Debaran AF8, 18 April 2010
Malam ini debaran AF8. Nampaknya tiada penyingkiran!. Semua terselamat. Setakat jam8.30malam tadi pelajar yang paling tercorot adalah Daus, Nad dan Iwan. Lepas tu dorang nyanyi lagu menuju puncak. Then ditayangkan VT disebalik tabir konsert semalam iaitu apa yg berlaku sebelum dan selepas pelajar2 tu nyanyi. Tak semua ok la juga. Tu la mcm biasa Adira, Maulana dan Ain mendapat pujian dr pengkiritik.
Selapas tu Sarimah umumkan lagi 3 pelajar tecorot setakat jam 9malam. Mereka adalah Nad, Ain dan Iwan. Wah Ain dalam bottom 3. Lepas tu ditayangkan VT pasal konsert semalam dan komen oleh pengkritik.. Paling menyerlah: Maulana. Kurang menyerlah: Nad, Shahir.Sarimah mengumumkan Undian ditutup!. Seandainya pelajar kegemaran mereka terkeluar siapakah patut diberi peluang?? ala.. masing2 fans mau pelajar mereka diberi peluang.
Mereka nyanyi lagu Pergi- Aizat versi koir. Berdiri tegak saja. hahaha. Akhir sekali 3 paling tercorot: Nad, Farina dan Ain. wah... semua wanita. Selepas Sarimah buat saspen2 akhirnya diumumkan Farina paling tercorot dan tersingkir. Sedang fan Farina bersedih dan pada masa yg sama Fans lain sedang bergembira sebab Farina tersingkir.... tetiba diumumkan Tidak Ada Penyingkiran untuk minggu kelima ini. iskkk.... motifnya konon Farina membuat persembahan yg baik semalam dan begitu juga pelajar lain.
Namun mungkinkah minggu hadapan 2 orang pelajar akan tersingkir???? Harap2 pengundi bijak. pelajar mcm Nad yg paling kureng rasa2nya lebih berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Ngam dia jadi pengacara sukan kat Astro Arena. hahha. tapi bab nyanyi kureng la. hehehe.
Cerita pasal Ain Af8.
Ramai orang cakap wajah Ain Af8 ni ada iras2 Beyonce. hahaha. Mata nampak sama la sedikit. Amboi suka hati je aku nak cakap dorang ada sama. heheh. Beyonce adalah penyanyi yg hebat. Semoga Ain dapat menandingi Beyonce. Go Malaysia!!
Terima kasih!!
P/s: sempat juga tengok audition Mentor kat TV3 tadi. adehhhh.... sangat2 over lah yang ditayankan kat tv tu. kelakar sangat2.. hahahahahahahha. Tapi aku juga minat Mentor. Mentor start bulan mei.
Labels: Akademi Fantasia
17 April 2010, Sabtu
Sangat2 terkejut apabila mendengar berita ini. Sebab petang tadi masih sempat melihatnya dalam Hit 1 bersama dengan Nana. Terkejut bila banyak status kawan2 dalam Fb pasal Achick Spin meninggal dunia. Sekali buat searching dalam web ternyata benar. Antara info yang saya temui.
-------------------------------------------------------------
''Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam tadi (17 April 2010). Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.''
------------------------------------------------------------
17/04/2010 8:42pm
SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
------------------------------------------------------------------------
Takziah kepada keluarganya arwah Achik Spin. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Rasa2nya satu malaya ni kenal dengan arwah. Sebab beberapa Album dan lagu mereka pada era tahun 2000 sangat meletup2 di Radio dan Tv. Lagu semua bagus. Mereka adalah antara kumpulan remaja popular masa tu. Bagi saya sendiri saya mmg minat dengan kumpulan mereka. Bah kan kalau pergi ke Redbox, K-box etc... lagu2 dr mereka selalu sy nyanyikan. (walaupun sy tidak pandai nyanyi.. hehehe) Wah. Sedihnya. Dalam masa terdekat ini antara penyanyi yang kembali ke rahmatullah selain Achick Spin ialah Yanie Mentor, Din Beramboi. Semoga mereka dicucuri rahmat.
Labels: Isu Semasa, Seni
Konsert Kelima AF8 - Adira mendapat pujian dan sorakan paling kuat dari penonton!
