Em..malas nak tulis blog ni..tak tau apa nak tulis. Kekadang aku busy pulak.
well..sejak aku pulang dari bercuti selama kat Sabah aku tersangat enjoy di KL ni.
Mcm aku buat, bulan januari jer..aku g genting 3 kali..nak release tension kot..aku juga g audition af6..malangnya dapat lampu merah..wakaka..saksikan aku kat channel @15 nanti iaitu peserta kuala lumpur no 2436..ala saja nak test debaran mcm mana dalam audition yg mendebarkan tu..ternyata mmg menakutkan bah..

skg ni..aku worry my tesis..aku rasa mcm xleh buat jer tesis tu..bahan kurang n aku ada problem dalam persoalan dan objektif kajian...ternyata apa yg aku plan dari sem lepas lagi rupanya da ada orang buat. Aku sangat keciwa..xtau nak buat apa lagii..for my information..tesis kena htr awal April ni..huhuhu..

Aku juga mempunyai banyak asigment yg langsung xdisentuh lagi. Aku da minta kaunseling ngan pakar kaunseling di UM. Tp kerna sikapku yang xnak berubah n malas aku still mcm ni. Aku berterus terang yang aku MALAS. APA UBAT MALAS?????

Aku da stay luar kolej mybb kan aku terlalu enjoy. Tengok wayang di MID valley menjdi kan aku mcm lali. Hari2 tgk wayang mcm mana oh..ada member tu yang ajak aku sbenrnya..em..kalo ada yg nak ajak tgk wyg jangan nak malu2 nak ajak aku pulak...wakakaka......

well, anyway, aku da ada matlamat..Pertama..siapkan Tesis. Kedua, siapkan asigment. Ketiga, bersedia untuk exam. Keempat, speaking english everydays. OK.
AKu mengharapkan agar semua kita berjaya la..aku takut aku salah seorang yang tercicir pulak..waduh2..
Berdoa selalu la + Usaha yang berterusan...ok bye..

Today is 16 December was my lucky day. I was born at this date.
I had Friendster n Myspace..and when i served internet oh my goddness..my friend sent me their wish. Thanks a lot my friend. At least u still rememmber my besday.
Thanks to mary, daus, fendi, eddy and etc. I cant to put down ur name here.

So, on my besday im 22th years old. I also wish to myself that..i wont be a liar men, lazy man and whatever the ugly. huhu..i want to be a good man. That everybody want right..

Now, im still in sabah. I so happy with my family now. huhu..
Thanks mum, dad, my brothers and sisters and my friend becoz understanding me..
ok bye..

My Home

Time ni aku da ada kat kampung halaman. baru jer balik di KL ba konon. Time tulis ni aku ada kat CC. Maklumlah kat rumah xde streamex..lalaa..hari ni 3hb 12 2007..time nak daftr subjek. Pening x tau nak amik apa even ada ballance 13 jam kedit lagi..

Time aku kat CC, terjumpa pula c Arthur kawan seUniversiti d UM. Sama2 la kami daftr subjek. em..cepat giler penuh. Nasib baik ada org tolong aku dftr awal. Kuat hujan ba di KM ni..tp terpaksa juga pegi pekan..huhu..then, terjumpa lagi C Redo kawan lama masa d SMK Tandek dulu..huhu..apa pun CC ni da berubah besar.Makin maju aku nampak, makin besar dan lebih selesa la..

Lepas ni nak uruskan apa yg perlu. tak beli tiket balik KL lagi then tak pegi arkib amik bahan nak buat tesis lagi. Time aku buka FS aku, ramai kwn2 risau pasal tesis aku..danger kan..masalah besar lagi bila aku tak sempat hantar BAB 1 aku kat Lecturer aku. Habis lah aku sem depan..kena marah la nie..takotttt...

Musim hujan d KM ni harap2 la tak juga banjir. Nanti tak dapat mana2...huhu..em..yg penting lagi aku mau jumpa kawan2 aku semua..mana da dorang pegi ni? langsung tak nampak..pada hal aku dengar dorang pun balik KM juga...

Semalam aku p Cousin aku kahwin. Bestnyer dorang kahwin..semoga berbahagia hingga ke anak cucu..ok la..nak bla dulu..

Saat aku menulis blog ini aku ada kat CC. hehee. Saja nak tulis yang aku da nak balik bercuti kat kampung kat Sabah. Selama sebulan cuti sem ni rasanya xada banyak masa untuk enjoy sebab kena cari bahan untuk nak buat tesis. Maklumlah keperluas kursus yang aku amik wajib kena buat tesis. Masalah problemnya skg ni..tajuk tesis pun x kompem lagi. Macam mana tue?..masalah besar tu..sedangkan aku ada satu sem lagi..huhu..harap2 di Sabah nanti aku dapat bahan yang aku cari2.

