Tarikh: 18 Jan 2009
Bertempat: Stadium Putra Bukit Jalil
Di TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30malam.


Debaran makin terasa. Sebanyak 14 lagu yang dipertandingkan untuk merebut gelaran juara lagu ke-23. Pastinya saingan memang sengit kerana lagu-lagu yang berjaya ke final adalah lagu-lagu terbaik.
Namun, sandaran dan harapan yang tinggi diharapkan kepada peserta kelahiran Sabah iaitu Ayu OIAM dan Stacy AF serta Kumpulan Estranged yang masing-masing mahu merebut gelaran juara.

Ayu OIAM yang mempertaruhkan lagu Hanya Di Mercu diharapkan akan mencipta keajaiban dengan memberikan persembahan yang bertenaga ditambahkan lagi Vokalnya yang besar dan tinggi. Jika Ayu OIAM menang pastinya ia adalah kejuaraan keduanya selepas menjadi Juara One In A Million 2 pada tahun 2008.


Stacy AF juga bukan calang-calang orangnya. Stacy merupakan juara Akademi Fantasia 6 yang mana mempertaruhkan lagu Aku Stacy untuk AJL ke-23 kali ini. Kelincahan Stacy menari diatas pentas menjadi tarikan besar kepada peminat-peminat Stacy. Seperti Ayu OIAM, jika Stacy menang ia juga adalah kejuaraan keduanya.

Kumpulan Estranged pastinya juga kian bertapak kukuh dalam persada seni tanah air. Vokalis nya yang bernama Rich adalah bekas pelajar AF4 mempertaruhkan lagu Yang Pernah pada AJL kali ini. Rich juga baru melangsungkan perkahwinan dengan Velvet AF4 di Sabah baru-baru ini. Kumpulan Estranged merupakan Juara AJL ke-22 dengan lagu Itu Kamu yang mana sangat diminati ramai. Jika Estranged menang, tentunya ia adalah kejuaraan kali keduanya selepas menjuarainya pada AJL ke-22. Itu juga hadiah istimewa untuk isterinya Velvet.





Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL 23 :-

1. Doa Dalam Lagu
(Etnik Kreatif)
Zahid & Heliza
Ajai
Loloq

2.
Dusta Berkalang
(Etnik Kreatif)
Aiman
Hafiz Hamidun
Ahmad Fedtri Yahya

3.
Persoalan Cinta
(Etnik Kreatif)
Farawahida
Julfekar
Ku Seman / Izza Rosley

4.
Sampai Syurga
(Balada)
Faizal Tahir
Audi Mok
Faizal Tahir

5.
Bila Nak Saksi
(Balada)
Spider
Tam (Spider)
Loloq

6.
Dingin
(Balada)
Ziana Zain
Azlan Abu Hassan
Azalea

7.
Hanya Di Mercu
(Balada)
Ayu
Aubrey Suwito
Habsah Hassan

6.
Cuba
(Balada)
Faizal Tahir
Audi Mok
Faizal Tahir

9.
Lagu Kita
Aizat
Aizat
Aizat
(Balada)

10.
Kalis Rindu
(Pop Rock)
Elyana
Aidit Alfian
Ad Samad

11.
Lagu Untukmu
(Pop Rock)
Meet Uncle Hussien
Taja,Tass,Lan
Taja, Tass

12.
Yang Pernah
(Pop Rock)
Estranged
Estranged
Estranged

13.
Aku Stacy
(Pop Rock)
Stacy
Intan Norul Azlin
Intan Norul Azlin, Layla Ismail

14.
Bukan Disini
(Pop Rock)
Sofaz
Zimi Sofaz & Ameer Sofaz
One

Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 23 adalah seperti berikut:-

JUARA LAGU KE 22
Trofi dan wang tunai RM 25,000

JUARA ETNIK KREATIF
Trofi dan wang tunai RM 12,000

JUARA BALADA
Trofi dan wang tunai RM 12,000

JUARA POP ROCK
Trofi dan wang tunai RM 12,000

PERSEMBAHAN TERBAIK
Trofi dan wang tunai RM 10,000

VOKAL TERBAIK
Trofi dan wang tunai RM 10,000

All the best all. :P


Nampaknya pembuka tirai 2009 dimulai dengan suasana banjir di Kota Marudu. Hujan yang turun menyebabkan paras air meningkat dan melimpahi tebing di sungai2 sekitar Kota Marudu. Ramalan cuaca juga melaporkan awan tebal masih melitupi daerah Kota Marudu. Lantaran itu, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa bejaga-jaga setiap masa.


Tapi jangan terkejut. Seperti tahun-tahun yang sudah keadaan banjir adalah perkara biasa di daerah ini. Boleh dikatakan bahawa setiap tahun banjir sering berlaku. Cuma tahapnya yang berbeza-beza. Bagi tahun ini pula dilaporkan keadaan banjir lebih parah. Malah lebih ramai penduduk kampung yang terpaksa dipindahkan dilokasi yang selamat iaitu di Dewan Smk Kota Marudu.

Nasihat
Sentiasa dengar arahan daripada pihak berkuasa untuk memudahkan bantuan dijalankan. Jangan main air banjir tu tidak kira tua, muda kecil, besar, lelaki, perempuan kerana ia amat membayakan. Sentiasa berdoa agar keadaan pulih seperti sedia kala.

@Maklumat lanjut dan terkini boleh diperolehi di blog ini : http://marudubloggers.blogspot.com/

Ni kepada mereka yang suka main YM dan banyak ID pula tu. Anda boleh sign in dalam dua YM dalam masa yang sama. Caranya senang saja..ikut arahan dalam video dari youtube dibawa ini.



