Hari tu aku malas update this blog tiba2 entah napa. bosan ko coz citer pasal af8 jer. hahaha. Aku ikut perkembangan pasal af ni. maklumlah minat. hahaha. Sampaikan Konsert Final AF8 tu aku sanggup datang ke Bukit Jalil. Terbang jauh dari Sabah gitu. haha. Mmg kat tv ada secara live tapi nak juga aura secara live di stadium. haha. Apa pun Tahniah to Shahir. Peserta yang kami sokong iaitu Adira dapat no 2. huhu. Congrats semuanya.

 
 Adira & Stacy

Persaingan mantap lagu2 kegilaan ramai yang tercalon dalam Muzik-Muzik hampir berakhir. yah hampir untuk kita ketahui siapa yang ke final AJL25. haha. Dan sememangnya persaingan sangat sengit. Ofkos juri2 pening kepala nak pilih siapa yang terbaik. gitu.

 Top 6 Minggu pertama
1. Hafiz – Noktah Cinta
2. Hujan – Mencari Konklusi
3. Yuna – Cinta Sempurna
4. Adibah Noor – Sejujur Hatimu
5. Faizal Tahir – Hanyut
6. Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan
 
 Top 6  Minggu kedua
1. Jahat – Stacy
2. Drama King – Meet Uncle Hussain
3. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali
4. Susun Silang Kata – Aizat
5. Sofia Jane – Black
6. Ku Ada Kamu – Adira
 
Apa pun yang sudah tercalon terutamanya artis2 dari Sabah tapi cuma Top 30 je seperti Sabhi Saddi, Fiq, Adam, Zizi (The Fabulous Cat) jangan risau next year cuba lagi. Dan lagu2 korang sangat2 best. hehe
 
P/s: Hebat2 juga artis2 reality Tv ni ekk

 Angel perserta dari Sabah dengan lagu Gemilang



Sabtu lepas aku layan Idola Kecil 3 kat Tv9.  bukan main lagi dorang nyanyi. Mmg boleh tahan lah. Rata2 semua dapat buat persembahan dengan baik. wah first konsert sudah  memberi impression yang bagus ni. huhuhu.

Berikut adalah lagu-lagu nyanyian di konsert pertama IK3:
Farra - Retak <-- best juga dengaar
Shazlin - Tak Tercapai Akalmu <---good try
Hadi - Inilah cinta <--- usaha lagi
Adiba - Permata Biru <--suara kamu rock ar.. hahaha
Deera - Aku Lebih Tahu <-- emm.. keluarkan lagi suara kamu..
Angel - Gemilang <-- ni lah harapan Sabah. all the best
Harris - Pelesit Kota <-- dia da biasa perform atas pentas. rockk
Balqis - Elegi Sepi <-- ada gaya
Afif - Hati Emas <-- mantap juga anak Siti Hajar ni ar.
Puteri - Tak Mungkin Kerna Sayang  <--suara mantap

P/S: Malang nya semasa konsert permulaan ini tiada pengupload Malaysia yang upload konsert mereka di youtube. kecewa sangat. Ada pun kena tengok kat www.tonton.com.my.  Web ni mmg mcm2 ada.. tapi line internet kena laju. kalau yg mcm siput tu susah sikit. huhu... mudah2an... konsert kedua ni adalah pengupload2 yg dapat upload. Tq very2 much diucapkan.

Setelah mendapat sambutan yang amat mengagumkan sepanjang dua musim berturut-turut, kini Idola Kecil (IK) kembali lagi di TV9 untuk musim ketiga dengan lebih keseronokan dan cabaran yang menghiburkan.

Seramai 10 orang peserta telah dipilih dalam IK musim terbaru ini dan mereka yang terpilih adalah di antara lebih dari 1000 penyertaan yang diterima sepanjang sesi ujibakat di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang serta Sabah.

“Sangat sukar untuk kita memilih peserta pada musim ini memandangkan terlalu banyak sangat bakat yang bagus-bagus,”kata Pengurus Penjenamaan TV9, Nik Ily Diyana Nik Anuar ketika ditemui pada majlis sidang akhbar IK3 di Ecoba, Menara Bata, semalam.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Pengurus Besar TV9, Cik Sherina Nordin. “Kami amat kagum dengan bakat-bakat serta kebolehan adik-adik kecil ini terutamanya sepanjang sesi ujibakat yang telah diadakan sepanjang dua bulan yang lalu.

“Proses pemilihan IK pada musim ini lebih sukar dan daripada 1000 peserta, akhirnya 10 yang terbaik dipilih berdasarkan kebolehan seni mereka yang tidak kira usia mahupun jantina.

“Sememangnya ia merupakan keputusan yang amat sukar juga bagi kami semua kerana mereka semua memang berbakat. Harapan kami adalah semoga rancangan ini akan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton kami di luar sana.”

