Seperti yang dijangka Harris, 11 tahun telah dinobatkan sebagai juara Idola Kecil 3 yang berlangsung secara langsung di TV9 semalam. Naib johan Puteri dan ketiga Balqis.


Tahniah harris. Mantappp.

 IK3 juga menjadi kegamaran masyarakat Malaysia kerana berjaya mencapai 1.3juta penonton sepanjang ianya berlangsung. Tahniah tv9.

Sebentar tadi Konsert final kamilah bintang telah berlangsung. Juaranya adalah Wani. Tahniah!!
Faisal naib juara dan farhan ketiga.

Inilah dia peserta yang berjaya ke final Idola Kecil 3 pada 25 Disember 2010. Mereka terdiri daripada Haris, Hadi, Balqis, Puteri dan Shazlin. Peserta yang saya jangkakan ke final iaitu Angel tidak ke berjaya ke final. Sangat2 kecewa.


 Hai Semua! Ni hah...Peserta Pilih Kasih 2...

Peserta Lelaki:
1.Raffamie Karama, 25, (Putatan, Sabah)
2.Ku Hariz, 25, (Shah Alam, Selangor)
3.Bil Azali, 18, (Rawang, Selangor)
4.Jay Iswazir, 28, (Petaling Jaya, Selangor)
5.Afiq Meadin, 20, (Kuala Kangsar, Perak)
6.Bodt Sharade, 23, (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
7.Fizi Ali, 21, (Taman Melawati, Kuala Lumpur)
8.Yuzwan Yunus, 23, (Kuala Lipis, Pahang)

 Perseta wanita:
9. Liviona, 19, (Kuching, Sarawak)
10.Leyla Krisya, 20, (Jitra, Kedah)
11.Shasha Alkhred, 21, (Ipoh)
12.Nur Jannah, 23, (Kempas Baru, Johor)
13.Lia Natalia, 18, (Tawau, Sabah)
14.Kris Cempaka, 25, (Shah Alam, Selangor)
15.Rosana Ainudin (Kota Bharu, Kelantan)
16.Mira Amnas , 19, (Rantau Panjang, Kelantan)

Sokonglah mereka semua!!!

Raffamie Karama, 25, (Putatan, Sabah)

Lia Natalia, 18, (Tawau, Sabah)


Petikan dr akhbar:
Kesinambungan program dari musim pertama ini untuk terus memberi ruang kepada pencinta melebarkan minat mereka dalam industri ini yang semakin berkembang.

Namun menurut kata penerbit program realiti itu, Rosyam Nor kita ketandusan pelakon yang benar-benar mempunyai kredibiliti bukan hanya dari segi rupa paras, tetapi perlu dipandang dari banyak sudut terutama bakat, disiplin, komitmen dan tanggungjawab.


“Platform yang disediakan kepada artis Pilih Kasih bukan hanya menyediakan ruang untuk berlakon, tetapi juga mereka mesti bijak mencari peluang mengenali wartawan dan penerbit kerana ruang dalam industi ini bukan hanya terhad pada lakonan. Sesung�guhnya industri hiburan ini sangat besar.

“Sudah menjadi trend terkini, pelakon mencuba bakat dalam bidang seni suara dan begitulah sebaliknya. Syarikat korporat pula banyak menggunakan wajah komersial untuk melariskan produk mereka. Ini bermakna peluang mereka lebih luas dan mereka juga boleh mempelbagaikan cabang seni untuk pendapatan yang lebih lumayan,” katanya.

Tambahnya, platform yang disediakan itu bukan bermakna artis hanya berdiam diri dan hanya menunggu tawaran datang kepada mereka. Sebaliknya, selepas keluar daripada Pilih Kasih, mereka mesti teruskan hubungan baik dengan wartawan dan penggiat seni tanah air sampai bila-bila.

“Ketika uji bakat diadakan, mereka didedahkan dengan kerja berpasukan yang mana mereka berkomunikasi dan bekerjasama dengan props, audio, jurugambar dan pengarah. Selain itu, dari peringkat awal lagi, mereka sudah didedahkan kepada wartawan, temu bual dan sesi fotografi,” katanya.

Bercakap mengenai format PK2, jelas Rosyam, ia masih mengekalkan sistem undian dan sistem penyingkiran setiap minggu, namun jumlah peserta kali ini hanya 16 orang berbeza dari musim pertama seramai 20 peserta.

Pengurangan ini kerana pihak PK lebih mengutamakan kualiti peserta dan juga mahu lebih memberi tumpuan kepada setiap peserta agar segala bakat yang ada pada mereka dapat dicungkil dan diketengahkan dengan semaksimum mungkin. Peserta akan berdepan dengan tiga segmen, drama, monolog dan teater.

“Berbeza dengan musim pertama, PK2 hanya menggunakan khidmat seorang pengarah saja untuk filem pendek iaitu Aziz M Osman. Erma Fatima pula masih dikekalkan sebagai pengarah teater muzikal.