0 comments Posted by zrull at 11:53 PMKonsert AF8 Minggu Kelima, 17 April 2010, Sabtu, Dewan Sri Putra, Bukit Jalil
Macam biasa setiap sabtu ada konsert AF8. Walaupun aku Cuma menonton di rumah je tapi itu pun sudah cukup. Minggu ni sudah masuk konsert kelima dan pelajar tinggal 8 orang. Secara keseluruhannya konsert pada mala mini ok saja. Seperti biasa Adira, Maulana dan Ain memberikan persembahan yang terbaik. Yang lain2 biasa2 saja. Pengkritik Adlin, Sham Kamikaze dan Aznil.
Ulasan:
IWAN – Oh Juwita (Nubhan) – 1 Lampu Hijau
Kali ini Iwan menjadi pelajar yg membuka persermbahan untuk konsert kelima. Nampak ok. Adlin berpendapat ia better than last week. Ada style. Tapi banyak tak consistant. Biasa saja. Sham pula melihat approach dan attitude yg bagus. Malangnya sebutan kurang baik. Aznil memuji Iwan kerana Iwan sudah bangun dr tidur minggu lepas. Ia juga persembahan pembukaan yang bagus. Cuma ditegur jangan bernafas diantara sebutan.
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah) - Tiada Hijau
Owh. Aku sama mcm Adlin tak pernah dengar lagu ni. Tapi lagu ni best gak ar. J Wah.. Farina dapat kezzzutan. Anak dia (kalau tak silap nama Aisyah) diterbangkan khas dr Sarawak untuk mengubat rindu selama 2bulan tidak bertemu. Sambil menaikkan semangat Farina yg semakin merudum dalam AF. Moga lepas ni semangat dia ok. Adlin berpendapat masa opening tu ok. Tapi tidak ada yang special yg dilihat. No mistakes it’s a fine show. Gitu. J Sham pula mempersoalkan kenapa Farina tidak menggunakan kualiti suaranya? Nampak biasa saja. Aznil pula heran kenapa Farina mengelak dari merasai lirik2 lagu itu. Sebab lirik lagu dan jiwa Farina sangat banyak persamaan. Tapi Farina dipuja sebab dapat nyanyi dengan gaya tersendiri.
DAUS – Benar-Benar (Adam) – 1 Lampu hijau
Lagu ni sebenarnya slow. Tapi khas untuk Daus dan AF8, lagu ini di’Indie’kan. So, jadilah ia lagu yg rancak. Mcm Indie lah. So energy pun kena kuat untuk lagu ni. Patutlah si Daus ni melompat2 sana sini. Hahaha. Adlin berpendapat banyak yang tak balance terutamanya pergerakan dan suara. Nampak terlalu memaksa dan tak Nampak natural. Pergerakan yang dibuat2. Sham rasa itu mungkin range lagu ini key nya terlalu rendah untuk Daus. Kalau naik 1 atau 2 note mungkin Nampak ok dan mencabar. Aznil memuji Daus sebab Daus antara pelajar yang dah keluar dari kepompong dan mula berani dalam persembahan. Lagu ini note dia rendah sangat.
AIN – Halo (Beyonce) – 1 Lampu Hijau
(Ditayangkan VT iaitu Ibu dan Ayah Ain di kg) Ain pelajar dari Sabah nampaknya terus memberikan persembahan yang baik setiap minggu. Ain dapat lagu Beyonce. Ingat lagi masa konsert Tirai tu ramai orang cakap rupa Ain ni mcm ada iras2 Beyonce. Harap2 bakat dorang tu pun sama. Wah.. hahaha. Ain mengatakan ia persembahan yang Not Bad. Bertenaga. Cuma feels tu kena tambahkan lagi. Pergerakan kena balance dengan lagu. Sham suka dengan voices control pada low register yang Ain sampaikan. Sebab biasanya penyanyi lain tak ambil berat pada low note ni. Ada part2 tinggi tertentu kena jaga pitching. Aznil pula percaya bahawa Ayah Ain pasti bangga dengan Ain di AF8. Secara keseluruhan persembahan Ain adalah consistent setiap minggu. Semoga akan ke final.