So, senang saja kan. Anda juga boleh buat lebih dari dua sebenarnya. Selamat mencuba. Harap enjoy ye. :P

P/S:: Orang heran kenapa saya boleh run banyak ID..sebenarnya saya guna cara ini lah. Jangan Marah.


Logo cadangan dari saya..hehe..

Sebelumnya hanya angan-angan, tapi telah direalesasikan jadi kenyataan.

Begitulah mantapnya usaha para bloggers untuk bekerjasama. Orang kuatnya iaitu Cikgu Androd@Sanguru (http://yomogun.blogspot.com/) berharap agar ia menjadi platform kepada bloggers anak jati KOTA MARUDU untuk bersuara dalam apa juga isu walau dimana jua mereka berada.

Marudu Bloggers sudah dilancarkan pada 13 Januari 2009 dan ia memerlukan kerjasama daripada semua untuk memberikan performance yang terbaik. Karya2 boleh dihantarkan kepada http://marudubloggers.blogspot.com/. Marudu Bloggers sedang mewar-warkan penciptaan logo yang sesuai bagi Marudu Bloggers ini. Logo yang terbaik juga akan menjadi logo kepada blog ini.

BLOG kini popular di malaysia yang berfungsi mengeluarkan idea dalam apa jua bentuk karya. Cuma, jangan disalah gunakan!!

Selain Rubisa Mystarz Lg yang sudah dikenali ramai kini seorang lagi anak Kota Marudu sedang mekar mencipta nama di pentas hiburan Sabah. Orang yang dimaksudkan adalah Ridah Malanjang. Sila baca artikel dalam gambar dibawah.








Rasanya ramai lagi anak jati Kota Marudu yang berbakat dalam bidang seni. Teruskan mencuba. Serlahkan bakat anda.

P/s= Saya memang kenal si Ridah ni. Sebelah kampung ja dengan kampung saya di Morion. All the best!!


Mungkin - Ridah Malanjang (dari album Idola Sabah)

Mungkin kah kita satu hari kan bertemu lagi
Tuk kedua kali atau mungkin tiada lagi
Adakah tersisa seperti dulu satu rasa indah
Saat kau masih di sampingku

Bila kuimbas lagi
Terasa diri ingin berlari menahan kau pergi
Agar tetap kau di sisiku selamanya
Andaiku diberi peluang
Pastikan ku beri yang terbaik untuk mu
Agar kau tak melangkah pergi

#
Tolong jawap kasih mengapa bintang
Indah dilangit tapi tak mampu dicapai
Mengapa harus memandang saja sinarnya
Tolong jawap kasih mengapa aku
Sampai sekarang selalu terkenangkanmu
Selalu ku terbayang senyum mu.

Mungkin nanti akan ku mengerti
Kau tercipta bukan untuk aku

(ulang #)

(Komposer: Lydia Dulima)

Dengar lagu di Playlist 1

Kalau mengikut kronologi sejarah, semua tahu siapakah itu Israel@Yahudi. Cuba buat research kat web. Sejak zaman nabi hingga sekarang mereka tetap sama. Tak pernah berhenti mencetuskan provokasi, perang, bunuh, menyeksa dan sebagainya. Terbaru.. Isreal menyerang Gaza City pada 27 Disember 2008. Dan hingga kini serangan masih belum ditamatkan.

Keganasan Isreal terhadap rakyat Palestin makin menjadi-jadi. Malah keganasan ini sejak dulu lagi. sekejap aman sekejap perang. Kini, sudah berapa ramai nyawa yang tidak berdosa terbunuh, mati katak. Can you imagine.....anak-anak kecil, wanita, warga tua dan lain2 terbunuh dan tersiksa malah menderita. Orang awan pula yang jadi mangsa. Main buyuk oh Isrel ni!! Sedih juga....sebab...tempat-tempat yang penting seperti hospital, sekolah, jalan raya dan lain2 turut dimusnahkan. Malang sungguh!!

persoalan....Isreal pandai pakai otak ke?? Mungkin perang adalah satu cara tapi its not a good solution!!! banyak cara lain lagi..dan yang penting pandangan masyarakat dunia perlu diambil kira. Tapi...Isreal pandai memekakkan telinga membutakan mata dan serangan terus diteruskan.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya pula diam dan lihat je. Jelas sekali AS menghalalkan keganasan Isreal. Tuan AS adalah Isreal (Yahudi). Kalau negara lain nak perang, AS lah yang paling lantang bersuara atas peranannya sebagai Polis Dunia, pengaruh juga hampir di semua negara2 di dunia ini. Sape tak kenal AS kan.....pilih bulu sangat!! Pasti mereka terlompat2 seperti monyet gembira mendapat pisang sebab orang yang diserang di Palestin itu adalah penduduk Islam.

Kesian sangat...rakyat dunia hanya mampu buat demonstrasi sebagai tanda membantah keganasan Isreal. Begitu juga di Palestin sendiri...rakyatnya hanya mampu membaling batu untuk menentang askar Isreal. BATU VS BOM??? ehmm.....Mungkin Perang Dunia Ke-3 tidak lama lagi.

Seharusnya....situasi ini harus diselesaikan sepantasnya. Akal sihat harus digunakan untuk mengatasinya. Mesti ada hikmah disebaliknya.

Beruntung bagi kita warga Malaysia kerana dapat hidup dengan aman sentosa. Pelihara lah keamanan ini.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every