Mulai sesi depan pulak aku da stay kat luar. Tak stay kolej lagi..huhu..sedih juga berpisah ngan kawan di kolej tu..my ex-roomate azwan dan Ron. kawan2 baik pulak ada Daus, Fendi, Poji, Jamil dll. Sejak dari first year hingga sekarang terlalu banyak pahit manis aku lalui lah. Aku join projek2 kolej, ikut aktiviti Universiti, makan makanan masakan macik Du dll. emm..mcm Ron (roomate aku) selalu cakap..kat 2nd ramai gadis cun2..huhu..

Semasa nak check out time 24hb tu, aku da amik semua2 barang2 aku bawa balik. Bila sampai kat ofice nak check out seperti biasa ada Kak Intan da Kak Su bertugas. Kak Intan yang biasanya marah bila ada urusan kat ofice tu nampaknya ok sahaja. Aku dapat check out dangan bergaya..haha..then, sempat juga meminta maaf kat mereka sepanjang ada salah silap semasa menginap di 2nd. Wajah mereka tersenyum gembira...rupanya Kak Intan tu agak comel juga bila senyum..huhu..

Semasa da habis exam ni pulak..kerja aku tengok wayang jer. Mcm2 citer aku tengok. Rasa best pulak rasanya. Tp da nak balik ni..sambung tengok sem depan pulak..huhu..sem depan harap2 ada la yag nak belanja aku lagi tgk wayang kan..haha..ni aku jer yang belanja orang..

Agak kesian pulak kawan aku c Mary..mcm2 dugaan dan cabaran yang dia lalui. Hanya aku jer yang tahu. Sebab dia bagi tau aku..haha..tu untungnya kalo understanding each others kan..kawan2 tak segan silu bagi tau perkara2 rahsia kat aku. Dont worry la..im good person punyer..haha..sabar jer Mary..nak kuar kolej pun kena saman (denda) lagi..whatever la..
Si Daus ni pulak risau gak aku..cuti sebulan ni x balik. Pas tu duduk kat rumah sewa pulak...yang lawaknya dia xbiasa duk kat sana sebab banggunan tinggi sangat. Tinggkat 12 tuee...rasa gayat dan memeningkan kepala kadang. Makan ko Penadol banyak2. Aku walaupun kat tingkat 21 tp harap2 ok jer. gayat siot...huhu..

Ok lah. ni jer dapat ku tulis di saat akhir aku kat KL ni. nanti sambung blog ni bila kat Sabah nanti. bye..

Gembiranya bila dapat tahu yang aku berjaya memasuki Universiti Malaya (UM). Memang tak pernah wujud dalam fikiran akan diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UM. Aku berjumpa dengan guru2 ku untuk memberi tahu mereka. Semua mereka mengatakan yang UM adalah U no.1 di Malaysia dan bukan calang-calang orang yang dapat memasuki UM. Kira mereka ni hebat2 la konon. Terkejut giler aku bila dapat tahu kehebatan UM ni. Yahooooooooo.....

Dalam daerah aku (Kota Marudu), aku dapat tahu yang ada lagi orang lain yang dapat belajar ke UM. Semasa buat Medical Check-Up di Hospital Lotong, tak sangka dapat jumpa mereka yang juga akan ke UM. Rupanya kemi semua berlima. Aku, Airin, Hanafi, Mazlan dan Robin. Semua mereka ni aku baru jer kenal sebab sekolah yang berlainan. Yang bestnya pulak, kami semua terbang dalam flight AirAsia yang sama.

Aku dihantar ke Airpot oleh Mak dan Abang aku. Yang lain tak dapat ikut sebab kereta tak muat. Kira banyak jugalah pesanan yang aku dapat. Em..pesanan2 yang menyebabkan aku sedih sampai nangis nak mampus. Aku pulak rindu ngan anak2 buah aku yang seramai 15 orang tu (5 orang adik-beradik aku dah kahwin). Tapi, paling dirindui 3 orang budak nakal ni yang jadi teman bergaduh Afiq, Rafiq dan Kit. Sampai jer kat Airpot tu, aku mencari2 mana kawan2 aku tu. Akhirnya jumpa juga 3 orang kawan aku tu. Si Airin tak sampai lagi. Flight kami pulak tu jam 6.10 pagi. Sampai kat KLIA kira-kira jam 8.4o pagi.

