20 Ogos 2009
Selepas selesai Majlis yang berlangsung iaitu ;Syarahan Umum Wacana Pribumi' di IPS UM pada 18 Ogos lalu maka sebagai menghargai usaha semua urusetia dan semua yang terlibat maka di adakan Lunch yang bertempat di Hotel Singgahsana. Semuanya diuruskan oleh Cik Marry selaku orang kuat IPM (Institut Pribumi Malaysia UM). Saya datang dan makan. hahaha...
Aktiviti seperti bagus untuk mengenang jasa2. haha. Ia juga sempena berakhirnya jawatan Prof Juli Edo sebagai pengerusi IPM UM. Dan khabarnya beliau akan melanjutkan pelajaran ke UK selepas ini.
Eh.. kita makan dulu.







Di masa akan datang, diharapkan banyak lagi aktiviti seperti diadakan. Best sangat. hehe...
Prof. Juli yang akan menamatkan jawatannya sebagai pengerusi IPM UM. IPM UM akan ada pengerusi baru tidak lama lagi. Khabarnya beliau sedang berada di USA, dan berkhidmat di White House..
P/s : Seorang tak dapat hadir sebab dia masa ni pegi balik Sabah.. rugi dia nda terLunch. hehhe
Labels: Diary
Tempat : IPS, Universiti Malaya
Seminar pada kali ini juga sangat best. Perkara penting adalah untuk memartabatkan nasib Orang Asli di Semenanjung yang dikatakan kian terpinggir oleh banyak pihak. Seminar pada kali ini berkenaan dengan harta khazana orang asli seperti perubatan tradisional oleh Prof. Emeritus Hood Salleh dr UKM, dan pahlawan2 yg berbangsa Orang Asli yang terlibat dalam mempertahan negara malaysia semasa zaman komunis dan sebagainya oleh Supt. Ramli dr PDRM.
Apa yang menariknya syarahan umum ini dapat menjelaskan bahawa jasa Orang Asli ini dapat dimartabatkan dan tidak dipinggirkan. Syarahan ini turut dihadiri oleh agensi2 kerajaan, termasuk Senator Dato Osman. Majlis ini dirasmikan oleh Prof Danny Wong Tze Ken iaitu sebagai wakil Naib Cancelor UM yg tak dapat hadir ke majlis ini.
Syarahan ini adalah dianjurkan oleh Institut Pribumi Malaysia Univeriti Malaya. Saya sebagai urus setia yang terlibat secara langsung dalam syarahan ini. (Uikk.. penat juga oh mau urus dewan dan lain2. tapi berjaya juga lah.)


Sehari sebelum syarahan diadakan... sedang setting dewan..Gambar semasa majlis berlangsung..


Orang-orang kuat...



penyampaian cenderahati sebagai penghargaan..
Bersama Senator Dato Osman
Pendaftaran peserta
Pasukan urusetia yang mantap..hahaha
Sedapnya makan... heheJumpa lagi di lain hari!
Labels: Diary
Lepas balik dr PD, terus singgah ke Mid Valley. Saja jalan2. Lagi pun hari ahad tak ada keja pun.
Mula2 nak plan tengok wayang tapi tengok list mcm tak ada mood pulak. So cancel la pulak. Bagus pegi makan, shoping, dan lain2.
Promotion 'amazing Thailand 2009' di Mid Valley .. uik mcm mau pegi Thailand ja ni..

Ingatt!!! lepas makan sudu kena terbalik kan mcm yg aku selalu amalkan ini.. :PNi semua pakai camera HP Sony Ericsson. Sambil bejalan sambil begambar. haha. Memang macam2 yang best.
Labels: Diary
15-16 Ogos 2009 - Tiara Beach Resort, Port Dickson, N.9
Terciptalah kisah, terbikin lah plan sebelum bulan puasa eloklah pergi bercuti kononnya. Sebab masa bulan puasa mesti da tak ada masa nak pegi mana-mana. Fokus puasa bah. hehe..sesudah lokasi berjaya di target maka target itu harus lah dicapai. betul-betul tercapai. hehe..
Semua sudah di booked. Tinggal pegi saja. Kawan ada kereta dan guna kereta dia lah pegi sana. KL-Tiara Beach Resort cuma 1jam 30 minit. Tu pun sempat lagi sesat. hehe. Tapi akhirnya sampai juga. Memang kagum bila melihat bandar PD yg dibanguni oleh banyak hotel2. wow. kami sempat lagi pegi bandar PD.. pegi makan kfc dan jalan2. lepas tu balik bilik terus mandi kolam. hahaha...

