dll. Time tu aku minat giler colour hijau. Pandai juga Mak aku belikan aku baju kan.
Raya time aku umur 7 tahun (1992). Aku yang baju hijau tu.Sebelah tu adik.
Raya tahun 2007 pula. Ehm..masih adakah nampak wajah aku time kecil2 dulu?..haha..yang penting still comel kan.
Raya time umur 21tahun (2007) di Universiti Malaya.
Semoga raya ni terus memberi rahmat kepada kita semua. Amin.
Labels: Hari Raya