Kesepuluh peserta yang dipilih adalah Nurhamilya Adiba Bt. Hamzaidi, Muhammad Afif B. Abdul Halim, Farra Noradzlina Bt. Safwan, Nor Harris Alif B. Nor Rashidi, Angelica Paujin, Abdul Hadi B. Abdul Mazlan, Nor Balqis Bt. Ahmad Tajudin, Nadeera Allysha Bt. Aminudin, Shazlin Bt. Salamat dan Puteri Aszfaryna Khareeza.

Para peserta bukan saja dipilih berdasarkan bakat nyanyian mereka yang hebat, malah kehandalan dan kemahiran mereka dalam bidang tarian dan juga lakonan. Kebanyakan peserta cilik ini sudahpun mempunyai pengalaman dalam membuat persembahan malah ada juga yang pernah bergandingan dengan artis terkemuka tanahair.



Farra Noradzlina yang baru berusia 10 tahun, pernah berkongsi satu pentas dengan Ratu Rock Malaysia, Ella manakala Puteri Aszfaryna Khareeza pernah berduet dengan penyanyi popular era 70-an iaitu Salamiah Hassan.

“Puteri pernah berduet dengan Salamiah ketika membuat persembahan di Hotel Dorsett Regency pada bulan puasa dua tahun lepas. Puteri nak masuk IK sebab memang minat nak jadi penyanyi. Bagi Puteri, persaingan musim ini semuanya hebat kerana kebanyakan peserta, masing-masing sudah berpengalaman,”ujar peserta Kuala Lumpur yang berusia 12 tahun ini.

Salah seorang peserta, Nor Harris pula pernah mendapat peluang membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang dengan kumpulan muziknya sendiri.

“Harris selalu buat persembahan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang bersama band Harris iaitu First Step yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Harris sangat meminati muzik rock dan penyanyi Faizal Tahir,”kata peserta dari Pulau Pinang ini sambil memberitahu keluarga banyak mendorongnya untuk masuk dalam pertandingan ini.

Semasa menghadiri sidang akhbar pada petang itu, gua turut ternampak kelibat guru vokal terkenal, Puan Siti Hajar. Gua ingat Cikgu Siti yang akan menjadi guru vokal kepada peserta cilik IK, tapi rupa-rupanya salah seorang peserta IK musim ini adalah anaknya sendiri.

“Mak yang galakkan saya untuk masuk IK. Mak cakap, kalau masuk IK boleh belajar dan timba pengetahuan lebih,”kata Muhammad Afif yang berusia 10 tahun.

Menurut Afif, sebagai anak kepada seorang guru vokal , dia tidak merasakan dia lebih bagus dari peserta-peserta yang lain.

“Kelebihan itu memang ada, tapi bagi saya, peserta lain juga sangat bagus. Lagipun, mak selalu sibuk dan jarang ada untuk ajar saya mengenai vokal,”ujarnya yang meminati Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Sementara itu, Alif Satar kekal sebagai pengacara pada musim ini manakala Atilia turut dikekalkan sebagai juri tetap. Selain itu, tiga pengajar berpengalaman dibawa kembali pada musim ini bagi memberi tunjuk ajar kepada para peserta. Mereka adalah Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian).

Apa yang menariknya pada IK musim ini, penonton juga turut berpeluang menonton di sebalik tabir aktiviti-aktiviti peserta dalam Klip Mini Idola Kecil 3 yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis selama tiga minit pada jam 7.00 petang dan Klip Ekstra Idola Kecil 3 yang akan bersiaran selama setengah jam pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Klip Ekstra akan dikendalikan oleh DJ Hot FM iaitu Ikhwan.

Jangan lupa untuk menonton Konsert Mingguan IK3 pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 6 November ini hanya di TV9.

Sumber: Gua.com.my

Anak-anak Sabah sememang berbakat besar dalam nyanyian. Pertandingan Bintang Kecil RTM misalnya merupakan platform untuk menunjukkan bakat mereka. Sudah banyak kali peserta dari Sabah telah menjuarai pertandingan ini. Namun, cukup bermakna apabila tahun 2008, 2009 dan 2010 penyandang juara itu adalah berasal dari Sabah. Tahniah!!!!!

Presley Petrus Juara Bintang Kecil 2010

     Gelagat Presley Petrus selepas diumumkan sebagai juara Bintang Kecil 2010

Kuching: Peserta lelaki tunggal Presley Petrus, 10, yang mewakili Sabah muncul johan dalam Pertandingan Bintang Kecil 2010 peringkat kebangsaan dengan menumpaskan lapan peserta peringkat akhir lain di Auditorium Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Kuching.

Presley yang mendendangkan lagu "Hanya Di Mercu" membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala dan sijil.

Naib johan disandang oleh Nurshahira Razali, 11, wakil negeri Perak dengan lagu "Zapin Yang Tinggal" sementara tempat ketiga di menenangi peserta tuan rumah Fatin Nurfatihah Drahman, 11, menerusi lagu Gemilang.

