Pesta Kaamatan Peringkat Universiti Malaya 2007 magnify
Tarikh keramat 28 Julai 2007 bertempat di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah menjadi hari bermakna kepada para pelajar sabahan khususnya yang berbangsa kadazan dusun kerana telah berjaya menganjurkan Pesta Kaamatan Peringkat Universiti Malaya. Pesta yang diadakan setiap tahun itu telah memilih Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah pada kali ini selepas pernah diadakan di kolej-kolej kediaman lain pada tahun sebelumnya. Terdahulu, pesta ini telah diadakan di KK12, KK8 dan lain2.

Walaupun, pada kali ini diadakan secara simple sahaja tetapi ia tetap meriah dengan dihadiri oleh ratusan pelajar sabahan seluruh UM. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu dari Indonesia, India dan lain2 di samping para VIP yang begitu sporting sekali. Selain itu, warga sabahan yang pernah belajar di UM turut datang. Malah ada yang membawa suami, isteri dan anak-anak.

Pada malam tersebut, pelbagai persembahan kebudayaan etnik sabahan telah dipersembahan yang telah menarik perhatian ramai. Ia seperti tarian daling-daling, sumazau, magunatip, mengilok di samping fashion show yang memperagakan pakaian tradisi masyarakat suku kaum di sabah.

Pengarah bagi Pesta ini ialah Cik Azlina Binti Sipin, 22, pelajar tahun akhir yang belajar di Fakulti Sastera Dan Sains Sosial UM kelihatan sungguh anggun bergaya dengan memakai pakaian kadazan pada malam tersebut. Cik Azlina yang duduk bersama VIP kelihatan sungguh jelita dengan senyuman yang menawan. Dalam ucapannya, dia berkata, setelah berbagai-bagai cabaran dan rintangan yang dilalui akhirnya Pesta tahunan ini berjaya juga diadakan dengan jayanya. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua Ajk perlaksana kerana berjaya melakukan tugas dengan baik. Tambahnya lagi, diharapkan agar pesta ini dapat dilakukan setiap tahun di UM.

Perasmi pada malam itu ialah Prof. Madya Dr. Danny Wong Tze Ken yang merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah UM juga anak jati sabah berkata pesta kaamatan sebenarnya disambut pada bulan 5.. tapi, ini sudah bulan 7. .kita sudah lewat 2 bulan..ini menunjukkan pesta ini terus diingati sebagai warisan turun temurun. Tambah beliau lagi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya merasa bangga dengan kepelbagaian etnik dengan pelbagai perayaan. Perpaduan adalah aspek terpenting untuk mengelakkan sejarah hitam 1969 berulang kembali.

Selesai sahaja sesi ucapan, majlis disajikan dengan persembahan Multimedia yang cukup mantap yang menayangkan wajah-wajah Ajk perlaksana dan aktiviti yang telah dilakukan. Multimedia ini disiapkan oleh saudara Firdaus Hinnasir. Selepas itu, majlis dipersembahkan dengan persembahan koir.


Para VIP dan pengunjung yang hadir disambut dengan paluan alat muzik tradisional sabah. Menariknya, terdapat juga mereka yang datang dengan pakaian tradisi sabah. Ia seterusnya memberikan suasana yang sungguh menarik.

Persatuan Bahasa Kadazan Dusun UM yang juga penganjur pesta ini cukup berterima kasih kepada Tan Sri Bernard Dompok kerana sudi sponser makanan untuk semua hadirin. Walaupun bagitu Tan Sri tak dapat hadir pada malam disebabkan ada urusan yang tak dapat dielakkan. Makanan pula disediakan oleh Katering Fakulti pendidikan UM.

Pada malam tersebut juga telah diadakan pertandingan Sugandoi (nyanyian). Seramai 8 perserta berjaya ke peringkat akhir selepas beberapa sesi saringan pada hari sebelumnya. Semua peserta dikehendaki menyanyikan hanya lagu dusun sahaja. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat. Salah seorang peserta bernasib malang kerana tak dapat membawa lagi dengan baik. Sehingga terpaksa membuat nyanyian sebanyak 3 kali. Mula-mula dia lupa lirik, lepas tu salah tempoh. Dan kali ketiga barulah ok. Namun, keputusan muktamad para juri profesional memihak kepada saudara Halumi yang berjaya mendapat tempat pertama. Kedua pula, saudara Jarry dan katiga saudari Dymnah. Masing-masing membawa pulang trofi dan hadiah.

