Anak-anak Sabah sememang berbakat besar dalam nyanyian. Pertandingan Bintang Kecil RTM misalnya merupakan platform untuk menunjukkan bakat mereka. Sudah banyak kali peserta dari Sabah telah menjuarai pertandingan ini. Namun, cukup bermakna apabila tahun 2008, 2009 dan 2010 penyandang juara itu adalah berasal dari Sabah. Tahniah!!!!!

Presley Petrus Juara Bintang Kecil 2010

     Gelagat Presley Petrus selepas diumumkan sebagai juara Bintang Kecil 2010

Kuching: Peserta lelaki tunggal Presley Petrus, 10, yang mewakili Sabah muncul johan dalam Pertandingan Bintang Kecil 2010 peringkat kebangsaan dengan menumpaskan lapan peserta peringkat akhir lain di Auditorium Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Kuching.

Presley yang mendendangkan lagu "Hanya Di Mercu" membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala dan sijil.

Naib johan disandang oleh Nurshahira Razali, 11, wakil negeri Perak dengan lagu "Zapin Yang Tinggal" sementara tempat ketiga di menenangi peserta tuan rumah Fatin Nurfatihah Drahman, 11, menerusi lagu Gemilang.

Kedua-duanya masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000, piala dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Rais berkata Bintang Kecil merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi sahsiah dan bakat kanak-kanak tanpa mengira kaum.

"Bukan sahaja di peringkat Bintang Kecil, kita juga mahu menggalak lebih ramai penyertaan bukan Melayu dalam pertandingan lagu-lagi P.Ramlee pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA




Nurul Syahihrah Juara Bintang Kecil 2009


Nurul Syahihrah Juara Bintang Kecil 2009 dari Sabah

Selain menjaga makanan dan minuman harian, berjoging setiap hari untuk menjaga pernafasan merupakan rahsia Nurul Syahihrah Dzulfikri, 10, menjuarai Pertandingan Bintang Kecil peringkat kebangsaan 2009 yang diadakan di sini hari ini.

Pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, Kudat, Sabah itu menyanyikan lagu Erti Hidup yang dibawa penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak Dayang Nurfaizah berjaya mengalahkan lapan lagi peserta, termasuk seorang peserta dari Brunei Darulsalam.

Sementara itu, pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Mung, Batu Niah, Miri Sarawak, Shazlin Salamat, 11, yang membawa lagu Hanya Di Mercu (Ayu) hanya mampu menduduki naib johan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500, piala dan sijil.

Wanda John, 11, pelajar dari SJK (C) Yuk Yin, Keningau, Sabah yang membawa lagu layu Gemilang (Jaclyn Victor) pula menduduki tempat ketiga dan menerima wang tunai bernilai RM2,000, piala dan sijil penyertaan.

Sementara itu, peserta dari Brunei Darussalam, Abdul Aziz Harun, 11, yang bermain guitar sambil menyanyikan lagu Gemuruh (Faizal Tahir) berjaya menambat hati para pengadil memenangi Persembahan. Terbaik dan memperolehi wang tunai RM750, piala dan sijil.


Mohd. Imanuddin Supangat Juara Bintang Kecil 2008

 
Mohd. Imanuddin Supangat Juara Bintang Kecil 2008 juga dari zon Sabah

BERBEKALKAN usaha dan keyakinan tinggi membawa adik Mohd. Imanuddin Supangat, 11, yang mewakili zon Sabah meraih gelaran juara pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching, Sarawak, sekali gus bersiaran secara langsung di RTM1, Sarawakfm dan laman web www.rtmsarawak.gov.my/swkfm, pada Sabtu lalu.

Murid Tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan ini membawa pulang hadiah RM3,000, piala dan sijil.

Naib johan dimenangi oleh adik Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah, 9, dengan mendendangkan lagu Kasih Suci yang dipopularkan oleh Amy Mastura. Mewakili zon tengah, adik Siti Amirah Dayana membawa pulang hadiah sebanyak RM2,000, piala dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi oleh adik Shazlin binti Salamat yang mewakil Zon Sarawak dengan mendendangkan lagu Hati Malaya yang dipopularkan oleh Datuk Siit Nurhaliza. Adik Shazlin membawa pulang hadiah sebanyak RM1,500, piala dan sijil.

Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh adik Khor Bin Sam yang mewakili Zon Utara menerusi lagu Adikku Pandai Menari. adik Khor Bin Sam membawa pulang hadiah sebanyak RM500, piala dan sijil.

3 Comments:

  1. Unknown said...
    Juara Bintang Kecil Kebangsaan 2012 Nur Syahdina Nadiah Berasal Dari Ranau Sabah Yang Mendendangkan Lagu Samudera Nyanyian Asal Oleh Nora.Nurul Syahdina Nadiah Membawa Pulang RM 5000 Trofi Komputer Riba Sijil Dan Penginapan Di Hotel Merdeka Palace Selama 2 Hari Satu Malam Manakala Naib Johan Disandang Oleh Nur Syuhadah Roestadimon Dengan Mendendangkan Lagu Jagalah Diri Nyanyian Asal Jaclyn Victor.Nur Syuhadah Memambawa Pulang RM 4000 Trofi Komputer Riba Sijil Dan Penginapan Di Hotel Merdeka Palace Selama 2 Hari Satu Malam Tempat Ke Tiga Disandang Oleh Adik Fatmawaty Binti Helmi Dati pukik
    Anonymous said...
    Juara Bintang Kecil Kebangsaan 2009 Nurul Syahhirah Dzulfikri bukan bersekolah di SK Pekan Kudat, sebaliknya bersekolah di SK Pekan Pitas.
    Anonymous said...
    juara bintang kecil zon sabah 2007 ada?

Post a Comment



Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every