Kedua-duanya masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000, piala dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Memberitahu pemberita kemudiannya, Rais berkata Bintang Kecil merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi sahsiah dan bakat kanak-kanak tanpa mengira kaum.

"Bukan sahaja di peringkat Bintang Kecil, kita juga mahu menggalak lebih ramai penyertaan bukan Melayu dalam pertandingan lagu-lagi P.Ramlee pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA




Nurul Syahihrah Juara Bintang Kecil 2009


Nurul Syahihrah Juara Bintang Kecil 2009 dari Sabah

Selain menjaga makanan dan minuman harian, berjoging setiap hari untuk menjaga pernafasan merupakan rahsia Nurul Syahihrah Dzulfikri, 10, menjuarai Pertandingan Bintang Kecil peringkat kebangsaan 2009 yang diadakan di sini hari ini.

Pelajar Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan, Kudat, Sabah itu menyanyikan lagu Erti Hidup yang dibawa penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak Dayang Nurfaizah berjaya mengalahkan lapan lagi peserta, termasuk seorang peserta dari Brunei Darulsalam.

Sementara itu, pelajar Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Mung, Batu Niah, Miri Sarawak, Shazlin Salamat, 11, yang membawa lagu Hanya Di Mercu (Ayu) hanya mampu menduduki naib johan dengan membawa pulang wang tunai RM2,500, piala dan sijil.

Wanda John, 11, pelajar dari SJK (C) Yuk Yin, Keningau, Sabah yang membawa lagu layu Gemilang (Jaclyn Victor) pula menduduki tempat ketiga dan menerima wang tunai bernilai RM2,000, piala dan sijil penyertaan.

Sementara itu, peserta dari Brunei Darussalam, Abdul Aziz Harun, 11, yang bermain guitar sambil menyanyikan lagu Gemuruh (Faizal Tahir) berjaya menambat hati para pengadil memenangi Persembahan. Terbaik dan memperolehi wang tunai RM750, piala dan sijil.


Mohd. Imanuddin Supangat Juara Bintang Kecil 2008

 
Mohd. Imanuddin Supangat Juara Bintang Kecil 2008 juga dari zon Sabah

BERBEKALKAN usaha dan keyakinan tinggi membawa adik Mohd. Imanuddin Supangat, 11, yang mewakili zon Sabah meraih gelaran juara pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2008 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee RTM Kuching, Sarawak, sekali gus bersiaran secara langsung di RTM1, Sarawakfm dan laman web www.rtmsarawak.gov.my/swkfm, pada Sabtu lalu.

Murid Tahun 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang, Wilayah Persekutuan Labuan ini membawa pulang hadiah RM3,000, piala dan sijil.

Naib johan dimenangi oleh adik Siti Amirah Dayana binti Mohd Amerullah, 9, dengan mendendangkan lagu Kasih Suci yang dipopularkan oleh Amy Mastura. Mewakili zon tengah, adik Siti Amirah Dayana membawa pulang hadiah sebanyak RM2,000, piala dan sijil.

Tempat ketiga dimenangi oleh adik Shazlin binti Salamat yang mewakil Zon Sarawak dengan mendendangkan lagu Hati Malaya yang dipopularkan oleh Datuk Siit Nurhaliza. Adik Shazlin membawa pulang hadiah sebanyak RM1,500, piala dan sijil.

Manakala persembahan terbaik dimenangi oleh adik Khor Bin Sam yang mewakili Zon Utara menerusi lagu Adikku Pandai Menari. adik Khor Bin Sam membawa pulang hadiah sebanyak RM500, piala dan sijil.



Idola Kecil 3 masih mengekalkan hos iaitu Alif Satar.

Untuk info pembaca, Idola Kecil 3 akan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam, mulai 6 November 2010 ini. Pada tahun lalu, Idola Kecil musim kedua telah meraih penonton sehingga 2.3 juta pada konsert akhir sementara 1.2 juta bagi episod mingguan.

Tahniah kepada 10 finalis yang bakal berentap untuk musim ini iaitu:
1. Nurhamilya Adiba Bt Hamzaidi – Adiba
2. Muhammad Afif Bin Abdul Halim – Afif
3. Farra Noradzlina Bt Safwan – Farra
4. Nor Harris Alif Bin Nor Rashidi – Harris
5. Angelica Paujin – Angel <---- Peserta dari Sabah
6. Abdul Hadi B. Abdul Mazlan – Hadi
7. Nor Balqis Bt Ahmad Tajudin – Balqis
8. Nadeera Allysha Bt Aminudin – Deera
9. Shazlin Bt Salamat – Shazlin
10. Puteri Aszfaryna Khareeza – Puteri

Credit to  budiey.com


Klik sini semasa sesi pengenalan peserta:
http://www.youtube.com/watch?v=y5wbRml2Luw

good luck!!!

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every