Dalam acara mipulos (gusti tangan) telah dimenangi oleh saudara Wilson dan kedua pula dimenangi saudara Cyril. Acara mipulos merupakan acara tradisi sempena pesta kaamatan yang disambut oleh kaum kadazan dusun. Pemenang bagi pakaian tercantik pula dimenangi oleh saudara Girl yang memakai pakai tradisi kadazan dusun yang bersulam benang merah.

Dihujung majlis, para VIP dan pengunjung yang hadir sempat menari tarian sumazau diiringi oleh lagu dusun. Para VIP kelihatan begitu sporting sambil enjoy menari tarian sumazau. Ia sebagai tanda berakhirnya majlis. selepas itu, diadakan sesi bergambar VIP bersama Ajk Perlaksana Majlis. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada saudara Firdaus dan Wilson yang bertungkus lumus menjaga soundsystem majlis. Ini membolehkan majlis berjalan dengan lancar.

Secara keseluruhannya, pesta ini adalah berjaya dilaksanakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di tahun hadapan.

AF5

akhirnya mila menjadi juara AF5 kali ini. ebi xpe naib juara pun ok la tu. c candy yg sangat konsisten setiap minggu pula no.5 lagi. xpe la. yang penting di luar nanti ko ok candy.
aku sedih pula Evoke terkeluaar dalam saingan gang starz....iskiskisk....sedih aku....apa pun semoga dunia hiburan malaysia makin mantap la yer...

reality Tv

Sekarang ni..banyak giler program reality Tv kt Tv..sampai penonton pun susah nak minat yang mana satu..ada AF5, Geng Starz, Mentor, OIAM, So U Thing Can Dance (Veri Malaysia), dan banyak lagi yang kini dalam planing nak buat..semuanya nak minta penonton jadi juri..dengan cara hantar SMS. Nak cakap pasal SMS ni..ia sangat menguntungkan kepada sape yang incharge reality Tv ni..duit beb sape tak nak kan...ehm..tp cian penonton tu..sanggup menghabiskan wang untuk undi peserta2 tu..
Namun, saya sangat tertarik dengan Geng Starz la. Mamang best..ape tak nya kumpulan mantap dari 3 negara bab. Malaysia-Indonesia-Singapura. Banyak benefit juga buat macam ni..Negara boleh manjalinkan hubungan melalui hiburan juga. Lagi pun hiburan adalah industri yang sangat diminati sekarang ni. Tapi, ni pun pakai SMS juga. 50% SMS peminat manakala 50% lagi dari juri. Ehm, heran juga ek, macam mana la orang Indon dan Singapura tu nak bagi peserta dorang menang. Caj untuk SMS mereka lebih mahal. Nampak tak adil kat situ.
Ni satu lagi, antara banyak2 peserta tu, yang paling menarik hati peminat ialah Kumpulan EVOK yang berasal dari Sabah tu yang dianggotai oleh 5 orang tu. 3 lelaki 2 pompuan. Mereka ni masih remaja lagi. Umur pun sekitar 16-22 tahun. memang berbakat besar la dorang. Mereka ni tak layak masuk sebenarnya tp entah apa, dorang kena amik last2 minit. Tapi, sangat mengejutkan pula. Persembahan mereka yang 1st tu..membuka mata semua orang. Very Talented!..mereka menari macam artis dari luar negara. Artis yang dah lama berkecimpung dalam sni pun tak boleh lawan. Sedih juga la..sebab juri tu komen entah ape2..baju tak cantik la..sumbang la..tapi tariannya yang paling lawa. persembahan 2nd week pun mantap juga. persembahan seterusnya pula mereka membawa lagi format rentak 6oan, 70an, 80an. EVOKE bawa lagu 'Kenanganku' dan 'Si Baju Hijau'..wah..ni pun mengejutkan juga. Dorang buat persembahan semua OK. Nyanyi ok menari ok takde yang tak ok nya. Semua penonton rasa seronok dengan persembahan tu. Tapi, juri tu masih mempertikaikan kemantapan kumpulan itu. Buktinya, ketiga2 juri itu tergagap2 ketika memberi komen. Susah sangat nak puji kumpulan tu. sedihnyer.
14 April ni ada sesi penyingkiran. bukan 1 atau 2 tapi 3 kumpulan yang akan disingkirkan. Tengok la sape yang dapat markah terendah. Harap2 EVOKE dapat bertahan hingga ke Final.
AF5 pulak..aku da rasa bosan. Balik2 sama je. Nak buat pembaharuan pun rasa sama je. Tp aku just minat c Aizat dan Candy je. Yang lain2 tu harap muka lawa je. Tp nyanyi tak Ok pun.
Program reality yang lain2 pula belum start lagi. Walaupun begitu kita ni minat ngan hiburan ni. Layan semua.