“Hamzah Tahir pula sebagai pengarah monolog. Kali ini ba�nyak perubahan dan kelainan yang ada pada PK2 yang mana ia juga menggunakan khidmat Fatimah Abu Bakar dan Profesor Datuk Dr Ibrahim Ahmad (Positive Mind Resources) untuk minggu orientasi.

“Di samping itu pada PK2 juga penonton diberi peluang untuk mengundi siapakah empat peserta kegemaran mereka untuk sama-sama berada dalam kelompok 12 peserta PK yang dipilih juri profesional,” katanya.

Pengkritik tetap PK2 pula, Fauziah Nawi dan Dr Abu Hassan.

Bagi memberi impak yang lebih besar kepada PK2, penonton masih dapat berkongsi jurnal peserta setiap hari menerusi Kisah Pilih Kasih dari Isnin hingga Jumaat, jam 4.30 petang.

Bagaimana perjalanan harian peserta demi mengejar impian sebagai pelakon.

“Corak penyingkiran masih sama iaitu kuasa mutlak terletak pada saya yang berhak menyingkir salah seorang dari tiga yang terendah undian SMS,” katanya.

PK2 juga menambah kelainan dengan mengundang pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh sebagai Kisah Pilih Kasih.

Dia akan mengendalikan 60 episod segmen itu. Untuk me�ngendalikan pentas PK, pembaharuan lebih berani dilakukan dengan menampilkan Reza Mohamed.

“Dia akan mengacarakannya secara solo dan kami yakin dia mampu melakukannya sebagai rancangan hiburan yang hebat berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

“Pentas PK akan bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Mohamed (RTM), Negeri Sembilan, setiap Sabtu, jam 8.30 malam. Juara, naib juara dan tempat ketiga PK akan menerajui drama 26 episod yang bertajuk Inspirasi Kasih. Penggambaran dijadualkan bermula Mac ini,” katanya.

PK2 akan mula bersiaran malam ini dan Kisah Pilih Kasih sudahpun disiarkan pada 29 November lalu.

Siapa tak kenal kumpulan SofazR yang setiap kali single terbaru mereka keluar pasti meletup. Best kan. haha. Album ini menampilkan 10 buah lagu-lagu best seperti Maaf Dari Hati, Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu, Airmata, Su, Padan Muka Bicara Tentang Cinta, Karna Cintaku dan Dia. dan semua lagu dan lirik sepenuhnya di buat oleh Mohd Atlas sendiri. dan nama Mohd Atlas digunakan sebagai simbolik album ini.





Kumpulan Sofazr dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard). Sebelum ini Sofazr pernah menghasilkan album seperti Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008), The Best of Sofaz (2009), Dan Bila Esok (2010) dan kini muncul dengan Maaf Dari Hati Mohd Atlas yang bermaksud maaf seorang lelaki untuk seluruh dunia.

Kini SofazR bernaung dibawah label Global Records selepas kontrak mereka bersama Suria Record selama 7tahun sudah expired baru2 ni.  Difahamkan syarikat label ini adalah adik beradik kepada syarikat Heliza Helmi Productions. Di mana AR Badul ada share dalam syarikat ni. Jadi sekarang ini, SofazR menguruskan perjalanan seni mereka di bawah label mereka sendiri di mana Zimi iaitu gitaris SofazR bertindak selaku Pengarah Urusan label Global Records bersama dengan rakan kongsinya, En Mohd Hafiz.

Beli yang ori. semua best.

Credit to: http://www.budiey.com/pelancaran-album-terbaru-sofazr-maaf-dari-hati-mohd-atlas/

 Wah Kak Siti datang untuk jadi juri IK3 untuk konsert kelima ni. fuyoooo. bersemangat budak2 tu buat konsert. Keseluruhannya membanggakan lah. Hebat juga budak2 semua tu.

Hadi - Aku Cinta Padamu - Comel. usaha lagi next week. minggu ni dia ada kureng sikit je.
Shazlin - Seindah Biasa - Budak ni nyanyi best. wah...
Farra - - yup dia nyanyi pun bagus. tapi usaha lagi next week ok.
Angel - Percayalah - emm.. ni lah yang sangat2 bagus. nyanyi dengan simple saja tapi menakjubkan.
Afif - Ku Milikmu - Part yang dia rap tu mmg bagus.
Hariss - Pastikan - walau nyanyi lagu pompuan dia bawa dgn cara sendiri. bagus tul lah
Puteri - Dialah di Hati - lagu ni dia bawa tinggi sangat sampai high note ada sikit tak ok.
Balqis - Cindai - entahlah.. bagus sangat dia bawa. xtaw nak cakap apa dah. haha  Dorang menari pun ok.

My ranking: Angel, Harris, Balqis, Shazlin, Afif, Farra dan Hadi. Nasib baik lah tak ada yang tersingkir. mesti next week 2 orang akan tersingkir kot.

Angel Idola Kecil 3 - Percayalah


Alif mmg pandai buat suspen. Saingan pak Nil juga ar. hahahaha.  Ingatkan ada yang tersingkir. Cian budak2 tu dah nangis2 dah.dorang ingat ada yang tersingkir. hahahaha. Over juga budak2 tu nangis ye. hahahahahaha. Lucu... ini lah yang dikatakan reality tv.