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne) – 1 Lampu Hijau
Oh Nad… dia nyanyi banyak sumbang. Pitching lari sana sini. Lagu ni sangat best tapi Berjaya dihancurkan oleh Nad. Heheh. Adlin kata dari segi energy kena dengan lagu. Pergerakan2 Nad banyak mengganggu pitching suara Nad. Part2 tinggi kalau jerit2 jgn ingat dapat impress penonton sangat. Pitching kena jaga. Sham bersetujua bahawa Nad tidak pegagang Note itu dengan baik (dengan kata lain sumbang mambang la tu). Aznil tetap member lampu hijau sebab suka dengan energy oleh Nad. Dan berharap Nad tidak tersingkir untuk minggu ni. Ye ke?? Best ke Nad nyanyi ni Pak Nil? hehe
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu) - 2 Lampu Hijau
Maulana seperti biasa dipuji oleh pengkirtik. Tapi menghairankan sebab berada pada kedudukan tercorot. Tapi apa yang aku tengok lagu2 yang diberikan kepada Maulana bernada rendah dan kurang mencabar vocal. Dia sama ngan Daus dapat lagu pun nada rendah. Tapi suara maulana mmg bagus. Aku pun tak pernah dengar lagu ni. Adlin kata Maulana Nampak matang diatas stage. Irama jazz ni sesuai dengan Maluana. Pergerakan yang dilakukan oleh Maulana belum dapat membuat kami rasa ‘wow’. Good job. Sham berpendapat Voices control yang sangat bagus. Jarang anak2 muda ada suara yg mcm ni pada zaman skg. Aznil ini persembahan Maulana yang baik dan teruskan usaha kerna mungkin Maulana boleh jadi juara. Wah.
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)- 2 Lampu Hijau
Sakit hati juga sebab meskipun Adira membuat pesembahan terbaik last week tapi pengkriti tidak memberikan lampu hijau. Adira antara pelajar yang paling dicabar dalam AF8 ini. Kali ini lagu irama asli iaitu Sri Mersing. Sebelum memulakan nyanyian sedikit scene antara Maulana dan Adira atas stage. Nampak menarik. Apa lah si Adlin dia dah bagi lampu hijau tapi dia padam lagi. Tak boleh padam lah lepas da bagi hijau. Hehe. Selesai nyanyian serokan yang begitu gemuruh diberikan kepada Adira. Ini kerana semua penonton begitu terpukau dengan nyanyian Adira. Adlin kata ia sangat2 impress dengan nyanyian Adiar. Dia padam semula lampu hijau tu sebab Adira banyak bergerak atas stage. Suara Adira sudah cukup memukau walau tidak banyak bergerak/menari. Sham tahu lagu ini sangat susah kerna ada lenggok2 yang kena buat. Tapi sangat terhibur. Sangat Excited. Aznil pula pesembahan yang sangat baik dr Adira. Setuju dengan Adlin. Suara Adira sudah cukup memukau dan tidak perlu banyak bergerak. Kalau ada penari biarkan penari itu yang menari. Tapi walaupun begitu… kalau pun Adira tidak menari pasti dapat memukau semua orang.
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain) – 1 Lampu Hijau
oh…. Kalau last week Adira dapat lagu lelaki. Minggu ni Shahir pula yang diberikan cabaran nyanyi lagu bervocal tinggi wanita. Wah Shahir dah potong rambut. Ok la. Adlin kata bagus sebab suara sangat jantan. Tidak seteruk Alif nyanyi lagu yang didangdutkan. Certain2 tidak ada impact. Btw, good try. Sham suka dengan vocal character . Tapi harap kena respect melodi asal lagu dan tidak merosakkan lagu asal. Aznil memberikan hijau sebab Shahir berjaya nyanyi dengan gaya tersendiri. Aznil juga berpendapat bahawa pada note pertama Shahir sudah memberi penghormatan pada lagu ini. persembahan yang ok.
My Ranking: 1. Adira 2. Maulana 3. Ain 4. Shahir 5. Daus 6. Iwan 7. Farina 8. Nad
Emmm…dorang sekarang dalam kumpulan.