Mana si Airin ni. Kami berempat dah mula risau. Semua orang dah dipanggil untuk masuk ke balai berlepas. Nasiblah dia sempat sampai. Kami semua masuk bersama2. Saat perpisahan bersama keluarga masing2 tu sangat menyedihkan. Aku dapat lihat semua orang nangis. So, aku pun nangis la konon (tak dapat nak kontrol macho)...haha.. em..rupanya dalam 1 flight tu majoriti student Sabah yang belajar ke Semenanjung. Sempat jugalah renung2 wajah mereka. Manalah tau mereka juga student UM..hehe..

Semasa dalam flight, aku duduk sebelah si Airin dan di belakang kami pulak si Hanafi, Mazlan dan Roben. Kami semua duduk berdekatan. Rasa nerves giler bila first time naik kapal terbang. Daripada Kota Kinabalu merentasi Laut Cina Selatan terus mendarat ke KLIA. Sepanjang di awan biru tu tawakal sentiasa. Manalah tau ada perkara yang tak elok berlaku.

"Sebentar sahaja lagi kita akan mendarat. Sila pergi tempat duduk masing2. Pakai tali pinggang keledar anda." Suara Pramugari itu memberi informasi. Alhamdulillah..aku, mereka dan semua selamat sampai. Kami melangkah masuk ke dalam KLIA. Woww..mantapnya. Lawa giler KLIA ni. Kami semua pergi ke ambil bagasi masing2. Then, kami semua ternampak sepanduk yang tertera nama Universiti Malaya sambil laungan "UM" berkali2. Lantas, kami terus menuju ke arah mereka.

Sebenarnya dalam KLIA tu semua wakil2 U lain pun ada yang datang untuk menjemput student dari Sabah dan Sarawak. Antaranya UKM, UPM, UITM, USM, UUM, UPSI dan lain2. Kami student UM berkumpul. em..ramai rupanya student Sabah dan Sarawak yang masuk UM. Sekali imbas semasa dalam flight tadi ramai UM rupanya. Kami diberitahu akan menaiki bas UM untuk ke UM. Semasa menunggu bas, kami sempat berkenal-kenalan. Dapat lah kawan2 baru.

Bas UM dah sampai. Kami semua nak bas nak ke UM. Bermulah perjalanan selama sejam lebih. Semasa dalam perjalanan aku melihat pemandangan di luar. em...bangunan semua tinggi, cantik2, dan mengagumkan. Rupanya, UM berada di tengah2 bandar Kuala Lumpur. wah..KL tu memang dah lama nak pergi. Sebelum ni just tengok KL kat TV jer. haha...memang nampak sangat kesesakan yang teruk di KL ni. Udaranya pula nampak sangat tercemar berbanding kat Sabah.

Akhirnya, sampai juga aku di UM. Teruja, nerves, takut, gembira. macam2 perasaan ada. Aku dan Airin ditempatkan di Kolej Kediaman Kedua (KK2). Hari itu dan seterusnya..UM tempat aku teruskan hidup...peace!!


Pesanan yang begitu bermakna:
"kalo sampai sana nanti jangan lupa call kami"..kata Mak aku.
"bagus2 ja sana" kata Ayah aku.
"study baik2. Kalau ada masalah kasi tau kami"..kata Kakak aku.
"makan ko banyak2 nanti kami sini baik2 ja" kata adik pempuan aku.
"Pacik tody pigi mana?"..kata anak buah aku yang baru umur 3 tahun. Sedih aku..

P/S: Cerita ini telah dipendekkan kerana terlalu panjang. Memori terindah sahaja yang sempat dicoretkan. Ada masa nanti cerita ini akan bersambung. Bagaimana pengalaman semasa Minggu Haluansiswa yang aku alami. Bagaimana pulak pengalaman pahit manis ku semasa menuntut ilmu?

Raya seperti 2 tahun lepas, masih di UM (Kuala Lumpur). Walaupun kawan2 kampus ramai yang balik kampung tapi aku buat macam biasa saja beraya di sini. Sedih tu sangat sedih. Tapi rasanya sekali skala la katakan. Aku tidak keseorangan beraya di sini. Selain rakan2 sabah yang tidak balik ke sabah (daus, gapal dll), aku ada lagi teman lain iaitu kakak dan adik2 aku. So, tidaklah sunyi sangat bahkan rasa enjoy.

Teringat pula masa raya kecil2 dulu. Aku masih ingat lagi time tu raya best giler sebab dapat baju baru, selipar baru, songkok baru dll. Time tu aku minat giler colour hijau. Pandai juga Mak aku belikan aku baju kan.

Raya time aku umur 7 tahun (1992). Aku yang baju hijau tu.Sebelah tu adik.

Raya tahun 2007 pula. Ehm..masih adakah nampak wajah aku time kecil2 dulu?..haha..yang penting still comel kan.

Raya time umur 21tahun (2007) di Universiti Malaya.



Semoga raya ni terus memberi rahmat kepada kita semua. Amin.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every