Selepas kecewa 2 hari lepas tak dapat pegi karaoke hari ini menjadi juga kitaorang karaoke kat Redbox Ria Sogo. Hari ni rasa mcm nak pegi atau tidak pegi karaoke tu tapi akhirnya jadi pulak. haha.....pagi tadi lepas ber YM dengan kawan2 mulanya semua tak jadi. Kecuali c mary saja yg jadi. So, dia yg urus tempahan tu. Dia tempah kat the garden dan kat sogo.

hihihi...aku dan kawan ku larry bergegas pegi kat Redbox the garden utk menyanyi. Tempahan dibuat utk jam 3pm. Tapi..malangnya sebab harganya sangat mahal iaitu Rm30. Baru teringat..rupanya Student kad tak boleh guna. Sebab..rupanya cuti sekolah!!! Siut betoll....

Terus harapan kedua pulak adalah kat Redbox Ria Sogo. kat sana da kami da tempah untuk jam4pm. Untuk memudahkan...cik mary telah call terlebih dahulu kat sana utk memastikan harga. Then, hanya Rm20+++. Ok lah tu berbanding kat The Garden. Apa lagi kami pun terus naik KTM dari Mid ke Stesen Bank Negara. Senang sikit sebab ia terus ke Sogo. Tambang cuma rm1 je..hihi..

Well, Cik mary cakap ada orang lain lagi yg nak join pegi karaoke. Tapi masih dalam rahsia. Em..lantak la sape yg dia nak ajak pun. kami menepati masa dengan sampai di pintu registration tepat jam 4. Seperti biasa..selama 3jam tempoh masa karaoke jadi habis masa pada jam 7. habis la suara mcm ni..hihii

Larry mmg hebat nyanyi...

Ok..kami dapat bilik No. 10. Besar juga bilik tu. Mmg untung sangat. Boleh joget2..wakakaka... (aku tak biasa joget pun). Terlebih dahulu kami ambil makanan dan minuman yg unlimited kat sana. Amik apa saja yg penting masih ada kerna sudah termasuk dalam pekej. Lagu pertama dinyanyikan oleh cik mary. Dia yg kasi rasmi dengan menyanyi lagu best2.

Then..nyanyi punya nyanyi tetiba ada orang datang. Jam di handphone ku menunjukkan jam 4.35pm. Em...rupanya orang yg nak join tu adalah c Mun dan seorang lagi c Sharifah. Lambat dorang datang. Tapi ok juga lah. banyak masa lagi. Masa pagi tu ada YM dorang tak nak datang. Well thanks kerna memeriahkan suasana. So, kami hanya berlima sahaja.

Kebetulan Cik Mary ada membawa laptop. Sememangnya Redbox ada menyediakan perkhidmatan Hi-Fi. So, aku dapat surf internet. Sambil karaoke sambil YM. Siap buat Confrence dengan kakak, adik nicky dan Collen. Dorang tak percaya aku kat sogo pulak tu..hehehe...

Paling best...suara2 artis ni mmg pandai menyanyi la...ada juga beberapa orang tu malu2 lagi. Terus..suara ada sumbeng skit...jgn marah bah..hehe.. Aku suka bila nyanyi duet tu. menghayati konon lah. hehe...lain kali kita duet lagi.



zir, mary, mun, sharifah sedang nyanyi..

Yg lawaknya...tengah syok2 si Larry nyanyi lagi Kejoraku bersatu dah masuk chorus da tu. Lepas tu orang tu nyanyi dengan penuh menghayti sambil tutup mata lagi konon..tetiba Cik Mary dengan selambanya....tertekan butang STOP dan lagu tu terus stop juga la. Apa lagi c Larry pun mengamuk juga sikit..lagu kegamaran dia kena stop..wakaka...nasib baik dia tak nangis. hahaha...tapi, 5minit sebelum jam 7 dia sempat nyanyi semula lagi sehingga habis. Kesian ba...

Lepas tu kami keluar lah dari bilik tu. Mcm mau habis suara sudah pulak c mary dan mun ni. C sharifah relax saja. Sebab dia tak banyak nyanyi. Masa kat luar tu kami tak balik terus. tapi singgah ada tugas lain iaitu utk mencari kasut utk c Sharifah pakai time interview jadi Kurotor. Dia interview kat Swk. Alamak...terpaksa lah dia balik Swk lagi. Pada hal...dia belum sampai sebulan kat KL. Ulang alik dia oh Kuching-KL. hihi..Semoga berjaya ye Sharifah!!!.

Kami pulang naik KTM dan turun kat Stesen Angkasapuri. Then naik teksi ke rumah. Tapi, aku dan larry singgah sebentar di medan selera kat bukit angkasa tu. makan, minum dan sembang2.. Sedap juga makan Bihun campur sup ayam dan Mee bandung. hehe..lama sudah tak makan tu. Hari ni termakan juga. C mun, mary, sharifah pun makan juga. Lapar betul dorang...jauh perjalanan bah. banyak juga la cerita...terungkit pulak masa mula2 masuk kat UM tu. Rupanya aku, mary, sharifah sama2 menunggu bas ke UM masa tu. Berbagai kisah jenaka pulak tu..hahaha...tak kering gusi mendengarnya.

