Masih ingat dengan Nabila Daly. Bakatnya dicungkil melalui Program Reality RTM iaitu Pilih Kasih 1. Dia mendapat tempat ke-4. Gadis berumur 21 tahun yang berasal dari Sabah ini memiliki wajah yang cantik dan sedang giat berlakon. Terkini lakonannya boleh ditonton di TV3 kerana dia berlakon untuk drama TV3 Vanila Coklat. Nabila Daly memangang watak sebagai Liana.
Siapa yang nak tengok kat youtube kat sini: http://www.youtube.com/user/MissMoviesDramas
Drama Vanilla Coklat disiarkan mulai 20 Disember 2011 dalam Slot Lestary,TV3.
Sinopsis:
Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Mereka membenci antara satu sama lain dan mempunyai kekasih.
Pun begitu, Aamir sering mengusik Zara kerana Zara pelajar cemerlang dan contoh di kolej. Tetapi Zara tidak menyukai Aamir kerana baginya, Aamir kaki perempuan.
Sementara itu, rakan sekelas Zara, Liana sentiasa berdampingan dengan Aamir supaya dilihat sedang bercinta dengan lelaki pujaannya itu. Demi mendapatkan Aamir, Liana berpura-pura menjadi wanita lemah lembut dengan harapan dapat berkahwin dengan anak orang kaya seperti Aamir.
Lain pula dengan Zara yang mempunyai kekasih hati sejak zaman sekolah menengah lagi iaitu Kamal. Namun, percintaan mereka dihalang kedua orang tuanya. Sama seperti ibu dan bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila tidak menggemari sikap Liana yang tidak menghormati orang tua.
Suatu hari, Dr Ungku Musa ayah kepada Zara dan Datuk Ahmad merancang menyatukan Zara dan Aamir walau pun kedua-duanya tidak bersetuju. Pelbagai usaha dilakukan supaya perkahwinan dirancang berjalan dengan lancar. Bahkan Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung sehinggalah kedua-duanya bersetuju.
Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara memberi syarat yang harus dipatuhi Aamir. Menyedari situasi ini, Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang percutian bulan madu bagi anak mereka. Mereka tidak membantah, namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi. Bagaimana pun, kemesraan masih tidak terbit dalam diri mereka.
Hari berlalu, Zara dan Aamir meneruskan pengajian seperti biasa. Kamal pula terus menghasut Zara supaya membenci Aamir sehinga menimbulkan pergaduhan besar antara mereka. Zara bertindak menghalau Aamir dari rumah kerana termakan hasutan Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia terlihat Aamir yang pengsan kerana menahan lapar gara-gara berjanji mahu makan bersama Zara.
Sejak detik itu, Zara dihantui rasa bersalah dan mula berubah sikap. Dia menunaikan kewajipan sebagai isteri. Bahkan sewaktu cuti semester, mereka ke Genting Highland untuk meluangkan masa bersama. Perubahan mereka disambut gembira oleh keluarga. Majlis kesyukuran diadakan untuk meraikan berita gembira itu. Kamal dan Liana yang diundang ke majlis berkenaan telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.
Seperti dirancang, Aamir akhirnya berjaya dikenakan Kamal dan Liana. Dr Ungku Musa mengamuk dan menyangka Aamir membuat onar bersama Liana. Aamir dipukul Dr Ungku Musa walaupun Datuk Ahmad cuba menenangkannya. Sejak itu, hubungan keluarga mereka mulai renggang.
Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia tahu siapa Liana sebenarnya. Adakah Zara dan Aamir berjaya disatukan dan berjaya memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan Dr Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka? Jangan lupa saksikannya setiap hari Selasa, 9 malam di TV3.
Petikan dari Kosmo Online:
Dibawakan oleh JS Concert Productions dengan kerjasama Fat Boys, Simple Plan bakal muncul untuk konsert The Simple Plan...Get Your Heart On Tour Live In Malaysia di KL Live, Jalan Sultan Ismail pukul 8.30 malam Sabtu 14 Januari ini.