NADIMAU
MAULANA – Ku Bukan Aku (Tilu)
NAD – My Happy Ending (Avril Lavigne)
ADIRA – Seri Mersing (Datuk Sharifah Aini)
TRIPPING
SHAHIR – Anggapanmu (Ziana Zain)
AIN – Halo (Beyonce)
HANDSOME BOYS
IWAN – Oh Juwita (Nubhan)
DAUS – Benar-Benar (Adam)
FARINA – Mana Mungkin (Dayang Nurfaizah)
LAGU BONUS
Konsert: Kau dan Aku (Akim dan Mila)
Debaran: Pergi (Aizat)
Apa pun saksikan siapa bakal tersingkir esok dalam debaran AF8 bersama Sarimah secara langsung pada jam9mlm hanya di Astro Ria.
Labels: Akademi Fantasia
Keputusan Pertandingan Akhir Bintang Aiminnal 1Malaysia diungguli peserta dari Sabah!
0 comments Posted by zrull at 11:09 PM11 April 2010, Ahad, 8.30Malam, TV2, Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur
Buat pertama kali diperkenalkan, pertandingan bintang Aiminnal 1Malaysia iaitu porgram Realiti Tv anjuran RTM mencungkil bakat bukan melayu dalam bidang nyanyian. Berlangsung dalam konsep 1Malaysia peserta terdiri daripada berbilang kaum. Peserta yang terpaksa menghadapi sesi sarinagn sebelum memasuki peringkat akhir pada malam ini nampaknya terbaik diantara yang terbaik. Seramai 10 peserta akhir mempersembahankan bakat mereka.
10 finalis yang dipilih ialah Angela Chua An Qi, Iris Perine Vethamoni Asirvatham, Jess Lee Kar Wei, Marian Shanti Danaraj Jackson, Bonny Lin Vun Seng, Patmasri Dewi Jothiswaran, Emily Tan Yen Ming, Philip Martin Devidass, Vincent Khor Wei Shin, dan Lee Cheng Wen. Hadiahnya juga cukup cukup lumayan.
Nampaknya peserta dari Sabah mengungguli pertandingan ini dengan mendapat Johan dan Naib Johan.
Pertandingan yang sebegini seharusnya diteruskan lagi pada masa akan datang kerana ia dapat mencungkil bakat2 baru dikalangan bukan Melayu di Malaysia.
Pujian yang tidak terhingga kepada semua perserta kerana sebutan mereka dalam Bahasa Melayu sangat2 baik. Macam ni lah yang kita mahu dalam menjayakan 1Malaysia.
Kepada Wen dan Bonny Tahniah kepada kamu berdua. We as a Sabahans very2 proud both of you. Sesungguhnya persefahaman kaum di Malaysia haruslah dijaga demi untuk kesejahteraan negara tercinta.
Syabas kepada RTM!!
Boleh Baca Maklumat dari Utusan Malaysia Online
Labels: Abouts Sabah, Isu Semasa, Seni
Debaran AF8, 11 April 2010, Ahad
Alif tersingkir! Undian SMS gagal memihak kepada Alif. Dua peserta paling rendah tadi adalah Farina dan Alif. Tapi apa boleh buat minggu keempat ini Alif jadi mangsa oleh jari-jemari. Berdasarkan pendapat juri dan tenaga pengajar semalam paling baik Ain, Adira dan Maulana. Paling teruk Iwan dan Nad. Rupanya dikalangan pelajar sendiri juga tidak puas hati kepada juri sebab Adira tidak mendapat lampu hijau pada konsert semalam meskipun telah membuat persembahan terbaik.. emmm..
Dengan tersingkirnya Alif.. kini tinggal 8 lagi pelajar yang akan meneruskan cabaran di AF. wah... 4 lelaki 4 perempuan. Adil juga pengundi zaman skg ni kan. Pandai dorang gilir2kan untuk seimbangkan jantina pelajar dalam AF. hehehe..
AFUNDI selepas undian ditutup:
1. Iwan 29
2. Shahir 23
3. Ain 12
4. Nad 11
5. Daus 9
6. Maulana 7
7. Adira 6
8. Farina 3
9. Alif - TERSINGKIR!
Wah.... Adira dan Maulana yang terbaik dalam kedudukan bahaya giler. Pengundi bertungkus lumus mengubah kedudukan.