 Dulu masa belajar sejarah di sekolah kita berpandukan pada buku teks semata2. tapi bila study di U mmg banyak yang disembunyikan. Sebab masa di U kita bebas membaca buku, cari maklumat. Dan..kita tidak sangka bahawa ada pihak yang menyembunyikan, memalsukan, mengubah Sejarah dunia kita. Sudah tentu pihak2 tersebut tidak lain tidak bukan para Secrect Societies (Freemason, Illuminati, Knight Templer dan sebagainya). Persatuan2 ini sangat2 berbahaya malah merekalah dalang kepada segala konspirasi kat dunia ini. Macam2 lah yang kita dengar.. pengurangan penduduk dunia, bencana alam, perang dunia dan sebagainya adalah dilakukan oleh persatuan rahsia ini. Ini kerna mereka diarahkan oleh Dajjal utk buat mcm tu.


 Part 1


 Part 2



P/S: jangan lupa lihat siri The Arivals kat Youtube. Cemas juga bila tengok.

Aku tgk IK3 masa makan malam kat Cameron Highland. Nasib baiklah kedai makan tu buka tv9. hahah. Rupanya tema rock dan Indie. budak2 lagi dan boleh bawa lagu2 mcm ni. haha.

List lagu IK3 Konsert keempat
Harris - Mengapa - mmg best. sentiasa  best. haah
Angel - Aurora -- Benar kata Andy.. Angel nyanyi dengan clear.
Afif - Kejora - mmg best tapi kena usaha lagi terutamanya kat high note tue.
Puteri - Extravagnza- dia nyanyi sangat2 best. paling best. hah
Balqis - Hukum Karma - mmg persembahan yang bagus. pandai menari.
Deera - Dugaannya - Tidak berjaya membawa dengan baik. sama mcm konsert sebelumnya.
Shazlin -Sendiri - lagu ni tinggi lah. tapi dapat bawa ngan baik walau ada pitching lari sikit.
Hadi - Kelibat si Penyair - lagu ni tinggi sampai dia tak dapat sampaikan dengan baik.
Farra- Apa nak di kata- Ok dari minggu sebelumnya.


My Ranking: Puteri, Balqis, Harris, Angel, Shazlin, Afif, Farra, Hadi dan Deera. Deera teringkir malam tu.

Senarai pemenang Anugerah Shout! 2010

* Rockstar - Bunkface
* Popstar - Yuna
* Power Vocal - Faizal Tahir
* Flava (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
* Music Video - Prom Queen (Bunkface)
* Break Out (Best New Act) - Yuna
* Best On Screen Chemistry - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
* Fresh TV Series (New TV Series) - Nur Kasih (Filmscape)
* Breakthrough Feature - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
* Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
* Favourite TV Personality - Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
* Collest Radio Announcer - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
* Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
* Hot Guy - Henry Golding
* Hot Chick - Scha Al-Yahya
* Mobile Artiste 0f The Year - 6ixth Sense (Tanpa)

Tahniah kepada semua yang menang!! Mmg semua yang menang tu hebat2 belaka lah juga,

hahahha... nak gelak jap. bukan apa sebab huru hara juga satu Malaya sebab lawak Johan dan Zizan pada malam tu.

Aku tengok IK3 kat Ri-yaz resort, Pulau Duyong 'Ganu.. ngam2 becuti kat sana. yup aku sempat tgk semua. lagi pun da ada orang upload kat youtube. Kreatif juga production utk konsert ketiga ini. pandai pula dorang kasi tema duet. aduii... tapi bagi aku mcm x best jerw taw. huhuhu.

Senarai Peserta Idola Kecil 3 Minggu ketiga dan Lagu
1. Puteri ft Angel- Matahariku
2. Syazlin ft Deera- Jika kau tak datang
3. Farra ft Harris- Cuba
4. Deera ft Afif- Menggegar dunia
5. Hadi ft Balqis- Untukmu
6. Afif ft Syazlin- Kalau cinta
7. Balqis ft Puteri- Menaruh harapan
8. Harris ft diba- Permata pemotong permata
9. Angel ft hadi- Bertamu di kalbu
10. Diba ft Farra- Situasi


My Ranking: Harris, Afif, Angel, Shazlin, Puteri, Hadi, Balqis, Farra, Deera, Diba. gituew! haha

Apa pun saksikan Angel nyanyi. Memang mcm biasa mantappzzz. Budak2 lain2 pun smart mcm Afif, Hariss.

Angel ft Hadi - Bertamu Di Kalbu


Puteri ft Angel- Matahariku


Rupanya minggu ketiga adalah minggu penyingkiran. Berdasarkan konsert 1 dan 2 dan 3 ni... Diba antara yang kurang meryerlah dan beberapa peserta lain. tapi pihak juri memutuskan untuk menyingkirkan Diba. Bye-bye Diba.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every