Ada tawaran hebat menanti, kerana bagi pembeli dua keping tiket konsert Simple Plan untuk mana-nama kategori layak untuk mendapat satu tiket percuma (kategori Rock Zone bernilai RM198) konsert penyanyi Avril Lavigne di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 18 Februari ini.
Tiket boleh didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Mid Valley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan cawangan The Guitar Store outlets pada harga RM258 (Rock Zone); RM188 (Upper Tier); RM98 (Free Standing).
Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline +603-78807999 atau layari www.ticketpro.com.my. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang www.jsconcert.com, https://www.facebook.com/JSConcertProductions dan www.rockthisjoint.com.my.
okey.
Kesilapan peribahasa Melayu apabila bahasa jawi dirumikan. Kesilapan pertama ialah pada peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Mana logiknya? Mana ada orang pagarkan kawasan padi. Rupanya, yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'. Pegar adalah sejenis burung yang diharapkan menghalau tikus dan haiwan perosak. Tetapi burung pegar tu pula yang makan padi.
Peribahasa kedua ialah 'melepaskan batuk ditangga'. Apa kaitan melepas batuk dengan buat kerja sambil lewa? Rupanya yang betul ialah 'melepaskan BATOK di tangga'. Batok adalah alat yang dibuat dari kayu dan tempurung bagi menceduk air dalam tempayan. Orang dulu-dulu basuh kaki sebelum masuk rumah. Tetapi batok itu dilepaskan, tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Maka itulah namanya kerja sambil lewa.
Nota : Untuk guru-guru Bahasa Malaysia, info yang sangat berguna.
Dalam persaingan Top 4, Amita dan Zamir telah tersingkir. Kini lawan Wahidan di Final nanti adalah Ezani yang mana baru habis belajar di University Of Adelaide, Australia dalam bidang kedoktoran pergigian. Doktor Gigi uolss. Walaupun Wahidan seorang Pekebun tetapi dia berjaya membuktikan bahawa beliau juga mampu memasak yang sedap. Nampaknya... saingan di final pada 8 Januari 2011 ini sangat mencuri tumpuan. wajib tengokk!!
jeng jeng jeng!!!!
Wahidan Ag Supain, 42, (Sandakan, Sabah) VS
Ezani Farhana Md Monopo,26 (Kajang, Selangor)???
Who will win? hanya akan diketahui pada 8 Januari 2011.
Masakan siapa yang paling sedap dia akan menang.
Good luck to Ezani dan Wahidan. Malaysia boleh!!!
Tahniah buat Wahidan yang berjaya bersaing dengan peserta2 hebat lain untuk ke Top 4 program realiti tv di Astro iaitu Masterchef Malaysia. Namun pada malam ini 4 Jan 2011, mereka akan berlawan untuk menempatkan diri ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 8 Jan 2011.
Wahidan akan bersaing dengan Zamir, Ezani dan Amitha pada malam ini. Mampukah Wahidan ke Final?? Sama2lah kita nantikan. Perkiraannya cukup mudah, masakan siapa yang paling sedap dan memikat lidah dan hati juri maka dia lah yang akan ke final.
Wahidan merupakan satu2nya peserta yang berjaya ke Top 4 selepas beberapa peserta dr Sabah yang lain telah tersingkir seperti Terrcence dan Saiful. Harapan rakyat Sabah kini kepada Wahidan. Semoga pengalaman Wahidan dalam bidang masakan digunapakai untuk battle malam ini. Pasti boleh mengalahkan anak2 muda dalam Top 4 ituew.
Menariknya.. Juri jemputan pada malam ini adalah Adam Liaw. Siapa Adam Liaw ni? Kepada siapa2 yang tak tahu lagi.. Adam Liaw merupakan anak jati Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia apabila menjuara Masterchef Australia Musim 2. Gituewww.
Good Luck uolss.


