Sesi 2007/2008 ini genaplah kali ketiga saya berpuasa di kampus Universiti Malaya sejak saya mula masuk di UM pada Julai 2005. Tentulah ia sebuah pengalaman yang menyeronokan kerana disini saya berpuasa bersama rakan-rakan daripada seluruh Malaysia.
Seperti 2 tahun lepas, bulan ramadhan memberi faedah kepada saya. Pertama, bulan puasa ni lah bulan kita berbuat baik, bertaubat, jaga kelakuan. Iya la nanti puasa tu sekadar lapar dan dahaga je. Kedua, dapat jimat duit. Saya tinggal di Kolej Kediaman iaitu dalam Kampus. Kolej yang saya tinggal ini disediakan pakej sebuah bilik untuk 3 orang termasuk makan minum dan lain-lain. Yuran yang perlu dibayar sebanyak RM1580 untuk satu semester. Ketiga, dapat siapkan assignment yang telah diberikan semasa awal sesi lagi. Baguslah ada puasa ni, boleh berjaga sampai pukul 4 pagi. Time tu lah masa yang digunakan untuk menyiapkan assignment yang berlambak-lambak tu. Akhirnya, happy nyer semua assignment da settle.
Walaupun begitu, ada juga benda tak baik saya buat. Entah-entah puasa ku ini diterima atau tidak. Tak payah la nak cerita. Ni pulak memang biasa berlaku time puasa..semua malas pergi Kuliah. Ramai jer kawan2 yang masih tertidur kat katil tu. Dorang tak pegi kuliah beb. Tak yang penting ada kawan tolong sainkan..hehe..rahsia kita semua ni. Macamlah korang tak pernah buat kan..Lecturer tau mesti dia marah.
Apa pun, raya kali ni juga saya tidak balik kampung kat sabah..aduh sedihnya. Dan ini jugalah raya yang ketiga kali saya raya kat UM ni. Rindu nak raya bersama family kat sabah..nasib baik ada telefon. So, bermaafan guna telefon je lah..
Labels: Bulan Ramadhan, Universiti Malaya
Sesi baru 2007/08 bermula sudah semestinya salah satu acara yang ditunggu-tunggu adalah PILIHAN RAYA KAMPUS. Seperti tahun-tahun yang sudah, pilihan raya kampus bagi semua 17 IPTA akan diadakan untuk pentadbiran baru. Calon-calon semua adalah terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Universiti masing-masing. Calon-calon ini terbahagi kepada calon umum dan calon fakulti.
Pilihan Raya Kampus menjadi medan para mahasiswa/i menonjolkan bakat mereka sebagai pemimpin di Universiti. Mungkin pada suatu hari nanti mereka ini akan menjadi pewaris pemimpin negara. Calon-calon akan memperjuangkan menefseto masing-masing untuk mendapat sokongan daripada warga kampus. Disini bermacam-macam jenis janji yang ditabur entah dapat diperjuangkan atau tidak. Sepanjang pemerhatian dengan mata kasar..cuma sedikit sahaja yang berjaya dikotakan.
Bila mengatakan pasal Pilihan Raya Kampus, Universiti Malaya (UM) pastinya menjadi tumpuan seluruh rakyat malaysia malah dunia. UM sebagai sebuah Universiti Perdana di Malaysia menjadi medan pertempuran yang hebat bagi pihak ASPIRASI (kerajaan) dan GAGASAN (pro-mahasiswa). Ia mungkin tradisi turun-temurun bagi UM kerana sejak mula ditubuhkan lagi ia sudah menjadi pusat kegiatan politik yang terkenal. Malah, ramai pemimpin-pemimpin negara dari dulu sehinggalah sekarang bekas graduan UM. Contohnya, Pak Lah, Anuar Ibrahim dan ramai lagi.
Proses pengundian dilakukan di setiap Kolej Kediaman bagi mereka yang tinggal di dalam kampus dan di DTC bagi mereka yang tinggal di luar kampus. Pada tahun ini, proses pengiraan dilakukan di DTC.
Akhirnya, ASPIRASI yang berpihak kepada kerajaan telah menang besar sekali lagi di UM. GAGASAN hanya menang beberapa kerusi. Demikianlah Pilihan Raya Kampus di UM.
Sebenarnya nak tulis banyak-banyak sebab banyak perkara yang boleh dibincangkan tapi tak apa lah nanti kena tindakan pulak..
Labels: Universiti Malaya
Tanggal 9 september 2007 menjadi pentas terakhir bagi My Starz LG. Konsert final yang bersiaran langsung dari Putrajaya International Convention Center (PICC) itu menampilkan 5 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Mereka terdiri daripada Tasya, Bedri, Rachel, Rubisa dan Ijam. Kelima-lima mereka ternyata telah mempersembahkan persembahan yang cukup menarik.
Tv3 yang menyiarkan program realiti itu dan penaja utama adalah LG Malaysia. Kerjasama ini dilihat cukup baik kerana ia bukan sahaja mencari bakat baru dalam industri muzik tanah air malah dapat memperkenalkan produk LG sebagai keperluan hidup.