Terasa cepat masa berlalu. macam tak puas lagi. tapi apa boleh buat.. masa memang selalu cemburi pada kami. haha...seperti biasa jam 12.00 tenghari kena check out. semua selesai terus balik KL. babay. see u next time.
Labels: Diary
PERKARA pelik yang berlaku sepanjang kehidupan Michael Jackson berterusan selepas kematiannya dengan pelbagai dakwaan tidak berasas, seolah-olah ia datang daripada penulis fiksyen.
Ia termasuk petisyen untuk menganugerahkannya hadiah Nobel Keamanan, mendakwa menjadi ibu bapa kandung anak Michael, saman daripada wanita yang mendakwa menjadi isterinya yang sah dan kepercayaan bahawa Raja Pop itu kini hidup di planet lain.
Michael, 50, mati di Los Angeles pada 25 Jun lalu, akibat sakit jantung. Anaknya, Prince Michael, 12, Paris, 11 dan Prince Michael II atau Blanket yang berusia tujuh tahun, serta-merta menjadi pewaris empayar muzik penyanyi itu.
Penjaga mereka yang sah ialah Katherine Jackson, ibu Michael.
Menurut satu kes yang difailkan di Los Angeles baru-baru ini, seorang wanita, Claire Elisabeth Fields Cruise, mengaku ibu kandung kanak-kanak berkenaan.
Dokumen yang difailkan oleh Claire dan disiarkan pada laman web TMZ.com juga mendakwa Prince Michael I diperoleh menerusi sperma seorang lelaki yang menetap di Perancis sementara bapa Paris adalah kekasih tidak rasminya.
Claire memberitahu seorang hakim, dia melahirkan kanak-kanak itu tanpa menghamilkan mereka.
“Ada teknologi untuk berbuat demikian. Ia dengan memindahkan kanak-kanak itu daripada kandungan dan memasukkannya ke dalam tubuh ibu tumpang yang melahirkan mereka,” katanya kepada wartawan selepas memfailkan kes berkenaan.
Claire juga mendakwa Jackson ‘sedar’ bahawa dia adalah bapa sebenar Connor Cruise, kanak-kanak kulit hitam yang dijadikan anak angkat oleh pelakon, Tom Cruise ketika dia masih menjadi suami Nicole Kidman pada 1995.
Sehari sebelum Claire memfailkan kesnya, bekas pelakon kanak-kanak Britain, Mark Lester berkata, dia mungkin bapa sebenar Paris Jackson.
“Saya memberikan Michael sperma saya supaya dia boleh mendapat anak. Dan saya percaya Paris adalah anak saya,” kata Lester yang memegang watak Oliver Twist dalam filem muzikal, ‘Oliver,’ kepada akhbar tabloid Britain, News of the World.
Jurucakap keluarga Jackson mengaku Lester, 51, adalah rakan karib Michael dan bapa pembaptisan tiga anaknya tetapi menolak dakwaan Lester bahawa dia bapa Paris.
Dua anak pertama Michael, Prince Michael dan Paris dilahirkan selepas dia berkahwin dengan Debbie Rowe, pembantu dermatologinya, antara 1996 hingga 1999.
Debbie menandatangani perjanjian menyerahkan hak penjagaan kanak-kanak itu kepada Michael, yang kemudian memperoleh anak ketiga melalui ibu tumpang.
Majikan Debbie, Arnold Klein turut mencetuskan tanda tanya apabila membuat kenyataan mencurigakan kepada ABC News awal bulan lalu dengan berkata: “Setahu saya, saya bukan bapa tiga kanak-kanak itu. ”
Debbie dan Michael mungkin sudah lama bercerai tetapi muncul pula Nona Paris Lola Ankhesenamun Jackson yang mendakwa menjadi isteri sah penyanyi itu.