Sembang2 punya sembang ngantuk pulak. jam di handphone ku sudah menunjukkan jam 11.50malam. Mmg masa untuk pulang rumah.

Entah kenapa lah hari ni hari Rabu tapi aku mati2 ingat hari Khamis. Disini lah plan aku mula malang. Gara2 tak ingat hari.

Mcm ni..aku, ngan Cousin dan adik aku nak jalan2 kat KL. Bosan duduk kat rumah. So aku cadang nak pegi kat Redbox Sogo. Ingatkan ada banyak kosong lagi..rupanya bila nak register semua dah penuh. Hanya jam 5 pm saja yg ada free. Tulah tak pegi call awal utk buat tempahan. hampeh tak boleh nyanyi. Ni semua gara2 aku ingat budak sekolah tak cuti. Rata2 yg pegi Redbox adalah budak2 sekolah. Biasalah...Af kan da nak start..haha...

Hari ni juga aku sibuk nak bank in duit dan kirim duit kat Kg. Itu semua da selesai. OK lah. Tapi malang lagi sebab gara2 nak save bajet tambang kami samggup jalan kaki dari Sogo ke Kota Raya. Sambil jalan2 bah. Cuci mata konon..haha...Kiranya mau beli baju utk kerja konon tapi tak jadi. Then dari Kota Raya kami naik bas nak g mid valley pulak. aku p minta no redbox kat The Garden tu. Sekali call...rupanya penuh juga. Kesian sudah cousin aku nda dapat menyanyi..wakaka. So kami jalan2 saja la di Mid. Ngam2 cousin aku tu mau kasi warna rambut dia bah. Mau cari pewarna rambut. Cari2 punya cari tiada jumpa. Kami pegi di Jusco..pun tiada juga. ahaa...terus aku kacau jap kawan aku yg keja kat sana. Sembang2...dia keja kat jual makanan tu seperti Ayam, kuih dll.' bang aku nak ayam 10 ekor lah'?...haha....dia tengok rupanya aku. Tergelak besar kami..wakaka. saja main2. Siapa ka yg mau makan ayam begitu banyak.

Lepas tu kamu cari di Carefour. ah..kat sana barulah ada. Sudah beli teruk bayar. Lapar pulak sebab bejalan saja kan dari Tenahari sampai petang. Kami ambil keputusan makan di KFC saja. Kenyang bah. Then, kami mau balik.

Masa balik teruk sangat. Fikir2 punya fikir...gara2 mau save bajet ni. Kami mau guna tiket bas tu sahaja. Rapid KL kan tiket dia boleh kitar semula. haha...Kami cadang mau naik KTM ke KL Sentral dulu then naik bas U74 ke rumah. Masa aku beli tiket terus kami pegi kat Platform tu. tapi...train tu baru saja jalan. alamakk....kena tunggu hampir sejam lagi. Tak sanggup oh. Malang lagi bila sekali kami check tiket kami tu Mid Valey ke Sentul la pulak. Masa beli tadi aku cakap kuat2 Ke KL Sentral!!. Pandai2 dia kasi kami pegi ke sentul. Budu juga aku kali sebab tak check tiket tu masa tu. Pa boleh buat la kan...hehe..

Lama juga mau tunggu dan tiket salah. Terus kami balik lagi di Stesen Teksi Mid. Akhirnya kami naik teksi balik rumah. Ingat mau save bajet tambang. Sekali...buang duit saja. Sudah lah tiket KTM tu burn saja naik teksi dia caj rm5 la pulak. Bagi kami ini mmg malang la..hahah....Then kami sampai rumah pada jam 6pm mcm tu.

Hujan lebat. Ingat mau pegi kat pasar malam. tapi hujan hanya berhenti pada jam 8 malam. So, masa tu baru dapat p kat pasar malam. beli ikan, sayur, buah terus balik sebab hujan renyai2 ja...

Beberapa jam kemudian...

cousin aku kasi warna rambut dia..smart juga lah...warna kuning2 sudah. aku ada angan2 juga mau kasi warna rambut dulu2. Hari ni tercapai pulak..rambut aku pun ada warna sudah sikit2. Tapi nda terang la. Kalau kena cahaya matahari nampak kali. Yg penting hensem la konon...wakakakkaka...

sekali di ingat...lawak pulak...hehe...

bila aku buka web kat marudubloggers pengumuman pemenang pelawak bestari utk blog marudu tu. Rupanya aku yg menang..hahahaha... :P
Rupanya pelawak juga aku ni ye... hahaha..

ok la tu je cerita pada hari ini...


Alhamdullilah sebab telinga saya yg sakit ari tu dah ok. Baru lah dapat mendengar dengan baik ni. hihihi..sejak beberapa hari lalu saya busy kononnya. Saja membusykan diri bah..hihii.

