Bagi aku semalam semuanya bagus2. Mmg layak berada di pentas. Apa pun semua dari Sabah dalam AF8 ni sangat berbakat. All the best!! Apa lagi Afundi lah. hehe
Ni petikan dari mStar Online:
Oleh NORUTUL ILHAM
Barisan peserta AF8 yang membuka tirai pengenalan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi. - Foto The Star Oleh M. AZHAR ARIFMUSIM kelapan Akademi Fantasia (AF8) membuka tirainya semalam dengan menampilkan persembahan 12 orang peserta buat pertama kalinya di hadapan khalayak ramai.
Hampir kesemua pelajar AF8 kelihatan terlalu ghairah untuk menyampaikan lagu-lagu yang bernod tinggi pada persembahan pertama mereka, namun secara keseluruhannya persembahan mereka hambar dan tidak meyakinkan.
Konsert malam tadi dimulakan dengan peserta paling berumur, Zafarina Jamhari, 28, atau Farina yang mendendangkan lagu Mayang Sari, Tiada Lagi.
Ini diikuti dengan Muhammad Shahril Mohs Saleh Hussein, atau Shah yang menyanyikan lagu kumpulan Meet Uncle Hussien, Drama King.
Percubaan berani Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, atau Anum mendendangkan lagu Raja Rock, Amy Search berjudul Pelesit Kota, bagaimanapun gagal memikat hati pengkritik.
Pasangan adik beradik, Erma Suhaimi dan Siti Adira Suhaimi mendapat pujian pengkritik. Erma yang menyampaikan lagu Aishah, Tiada Lagi Tangisan mendapat pujian pengkritik undangan Ning Baizura kerana pemilihan lagu yang sesuai.
Manakala, adiknya Siti Adira Suhaimi dipuji kerana bijak menggunakan pentas dan lincah menari ketika menyampaikan lagu Gagap nyanyian Stacy.
Jejaka dari Ipoh, Perak, Ahmad Shahrir Zawawi memilih untuk mendendangkan lagu sifu M. Nasir, Andalusia. Peserta tunggal dari Johor Bahru, Johor, Muhd Firdaus Maulana Mohamed pula menyampaikan lagu Hazami, Tekad.
Sementara itu, Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan telah memilih lagu Cuba, oleh Faizal Tahir. Nadia Emilia Roselan pula lebih senang memilih lagu dari negara seberang berjudul Gantung oleh Melly Goeslow.
Tiga peserta AF8 memilih untuk membawa lagu berbahasa Inggeris sebagai pengenalan diri mereka di konsert tirai.
Muhd Shahril Firdaus Eli, atau Daus, menyanyikan lagu N'Sync, Bye Bye Bye, Muhammad Alif Kadim, atau Alif selesa mengalunkan lagu popular Kris Allen Live Like We're Dying dan Nadiawaty Ainul Basir atau Ain dengan lagu The Climb oleh Miley Cyrus.
Persembahan Ain yang menutup tirai konsert menerima pujian daripada ketiga-tiga pengkritik kerana berjaya membawakan lagu itu dengan baik di samping persembahan yang hebat berbanding 11 peserta lain.

Selain persembahan para perserta yang kurang meyakinkan, gandingan pengacara Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim juga dilihat masih lemah dalam mengemudi perjalanan konsert.
Bagaimanapun, gurauan dan usikan mereka tetap berjaya mengurangkan perasaan gugup dan gementar di kalangan peserta.
Konsert Pengenalan Tirai AF8 turut menampilkan barisan pengkritik tetap iaitu Adlin Aman Ramli dan Aznil Nawawi, selain pengkritik undangan penyanyi Ning Baizura.
Sumber: mStar Online
P/S: eh.. lepas ni Aril AF7 jadi pengacara Trek Selebriti ker?? tunggu dan lihat ar. hehehe
Labels: Akademi Fantasia
Kalau AF7 cuma dua orang dari Sabah yang berjaya menjadi Top12, pada tahun ini pula empat orang yang berjaya ke Top12. Keempat-empat mereka adalah wanita. Apa yang menariknya sejarah tercipta dalam AF apabila ada adik-beradik yang terpilih. Mereka ialah Erma Suhaimi atau Erma (kakak) yang 21 tahun dan Siti Adira Suhaimi atau Adira (adik) berumur 19 tahun.
