Hai. Dah lama tak update Blog. Sebab utama adalah MALAS. Rajin baca blog orang je.hihi.
------------------------------------------------------------------------------------
Sejak dari auditons lagi saya sudah mengikuti American Idol ni. Macam biasa ada suka duka bagi yang menyertainya. Ramai juga yang hebat2. Nanti tu lagu2 dorang popular diseluruh dunia apa lagi of coures sampai ke Malaysia. Heran juga la lagu tak juga la best tapi ramai juga yg minat. Tapi pasaran utk industri hiburan USA mmg luas. Saya yg duduk dipedalaman ni pun dapat juga dengar lagu dorang. Huhu. :P
Selepas Audition yang penuh cabaran inilah dia Top 24 untuk American Idol Season 9.
Girls:
01. Didi Benami - 23 thn, waitress, audition di Los Angeles -
02. Paige Miles – 24 thn
03. Lacey Brown - 23 thn, church event director, audition di Orlando
04. Ashley Rodriguez - 21 thn, college student, audition di Boston
05. Katelyn Epperly - 19 thn, student, audition di Chicago
06. Michelle Delamor - 22 thn, clothing store associate)
07. Katie Stevens - 16 thn, high school student, audition di Boston
08. Haeley Vaughn - 16 thn, high school student)
09. Siobhan Magnus - 19 thn, glassblowing apprentice)
10. Janell Wheeler - 24 thn, sales representative, audition di Orlando
11. Lilly Scott - 20 thn, musician/sandwich maker, auditon di Denver
12. Crystal Bowersox - 23 thn, musician/mom, audition di Boston
Guys:
01. Todrick Hall - 24 thn, actor/playwright, audition di Dallas
02. Tyler Grady - 19 thn, college student, audition di Boston
03. Aaron Kelly - 16 thn, high school student, audition di Orlando
04. John Park - 20 thn, college student, audition di Chicago
05. Andrew Garcia - 23 thn, musician, audition di Los Angeles
06. Lee Dewyze - 23 thn, paint sales clerk, audition di Boston
07. Joe Munoz - 20 thn, unemployed)
08. Tim Urban - 20 thn, college student/musician, audition di Dallas
09. Michael Lynche - 26 thn, personal trainer, audition di Orlando
10. Casey James - 27 thn, musician, auditon di Denver
11. Alex Lambert - 19 thn, singer
12. Jermaine Sellers - 26 thn, church singer, audition di Atlanta 



P/s: saya tengok kat 8tv je. Astro kami tak subscribe SWR, HBO etc tu. Pakej paling murah je. heheh
Labels: American Idol season 9
20 September / 1 Syawal
Salam Aidilfitri kepada semua.
Aidilfitri datang lagi. Cepat masa berlalu. Wow. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya adilfitri kepada Ibubapa, adik beradik, cousins, kawan2, warga SAM dan KUSNET, rakan2 bloger dan semua yg mengenali diri ini. Maaf Zahir Batin!!
Alhamdullilah, raya tahun ini saya beraya bersama keluarga di Kampung Morion (tempat lahir), Tandek, Kota Marudu. Semua adik beradik2 dapat berkumpul dirumah kecuali kakak saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur tidak dapat balik kampung.
Hari Raya Pertama Kaum muslimin akan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri. Best juga pegi sembahyang raya ramai2.
Masjid Tandek
Pergi Sembahyang Sunat Raya bersama keluargaAbang - 4 anak.
Kakak pertama - 3 anak
kakak kedua - 6 anak
kakak Ketiga - 4 anak
Kakak keempat - 1 anak
emmm... ramai juga anak buah saya ni.
Anyway, Selamat Hari Raya AidilFitri.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.
Sumber: Wikipedia
Labels: Abouts Sabah
B
Akhirnya.. selepas 4tahun (study) tak balik beraya di Kg halaman, Alhamdullilah tahun 2009 ni dapat juga balik kg.... yeaaahhh. Kesempatan yang ada ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Mmg hati nak balik beraya setiap tahun tetapi ada saja aral melintang.
I means..4 tahun tak balik raya bukannya 4tahun tak pernah balik Sabah. Hakikatnya.. setahun 2kali juga sy balik Sabah. Cuma... masa hari raya tu jak tak balik. jgn salah sangka. hahahha...

ni pengesahan yg sy ada di sabah.. hahahhaYang untungnya.. flight sy tu sebenarnya KL-KK-Narita, Japan. Airbus pulak tu. Ramai orang Jepun. Sampai sikit lagi mengaku ornag Jepun konon...LoL. Tetap bangga jadi orang Dusun Kimaragang ni. :P