Teruskan mengikuti perkembangan AF.
Emm.. malam ini sangat tension sebab Tv2 ada Pertandingan Akhir Bintang Aiminnal 1Malaysia. Kat Tv3 pula ada Mentor. Kat Astro Ria ada Debaran AF. kecoh kat rumah ni nak tengok mana satu tadi. Akibatnya sekejap sekejap tukar channel. hahaha. Apa pun Alif tersingkir!
Labels: Akademi Fantasia
Malaysia: Peserta World Star Road To Hollywood - WCOPA 2010 !
0 comments Posted by zrull at 11:47 AMWorld Star Road To Hollywood 2010!
World Championship Of Performing Arts (WCOPA) 2010!
Tarikh: 10 April 2010
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Masa : 8.30 malam
Pada tahun 2008, Malaysia menduduki tangga ke-7 dalam kutipan pingat. Tahun 2009, Malaysia meningkat naik ke tangga ke-5. Harap2 tahun 2010 ini Malaysia akan terus membawa pulang pingat yang lagi banyak!!!
Menjadi tumpuan dalam cabaran ini adalah dalam kategori VOCAL.
Terdapat beberapa penyanyi yang turut bertanding. Antara mereka termasuklah Nadia, Mila, Nabil, Shahila dan Iz.
PESERTA AKHIR WCOPA : 10 APRIL 2010
VOCAL
1. CHERLY KOH
2. KHAIRULLAH EZUAN SULAINI
3. JESPER NIMOI
4. NADIA HASWANI HASNAN
5. MOHAMMAD RIDZUAN SHARIFUDDIN
6. NURSHAHILA AMIR AMZAH
7. MOHD AZMIRA MOHAMAD ARIF
8. DEWI LIANA SERIESTGAN
9. MOHD RIFANZIE RUJI
10. ANG HUI SAN
11. NABIL ZAMANHURI
12. NINI ARZIEANA KADIS
INSTRUMENTAL
1. RYHTHM OF BORNEO
2. KUMPULAN INSPIRASI MUZIK KITA
3. ANGKLONG
4. DRUM SIMFONI
DANCE SOLO
1. KRYSTLE KOH SHAU PHING
2. MANIKUMAR A/L SUBRAMANIAM
3. DHARSHAMINI A/L KESARAN
4. SUHAILI AHMAD KAMIL
DANCE GROUP
1. POISON STARS
2. PETRA DANCER
3. ANALUSIA
4. KARYAWAN FLOOR FEVER
5. VIVA DIVA
6. 8 STARS MALAYSIA
7. ASWARA DANCE COMPANY
MODELING
1. MUHAMAD AFIQ MUIZ AZMAN SHAH
2. NOORFASHALINA MAZLIN AMIR
3. AHYA ULUMUDDIN ROSLI
4. ARORA SALWA
5. LIM YEE CHEAN
6. ERICA LIEW
7. PUTERI AISYA MARISSA RUSLI
8. ALISA YEO JING LING
9. RACHEL SOH REI SHFN
10. NURFAHDILLA MARZUKI
11. ZULYASRANI ZAULYADDIN
12. NOORFASHAREENA MAZLIN AMIR
Barisan Pengadil:
Vocal – Deja Mos dan Noryn Aziz
Muzik - Rudy DeLuna dan Dayang Mariana
Tarian - Yazid Zakaria dan Louis Pragasam
Peragaan - Tengku Azura dan Andrew
Lakonan - Samantha Shubert dan Rosmina Tah
Alamak.. saya pun tidak tahu siapa yang berjaya dipilih mewakili Malaysia ke Los Angeles yang berlangsung pada semalam 10 April 2010 ni. Sebab saya tak tengok ar. hahaaha
Nanti update kalau dah tahu. Untuk makluman pertandingan ini akan berlangsung dr 15hb Julai hingga 28hb Julai, 2010 di Los Angeles, Hollywood, Amerika Syarikat. Mampukah Malaysia meneruskan kegemilangan pada tahun2 yang sudah?? Kita sama2 nantikan saja.
Labels: Isu Semasa, Seni