Dua lagi yang berasal dari Sabah ialah Nadiawati Ainul Basir atau Ain berusia 23 tahun dan Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum berusia 19 tahun. Kesemua mereka mempunyi vocal yang bagus dan diharapkan dapat bertahan sampai ke Final.
Nama-nama peserta AF8 seperti di bawah:
1. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah
2. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah
3. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)
4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)
5. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
6. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak
7. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor
8. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor
9. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor
Nampaknya 6 peserta Borneo dan 6 peserta semenanjung akan menghuni Banglo Mewah AF pada kali ini. Pengetua AF8 iaitu Norman KRU mempunyai strategi tersendiri untuk AF8. Kita nantikan saja. Pengacara pula kini bertukar kuantiti dan wajah apabila Sarima Ibrahim dan Jimmy Shanly mengantikan AC Mizal. Menariknya lagi pasangan suami isteri iaitu Que Haider dan Jasmine jadi tenaga pengajar. Yang pastinya barisan pengajar akan berusaha bersungguh untuk AF8 kali ini. Walaupun ada pihak yang bergossip bahawa AF sudah kurang popular/ kurang rating tetapi sebenarnya AF masih Program Realit Tv No.1 Malaysia.
Program Reality Tv 2010 yang lepas:
MyStar Lg 3 dimenangi oleh Raja Farah@Tom
Raja Lawak-4 dimenangi Kecik dari Sabah.
Idola Kecil 2 dimenangi Dayana.
The Bigest Loser Asia dimenangi David dari Indonesia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Profile Semua Peserta:
PROFIL AIN
Nama Penuh : Nadiawati Ainul Basir
Tarikh Lahir: 25 Jun 1986
Tempat Lahir: Hospital Duchest of Kent, Sandakan
Umur : 23 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Suluk/Dusun
Agama: Islam
Tinggi : 161cm Berat : 45kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Beautician (On Job Training), Luyang, Kota Kinabalu
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 8 orang (kedua)
Hobi: Menyanyi, main gitar, karaoke, mekap dan melukis
Gambar Peribadi: Mudah bergaul dan suka menyakat orang
PROFIL ANUM
Nama Penuh : Dayang Nor Anum Arjuna Bt. Aharun
Tarikh Lahir: 3 Ogos 1991
Tempat Lahir: Hospital Tawau, Sabah
Umur : 19 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Brunei
Agama: Islam
Tinggi : 159cm Berat : 49kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Menganggur
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 10 orang (ke-3)
Hobi: Menyanyi, Ketawa & Baca komik
Gambar Peribadi: Periang, berjiwa rockers
PROFIL EMA
Nama Penuh : Erma Bt. Suhaimi
Tarikh Lahir: 13 May 1989
Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah
Umur : 21 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Kadazan / Dusun
Agama: Islam
Tinggi : 154cm Berat : 47kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Pelajar & Partime A&W
Pendidikan Tertinggi: Diploma (Diploma in Pysiotheraphy)
Adik Beradik: 8 orang (ke-7)
Hobi: Suka acara lasak, makan, main game, melayari internet, menyanyi & menari
Gambar Peribadi: Cergas, periang, mudah simpati dan degil.
PROFIL ADIRA
Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi
Tarikh Lahir: 19 September 1991
Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah
Umur : 19 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Kadazan / Dusun
Agama: Islam
Tinggi : 152cm Berat : 48kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Menganggur
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 8 orang (bongsu)
Hobi: Dengar radio, makan, tidur & berangan
Gambar Peribadi: Pendiam, pemalu, aktif, penyayang.
PROFIL ALIF
Nama Penuh : Muhammad Alif B. Kadim
Tarikh Lahir: 20 Oktober 1991
Tempat Lahir: Hospital Besar, KL
Umur : 18 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 169cm Berat : 59kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Pelajar ( ASWARA - Diploma Muzik & Vokal)
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 4 orang (bongsu)
Hobi: Menyanyi, Shopping & Bersukan
Gambar Peribadi: Pemalu, tapi happy selalu & cepat kelam kabut.
PROFIL DAUS
Nama Penuh : Muhd Shahril Firdaus B. Eli
Tarikh Lahir: 25 Ogos 1988
Tempat Lahir: Hospital Umum Sarawak
Umur : 22 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 166cm Berat : 57kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Menganggur
Pendidikan Tertinggi: Diploma (Akauntan)
Adik Beradik: 5 orang (Bongsu)
Hobi: Bermain alat muzik, menyanyi, menari dan kemas rumah
Gambar Peribadi: Periang, peramah, suka main muzik dan mudah difahami.