Well, banyak plan yang saya sudah rancang di hari yang mendatang ni. Sibuk mau pegi sana sini.
Tapi tak tahu jadi ke tak. Wait and see jer. Saya sangat berharap yang Lunch 3hb 2 ni di Rumah Unversiti di UM saya dapat join. Kena jemput tu..hehe...makan puas2 ni.

Walauapa pun, saya tetap seronok lepak di marudubloggers dan d-bos fm tu. Jangan risau saya selalu lepak sana juga. hehehe..apa yg terbaru nanti saya tulis di blog ini.

ok see yah...

Semalam tak dapat tidur nenyak. Telinga sakit. Mungkin sebab mandi kat Pool dua hari lepas. So, tidur pun tak selesa. Tapi masih ok lah.

Pasal cerita hangat semalam pastinya secara rasminya Barrack Obama jadi President USA ke-44. Maknanya berakhirnya era G. Bush iaitu 'President Perang'. Lakaran sejarah tercipta apabila Obama adalah berketurunan African-American dan berkulit black. Ramai mengharapkan agar Obama dapat mengatasi krisis ekonomi USA dan krisis perang di Timur Tengah. Mampu kah Obama??


Obama dan Isteri serta Bush dan Isterinya di White House

Obama memegang jawatan itu selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 4 November tahun lalu selepas menewaskan John McCain dari parti Republikan. Ibu Obama adalah berkulit putih dari Kansas manakala bapanya berasal dari Kenya.

Apapun, harapan agar Obama dapat mentadbir USA dengan baik. Kalau dilihat banyak dasar negara yang USA buat mempengaruhi dunia. So, Malaysia tak boleh bergantung sepenuhnya kepada USA.

Semalam sy ingat nak pegi UM nak tengok proses pengiraan undi. Tapi tetiba ada hal. Kawan ajak pegi rumah dia di Kondo Pantai Panorama. Wah...memang best la kat situ. Sempat lagi mandi di pool. Then masuk kat bilik Sauna (panas sangat bilik tu). Bila balik kat rumah dia Pizza yang di order sudah samapi. Makan pizza dua kotak. Buy one free one bah. Cerita2 punya cerita sy tertidur di sana. Balik rumah paginya. Tunggu bas lama giler terus naik teksi ja lah. hahaha..

Teringat pula mcm mana nasib pilihanraya kampus UM kali ini. Sy tanya kawan2 by YM dan sms. Dorang cakap Pro-Mahasiswa (Gagasan) telah menang. 19hb Jan merupakan hari membuang undi bagi Pilhanraya Kampus bagi Universiti Malaya. Pertembungan hebat antara Pro-Mahasiswa dan Aspirasi ditentukan oleh para pengundi iaitu semua mahasiswa/i UM. Selepas kiraan dibuat akhirnya Pro-Mahasiswa telah menang!!!! Urusan pengiraan undi telah pada subuh pagi tadi.

Mengikut laporan Pro-Mahasiswa menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini. Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris. http://promahasiswaum.blogspot.com/

Sebagai Ex-Um sy mengharapkan agar kepimpinan MPMUM bagi sesi kali ini terus maju dan memihak kepada Mahasiswa. Semoga UM terus dipimpin oleh golongan yang berkaliber!

Saya bangun awal sebab nak pegi ke Mid Valley. Sebab dah janji dengan kawan nak pegi kat career fair bah. Ia dianjurkan oleh Jobstreet.com MCTF'09. Best lah sebab banyak company yg turut serta. Ini lah masanya nak submit resume utk apply kerja. Ehmm...ada juga la saya bagi resume saya tpt dorang. Nanti mereka akan call. Itu pun kalau terpilih. Time tu mmg sesak la. Ramai sangat orang. Pegi kejap je terus keluar.



Lapar pulak...tapi sebelum tu kami pegi kat MPH sebab kawan nak beli buku untuk students dia. Saya pula kalau pegi kat MPH mesti nak baca majalah hiburan yg free saja. hahaha...
Lepas beli buku kami pun pegi makan. Kali ni kami makan kat Restuarant Dome (Italian punya). Tapi sekali kami order cuma makan nasi lemak ja. hahaha...then order ice chocolate. Memang sedap lah.


Nasi Lemak Ayam mmg sedap


Aku dan Azmi mau makan ni..

Ingat mau tengok movie kat Cinema tapi takut tak sempat balik rumah bah. Sebab mau tengok AJL23 malam tu.. Terus canceled la. Pada hal sudah tempah awal2. ehm...Pegi beli barang di Jusco la konon. Memang ramai kawan yg keja part time kat Jusco Mid Valley ni. Semua dorang masih tak tahu yg saya dah balik ke KL. Sekali tu...terserampak pula dengan si Daus. Hari2 chat dgn dia di YM dan dia ingat aku masih di Sabah. hahaha..jgn marah daus. Just joke!!

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every