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian. Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia dan Brunei, serta Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris
dan terdapat juga pengaruh loghat Cina Hakka. Beberapa contoh:
-bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
-cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
-limpang - baring
-limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang)
-lugai-lugai - tak tentu arah
-lilipan - lipan
-ndak/inda - tidak
-ping - minuman berais
-poncit - pancit
-semberana - sengaja
-sikang - sudu
-sigup - rokok
-sikul - sekolah
-aisboks - peti sejuk
-bubut - kejar
-palui - bodoh
-sot - gila
-ngam-ngam - sesuai
-silaka - Celaka
-mem - ibu
-bos - bapa
-jambu - jelita
-mangkali - berangkali
-diorang /jorang - mereka

PENGGUNAAN KATA TAMBAH -BAH
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dulu. Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
Bah. - Baiklah Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas
Bahasa Melayu Sabah.

PENGGUNAAN "ANU"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar.
Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam..
Bagaimanapun, perkataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai
penggunaan yang luas. Selain digunakan untuk merujuk kepada
orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang.
Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada
perkara yang diketahui oleh pembalas. Pada kebiasaannya perkataan "anu"
diguna untuk mengganti perkataan "apa" dalam Bahasa Melayu piawai.
"Anu" juga membawa maksud, aksi perbuatan. Kata ganti dalam Bahasa
Melayu ialah "sudahkan" atau "buat". Contoh: Macammana mau anu ni?. Jangan
kasi anu tu!. PENYAMPAIAN Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah
agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai. Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'. Contoh:
pigi - pergi
sijuk - sejuk
bisuk - besok
mimang - memang
cilaka (silaka) - celaka
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'
kamarin - kelmarin
paning - pening
bali - beli
karbau/krabau - kerbau
tarap - terap(Sejenis buah-buahan di
sabah)
tambirang - Tembirang
sanapang - 'senapang
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'
bula - bola
urang - orang
buduh - bodoh
munyit - monyet

Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
slipar - selipar
krusi - kerusi
triak - teriak'
brani - berani
tlefon - telefon
skarang - sekarang

PENGGUNAAN BERBEZA
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.
Contohnya:
Sia (saya) - Saya
aku - saya
kau - awak
periuk - kuali
celana - seluar
piring - pinggan
mengarti (mengerti) - faham
Nda payah - tak perlu
ta'usah (tak usah) - jangan
munyit (monyet) - kera
minta puji - berlagak (sombong)
jandila (jendela) - tingkap
Terdapat juga perkataan yang membawa maksud yang berlainan sekali.
tapuk - sorok
biasa - nakal

KESIMPULAN
Disebabkan oleh penggunaan kata yang tidak jauh berbeza daripada Bahasa
Melayu Piawai, agak mudah untuk membiasakan diri dengan penggunaan
Bahasa Melayu Sabah. Walaupun Bahasa Melayu baku adalah bahasa rasmi Sabah,
Malaysia, namun secara umumnya Bahasa Melayu Sabah merupakan bahasa komunikasi yang utama di negeri Sabah...begitu laa cerita dia….
kepada warga semenanjung...bahasa sabah ni tidak kasar seperti anggapan kamu. peggunaan perkataan "aku, kau, ko, dll tu adalah sudah menjadi kebiasaan warga sabah. ok. faham2 la.

just wanna to say that i'm a new member here..so, soon im will be post anything issue okey..

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every