PROFIL FARINA
Nama Penuh : Zafarina Bt. Jamhari
Tarikh Lahir: 7 Oktober 1982
Tempat Lahir: Bintulu, Sarawak
Umur : 28 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Melanau
Agama: Islam
Tinggi : 162cm Berat : 50kg
Status Perkahwinan: Janda (anak 1)
Pekerjaan: Admin (Shell MDS Sdn. Bhd)
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 5 orang (pertama)
Hobi: Menyanyi
Gambar Peribadi: Periang, Mudah bergaul, degil.
PROFIL IWAN
Nama Penuh: Emirza Azwan B. Zulazrin Chew
Tarikh Lahir: 21 April 1990
Tempat Lahir: Hospital Besar, Seremban
Umur : 20 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 170cm Berat : 55kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Menganggur
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 4 orang (kedua)
Hobi: Menyanyi, berjalan bersama kawan, makan.
Gambar Peribadi: Pemalu, ceria dan kadang kala agak membosankan bila dalam masalah.
PROFIL MAULANA
Nama Penuh: Muhd Firdaus Maulana B. Mohamed
Tarikh Lahir: 23 Januari 1988
Tempat Lahir: Johor Bahru
Umur : 22 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 173cm Berat : 64kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Pelajar (Iajazah Sarjana Muda Graphic Design UiTM)
Pendidikan Tertinggi: Diploma
Adik Beradik: 6 orang (ke-5)
Hobi: Bermain gitar, cipta lagu, designing dan menyanyi.
Gambar Peribadi: Periang, suka buat lawak, sakat orang, kadang-kadang panas baran.
PROFIL NAD
Nama Penuh: Nadia Emilia Bt. Roselan
Tarikh Lahir: 8 Ogos 1988
Tempat Lahir: Klinik Damo, Klang Selangor
Umur : 22 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 155cm Berat : 43kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Pelajar (Ijazah Sarjana Muda International Business) Multimedia University
Pendidikan Tertinggi: SPM
Adik Beradik: 3 orang (Bongsu)
Hobi: Main futsal, dengar muzik & memasak
Gambar Peribadi: ringkas, selamba, suka ketawa & sendawa kuat-kuat
PROFIL SHAH
Nama Penuh : Muhammed Shahril B. Mohs Saleh Hussein
Tarikh Lahir: 21 Mei 1984
Tempat Lahir: Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang
Umur : 26 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 156cm Berat : 80kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Tolong Ibu berniaga
Pendidikan Tertinggi: Kolej Komuniti Sabak Bernam (Elektrik)
Adik Beradik: 4 orang (pertama)
Hobi: Menyanyi, main gitar, karaoke, mekap dan melukis.
Gambar Peribadi: Mudah bergaul dan suka menyakat orang.
PROFIL SHAHIR
Nama Penuh : Ahmad Shahir B. Zawani
Tarikh Lahir: 5 September 1988
Tempat Lahir: Hospital Besar, Ipoh Perak
Umur : 21 tahun
Jantina: Lelaki
Bangsa : Melayu
Agama: Islam
Tinggi : 168cm Berat : 65kg
Status Perkahwinan: Bujang
Pekerjaan: Pelajar Pusat Asasi UIA
Pendidikan Tertinggi: Diploma (Kejuruteraan)
Adik Beradik: 5 orang (pertama)
Hobi: Merancang masa depan.
Gambar Peribadi: Senang percaya orang dan akhirnya senang tertipu & bertanggungjawab.
Sumber: Murai.com.my dan Astro
Labels: Akademi Fantasia
Hai. Dah lama tak update Blog. Sebab utama adalah MALAS. Rajin baca blog orang je.hihi.
------------------------------------------------------------------------------------
Sejak dari auditons lagi saya sudah mengikuti American Idol ni. Macam biasa ada suka duka bagi yang menyertainya. Ramai juga yang hebat2. Nanti tu lagu2 dorang popular diseluruh dunia apa lagi of coures sampai ke Malaysia. Heran juga la lagu tak juga la best tapi ramai juga yg minat. Tapi pasaran utk industri hiburan USA mmg luas. Saya yg duduk dipedalaman ni pun dapat juga dengar lagu dorang. Huhu. :P
Selepas Audition yang penuh cabaran inilah dia Top 24 untuk American Idol Season 9.
