25 April 2009, Sabtu
Aril Tersingkir di AF!!!!
Alamak.. apa da jadi...Aril yg semakin improved setiap minggu akhirnya tersingkir pada malam selepas konsert tadi. Aril yang membawakan lagu bertajuk Nakal oleh GiGi tidak dapat memikat undian penonton.
Pengumuman penyingkiran yg dibuat oleh AC Mizal ternyata mengejutkan ramai orang. Sangkaan pada mulanya adalah peserta perempuan yang bakal tersingkir kerana berdasarkan persembahan Claudia, Aishah dan Isma kurang menyengat.
Akademi Fantasia 7 sangat seumpama tidak berdasarkan bakat lagi. Ini kerana pelajar yang membuat persembahan terbaik pada malam konsert tidak mendapat undian penonton. Lihat saja mangsa seperti Zizi, Rubisa dan Qhaud dan Adila yang sangat2 mengejutkan.
Persoalannya... adakah pengundi mengundi berdasarkan bakat???
em... apa2 saja lah kan. Kalau OIAM tu aku sangat setuju. Sebab mereka diundi sebab bakat.
hehehe....
Labels: Akademi Fantasia, Seni
150 TIKET PERCUMA UNTUK Esther FC di Konsert Grand Finale pada 1 Mei 2009
0 comments Posted by zrull at 7:42 PM
150 TIKET PERCUMA UNTUK EFC
EFC mendapat peruntukan tiket percuma sebanyak 150 keping semasa Konsert GF ini. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menonton Konsert GF OIAM 3, sila hubungi Adrin@TanakWaguKL (018-3691 396/019 2006 300) ATAU Aris Jo Alias (019 341 4340) dengan kadar segera!.
Bah.. kepada siapa2 yang mau datang ke Konsert Grand Final tu cepat2 la kontek orang2 tersebut. Cepat selagi tiket masih ada. Berebut2 orang mau tu. Saya pun mau ikut juga berebut mau dapat tiket tu. hehehe...
Siapa agaknya Juara: Esther or Tomok or Aweera?? dan siapa juga akan tersingkir?????
Cepat kamu pilih:
Pergi ke laman web 8TV, www.8tv.com.my/oiam then pilih jika anda inginkan Top 2 atau Top 3 di Grand Finale. Jika Top 3 pilihan anda, maka jumlah undian sepanjang minggu depan akan diambil kira ketika di Grand Finale nanti. Ada baiknya kalau Top 3 di Final kan???
:P
Hari ni aku pening kepala. Sebab tetiba membaca buku dengan banyak sekali. arghh..
Awal pagi hari ni aku hantar Aunty aku kat LCCT. Dia balik Sabah. Puas juga dia bercuti di KL selama 4hari. Anak dia konvo kat pwtc. hehehe... Kebetulan kat PWTC - 17hb - 26 hb April 2009 ni ada pesta buku antarabangsa. Banyak nya buku, novel dll yg murah2..wahh..
OK bintang RTM pun aku nak layan juga. Aku tertarik bintang rtm sebab ada ramai wakil2 dr Sabah yang bertanding. Setakat ini sudah minggu ke-4 pada minggu ni. So, sepanjang 3 minggu ni peserta dari Sabah yang telah layak seramai 3 orang ke separuh akhir.. iaitu Nizam, Jo-Anne dan Ikbal. Manakala Basri pula tidak bernasib baik. Dia mengharapkan bantuan SMS. wah...
Maklumat Lanjut: http://www.bintangrtm.com
Labels: Bintang Rtm
Lagu Tugasan AF minggu ke-7: Yazid dan Claudia dapat Lagu Inggeris!!
0 comments Posted by zrull at 10:45 PM20 April 2009, Isnin
Lagu2 yg diberikan ini juga sebagai cabaran. Tengok mcm tak mencabar je?..hehe...apa pun Yazid dan Claudia akan menyanyikan lagu Inggeris. Boleh ke?...boleh ler... jgn risau.
All the best ok.
Akim- Situasi (Bunkface)
Hafiz- Kau Yang Punya (Malique ft Najwa)
Aril- Nakal (GiGi)
Yazid- With Or Without (U2)
Isma- Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
Claudia- When Your Gone (Avril Lavigne)
Aishah- (Flora Cinta (Min Malik)
Lagu Bonus
Fiona (4U2C) & Untukmu (Feminin)
satu demi satu peserta kegemaran aku yg terkeluar. aduh...
Obri, Rubisa, Zizi dan paling mantap Qhaud pun boleh tersingkir. Apa boleh buat la...undian tak cukup. Yg stay kat Akademi pun yg ehemmmm......... je. sorry sangat aku tak nak undi lagi. Cukup la..... tapi...undian aku lebih kepada Esther OIAM lepas ni. So, aku layan OIAM 3 lah yerrrr....hehe....
Labels: Akademi Fantasia, OIAM
18 April 2009, Sabtu
Konsert AF minggu ke-6 menampilkan band Estranged, Lefthanded dan Coklat yg mengiringi persembahan top 9 pelajar af 7. Pelajar diberikan peluang membuat persembahan seperti dalam konsert. Nampaknya sangat meriah.
Namun, paling menghiburkan adalah persembahan Qhaud yg menyebabkan bulu roma meremang!. Energetik, mantap dan bagus sangat!! Tapi ini kah balasan para pengundi yg menyebabkan Qhaud tersingkir! Pengundi buta seni?? Ada beberapa pelajar yang membuat persembahan yg teruk pada malam tersebut. Contohnya Yazid yg tidak menyengat!
Apa pun, bro Qhaud tetap disokong!.
Labels: Akademi Fantasia, Seni
17hb April 2009, Jumaat
Top 4 pada malam ini menyaksikan top 4 membuat persembahan seperti dalam konsert. Well, it's was good. Everybody like it!! hehe..
Proses penyingkiran sangat menyedihkan. Nine or Amylea??? Alamakk...Amylea yang tersingkir!!! Sedih sangat. Ini bermakna peserta perempuan cuma Esther seorang. Persaingan Esther dengan peserta lelaki- Tomok, Nine dan Aweera. Tetapi.. jangkaan seakan-akan sudah dapat dilihat bahawa Esther dan Tomok akan beraksi di pentas final. hihihi..
My ranking: Esther, Aweera, Tomok, Nine
Esther.. see u on the final!!!!
Labels: Abouts Sabah, Seni