Dia memfailkan kes di mahkamah Los Angeles lima hari selepas kematian Michael dengan berkata: “Semua harta suami saya, termasuk wang dan aset mesti dipindahkan kepada saya serta-merta.”
Walaupun tidak ada bukti mengaitkan wanita itu dengan Michael, namun Nona juga mendakwa anak penyanyi itu anaknya dan dia tidak membenarkan mereka tinggal bersama ibu Michael, Katherine.
Dalam kes lain, seorang wanita bernama Billie Jean Jackson — sama seperti lagu popular Michael, Billie Jean - muncul di mahkamah dengan mendakwa dia mempunyai hubungan dengan anak bungsu penyanyi itu, Blanket.
Jean meminta hakim mengupah pakar tulisan tangan untuk memastikan sama ada surat wasiat yang ditulis Michael itu tulen atau palsu.
Sementara itu, beberapa majalah mendakwa rapper, Omer Bhatti, 25, adalah anak Michael hasil hubungannya dengan seorang peminat warga Norway.
Bhatti menetap di ladang Neverland selama lapan tahun dan berada bersama keluarga Michael di majlis penghormatan terakhir penyanyi itu.
Rakan keluarga Jackson berkata, Bhatti hanya anak didik Michael dan pemuda itu sendiri menafikan ada hubungan darah dengan penyanyi berkenaan.
Ia bagaimanapun tidak menghalang bapa penyanyi itu, Joe Jackson daripada mendakwa Bhatti anak Michael.
“Ya, saya tahu dia ada seorang lagi anak. Saya tahu. Bhatti ada mirip Michael. Dia boleh menari seperti Michael,” katanya ketika ditemuramah ABC News pada 31 Julai lalu tanpa menawarkan sebarang bukti.
Tidak lama selepas kematian Michael, satu laman web dilancarkan, mencalonkan penyanyi itu untuk Anugerah Nobel Keamanan 2010 kerana ‘mengabdikan dirinya untuk membantu kanak-kanak dan kemanusiaan keseluruhannya.’
Sehingga Sabtu lalu, lebih 31,000 orang menandatangani petisyen berkenaan, walaupun hadiah Nobel tidak diberikan kepada mereka yang sudah mati.
Dalam pada itu, ada pula orang yang berkata mereka melihat hantu Michael dalam dokumentari CNN yang dirakam di Neverland tidak lama selepas kematiannya.
Sebahagian peminatnya mungkin lega dengan dakwaan Pergerakan Raelian, kumpulan yang menganugerahkan Michael gelaran Raelian Honorary Guide pada 1992, mungkin masih hidup.
“Berdasarkan bakti yang dicurahkan oleh Michael di muka bumi ini, untuk keamanan dan cinta, saya pasti dia masih hidup di planet Elohim,” kata ketua kumpulan itu 7 Julai lalu.
Pengikut kumpulan berkenaan percaya semua kehidupan di dunia ini dicipta oleh saintis daripada planet yang dikenali sebagai Elohim, yang dianggap oleh manusia zaman dulu sebagai Tuhan.
“Jackson adalah antara segelintir manusia dari bumi untuk diklon dan akan kembali ke bumi bersama Elohim. Manusia akan mengalu-alukan kedatangan mereka semula,” menurut kenyataan itu. - Agensi
Labels: Isu Semasa, Seni
Harian Metro, 5 Ogos 2009Di bandar yg dihuni jutaan manusia dengan kepadatan penduduk yang tinggi pulak tu amatlah merisaukan. Terjangkit seorang cerahlah orang disekelilingnya untuk terjangkit juga. Adehhh...
Labels: Isu Semasa

