Girls:
01. Didi Benami - 23 thn, waitress, audition di Los Angeles -
02. Paige Miles – 24 thn
03. Lacey Brown - 23 thn, church event director, audition di Orlando
04. Ashley Rodriguez - 21 thn, college student, audition di Boston
05. Katelyn Epperly - 19 thn, student, audition di Chicago
06. Michelle Delamor - 22 thn, clothing store associate)
07. Katie Stevens - 16 thn, high school student, audition di Boston
08. Haeley Vaughn - 16 thn, high school student)
09. Siobhan Magnus - 19 thn, glassblowing apprentice)
10. Janell Wheeler - 24 thn, sales representative, audition di Orlando
11. Lilly Scott - 20 thn, musician/sandwich maker, auditon di Denver
12. Crystal Bowersox - 23 thn, musician/mom, audition di Boston
Guys:
01. Todrick Hall - 24 thn, actor/playwright, audition di Dallas
02. Tyler Grady - 19 thn, college student, audition di Boston
03. Aaron Kelly - 16 thn, high school student, audition di Orlando
04. John Park - 20 thn, college student, audition di Chicago
05. Andrew Garcia - 23 thn, musician, audition di Los Angeles
06. Lee Dewyze - 23 thn, paint sales clerk, audition di Boston
07. Joe Munoz - 20 thn, unemployed)
08. Tim Urban - 20 thn, college student/musician, audition di Dallas
09. Michael Lynche - 26 thn, personal trainer, audition di Orlando
10. Casey James - 27 thn, musician, auditon di Denver
11. Alex Lambert - 19 thn, singer
12. Jermaine Sellers - 26 thn, church singer, audition di Atlanta 



P/s: saya tengok kat 8tv je. Astro kami tak subscribe SWR, HBO etc tu. Pakej paling murah je. heheh
Labels: American Idol season 9
20 September / 1 Syawal
Salam Aidilfitri kepada semua.
Aidilfitri datang lagi. Cepat masa berlalu. Wow. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya adilfitri kepada Ibubapa, adik beradik, cousins, kawan2, warga SAM dan KUSNET, rakan2 bloger dan semua yg mengenali diri ini. Maaf Zahir Batin!!
Alhamdullilah, raya tahun ini saya beraya bersama keluarga di Kampung Morion (tempat lahir), Tandek, Kota Marudu. Semua adik beradik2 dapat berkumpul dirumah kecuali kakak saya yang baru bersalin di Kuala Lumpur tidak dapat balik kampung.
Hari Raya Pertama Kaum muslimin akan menunaikan sembahyang sunat aidilfitri. Best juga pegi sembahyang raya ramai2.
Masjid Tandek
Pergi Sembahyang Sunat Raya bersama keluargaAbang - 4 anak.
Kakak pertama - 3 anak
kakak kedua - 6 anak
kakak Ketiga - 4 anak
Kakak keempat - 1 anak
emmm... ramai juga anak buah saya ni.
Anyway, Selamat Hari Raya AidilFitri.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.
Sumber: Wikipedia
Labels: Abouts Sabah
B
Akhirnya.. selepas 4tahun (study) tak balik beraya di Kg halaman, Alhamdullilah tahun 2009 ni dapat juga balik kg.... yeaaahhh. Kesempatan yang ada ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Mmg hati nak balik beraya setiap tahun tetapi ada saja aral melintang.
I means..4 tahun tak balik raya bukannya 4tahun tak pernah balik Sabah. Hakikatnya.. setahun 2kali juga sy balik Sabah. Cuma... masa hari raya tu jak tak balik. jgn salah sangka. hahahha...

ni pengesahan yg sy ada di sabah.. hahahhaYang untungnya.. flight sy tu sebenarnya KL-KK-Narita, Japan. Airbus pulak tu. Ramai orang Jepun. Sampai sikit lagi mengaku ornag Jepun konon...LoL. Tetap bangga jadi orang Dusun Kimaragang ni. :P

Best rasanya dapat balik Kg lagi. haha.. pada hal yg Julai 2009 pun sy baru juga balik Sabah.
Babay KL.
Labels: Diary