Best rasanya dapat balik Kg lagi. haha.. pada hal yg Julai 2009 pun sy baru juga balik Sabah.
Babay KL.
Labels: Diary
30 Ogos 2009
Hari ni Ahad. Masa puasa pun dapat lagi berjalan. So, terpegi la kat Mid Valley (selalu pegi mid sebab dekat dengan rumah..hehe). Sejak study di UM, Mid la tempat lepak2. Habis kulia ja terus naik bas ke Mid..hahah... gilerrrrrr.
Sebelum gerak.. sempat lagi menonton MELODI di Tv3. Tak mahu juga ketinggalan kisah2 panas artis2 bah kan. hehe. Lepas habis jam 1.30pm tu terus nak teksi pegi Mid. Kawan sudah tunggu kat sana. wah.. 'jumpa kat information center' pabila aku membaca mgs yg aku dapat. Tu kawan yg sent kat aku. Ok.

Pilih punya pilih dapat la apa yg berkenan dihati. Target nak beli untuk dipakai masa raya nanti. hehe. Kawan aku tu yang berabis membeli. Aku just tolong dia pilih saja. opsss... masa tayangan movie da nak hampir. After that.. bayar cepat2. ok
emm....aku langsung tak tahu apa citer Orphan ni. langsung tak dapat bayangkan. Sebab tak ada buat research sebelum tu. jadi kena fokus ok fokus. Ok lah... aku nak ulas sikit2 saja. Tak boleh ulas banyak2 nanti kalau korang dah tahu nanti tak best bah kan. Cerita ini sangat saspen.. kisah sebuah keluarga yang mengambil anak angkat untuk dipelihara. Budak yg mereka amik tu sangat misterius.

Lepas habis tgk movie terus bergegas ke Hotel Boulevard. Dekat saja.. sebelah Mid Valley saja. Buffet berbuka puasa beraada ditingkat 9. Kami sampai 15minit sebelum berbuka puasa. Ambil la apa saja. Banyak sangat makanan lah. memang tak habis. Makan apa yang mampu saja. Ramai juga orang2 yg berbuka puasa kat sana. Akhirnya.. laungan azan berkumandang dicorong TV. Jom makan. Jgn lupa baca doa. hehe..ngam2 masa ni ada pelancong2 muda dr Jepun makan kat sebelah kolam. Ramai lebih kurang 20 orang. Rambut dorang smart bah. :P





Mcm biasa... lauk fevret adalah seafoods.. ketam, udang, kerang, siput, sotong. Tak lupa juga.. ayam, sate, sayur2an. Semua yg berkahsiat lah..wakakka. Makan sikit2. yg penting semua hidangan dapat dirasa. Makan pencuci mulut; rojak buah, air jus, kek, aiskrim. semua dapat rasa juga. Perut pun sampai kenyang. Terima kasih kepada Boulevard Hotel ok.
Lepas berbuka puasa terus singgah ke Jusco membeli barang2. Then balik rumah. yeahhhh...
Labels: Diary






Bukan juga selalu pegi Redbox ( pusat karaoke). Sekali sekala saja. haha. Sumbang2 pun sumbanglah. teda juga orang lain dengar. kecuali kami2 saja. Sedikit info kalau datang ke Redbox. Kena apply member card. Ada dua jenis. member card biasa dan Dot Red Card. Saya ada Dot Red Card. setiap 1 ringgit akan dapat 1 point. kalau da banyak nanti boleh redeem.
Pas tu.. kena book awal2 via call atau online. Biasanya kami pakai call. Sebab selalu penuh.
Redbox Ria Sogo menjadi pilihan. Sebab caj dia murah berbanding Redbox di tempat lain. Lagi pun staffs dia peramah. Baik hati. iye ke??? hahaha..
Then ada tidbits (makanan ringan unlimited). amik saja untill habis masa 3 jam. Fuyoo.. 3jam melalak.. jangan je tekak sakit.
Lagu2 lagu pilihan, Faizal Tahir, Aizat, Maroon 5, dan lain2. Semua lagi ada. Cukuplah lagu yang jiwang2 ja bah kan. Ingat nak pegi masa bulan puasa ni tapi takut pulak. Tak apa lah. Cuti!.
P/S: menyanyi dalam bilik ja berani. Kalau diluar kompom melarikan diri tak berani. Whatever lah...hahaha
Redbox : http://www.redbox.com.my/redbox/eng/index.asp
Labels: Diary