Dalam konsert grand final tersebut ternyata Rachel dan Rubisa adalah peserta yang paling bertenaga. Komen yang cukup baik diberikan oleh keempat-empat pengkritik. Kehebatan mereka dalam konsert final itu bagaimanapun tidak mendapat tempat. Manakala tiga lagi perserta adalah Tasya, Bedri dan Ijam hanyalah membuat persembahan biasa. Vocal yang menjadi aspek penting dalam markah pertandingan nampaknya tidak kelihatan oleh mereka. Ini kerana ketiga-tiga mereka masih mampunyai masalah picing dan persembahan kurang menarik. Tasya kelihatan kurang yakin, suara pecah dan lagu inggeris yang dia nyanyikan sebenarnya tidak sesuai untuk pertandingan. Walaubagaimanapun, Tasya dinobatkan sebagai Juara My Starz LG bagi musim ini. Pemilihan Tasya sebagai juara mungkin disebabkan dia seorang yang unik dan mempunyai gaya tersendiri. Tempak kedua pula adalah Bedri yang dijangka sebagai bakal juara. Bedri pada konsert final itu kelihatan hilang power kerana persembahan yang kurang menarik. Manakala Ijam pulak kelihatan biasa sahaja.
Juara menerima wang RM100 000 dan kedua menerima wang 20 000. Dan kesemua perserta akan menerima barangan LG. Cara pengadilan adalah 60% markah daripada juri dan 40% daripada SMS penonton.
Kepada Rachel dan Rubisa, kamu adalah juara sebenarnya. Persembahan kamu iaitu dari segi Vokal, penguasaan pentas, interksi dengan penonton dan duet dengan artis dengan pilihan adalah 100% perfect. Even keempat-empat juri kata kamu berdua cukup pakej untuk jadi artis. kadang kala program realiti Tv ni bergantug kepada nasib. em..kamu berdua pada malam tu sangat ayu..hihihi. Bersedialah dengan kesibukan apabila sudah menjadi artis. Memang akan banyak offer untuk kamu perform tu. Kami semua mangharapkan agar semua graduan My Starz LG ni berjaya dalam industri muzik tanah air.
Labels: Reality TV
Sempena FESKUM'07 ini pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di Universiti Malaya. Salah satu yang menarik perhatian ramai ialah Mock Trial yang dilakukan oleh Mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Dalam Mock Trial yang mereka laksanakan ini, keadaan sebenar dalam Mahkamah dilakonkan oleh Mereka.Pada kali ini, mereka cuba membicarakan kes rompakan bank Malaya. Untuk lebih jelas lagi sebelum sesi pembicaraan bermula rakaman penangkapan suspek ditayangkan kepada penonton. Selepas itu, barulah sesi pembicaraan dimulakan. Suasana dewan diceriakan dengan iringin muzik setiap kali para saksi dipanggil ke kandang saksi. Sedikit berbeza dengan keadaan sebenar Makhamah kerana Mock Trial ini lebih kepada lawak jenaka. Penggunaan nama yang entah apa-apa digunakan seperti Bimbang bin Kulop, K. sani LahSaye, Dashbeautiful, Rambutan bin Bahagia dan macam-macam lagi. Unsur-unsur jenaka dapat dilihat setiap sesi soal jawab antara konsul dan saksi. Gelagat para Hakim, Polis Makhamah, Jurubahasa, tertuduh turut menceriakan suasana makhamah. Suara-suara gelak ketawa daripada penonton sentiasa kedengaran. Mock Trial pada kali ini juga berbeza pada tahun sebelumnya kerana pada kali ini ia banyak dicampurkan dengan aksi melampau(lucah) termasuklah bahasa, perlakuan oleh beberapa orang mereka. Bagi beberapa orang ia tentulah tidak menyenangkan. Walaubagaimanapun, harga tiket sebanyak Rm2.50 adalah berbaloi. Pujian harus diberikan kerana langsung tidak ada kesilapan teknikal berlaku dan kawalan teknikal itu pula cukup baik. Secara keseluruhannya ia amat menyeronokan. Lebih manis lagi apabila mahasiswa dari Fakulti Undang-undang UIAM turut hadir sebagai penonton. Kira-kira 2 jam sesi ini dilakukan akhirnya tamat pada 11.30malam. Akhir sekali, tayangan the making iaitu sesi latihan ditayangkan kepada penonton. Bersurai!
Labels: Universiti Malaya
Sejarah Masih Releven- Seminar Jabatan Sejarah Universiti Malaya
0 comments Posted by zrull at 1:22 PMPada 25hb Ogos 2007 bertempat di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya telah berlangsung Seminar anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Seminar yang julung-julung kali diadakan ini bertajuk ''Sejarah Masih Releven" dihadiri oleh kesemua pensyarah Jabatan Sejarah, Pascasiswazah, pelajar tahun akhir dan tahun 2 Jabatan Sejarah.
Seminar yang berlangsung selama sehari ini merupakan seminar yang ditunggu oleh para pelajar jabatan sejarah. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi telah pun dihadiri oleh ramai hadirin. Selesai sesi pendaftran, majlis bermula pada pukul 9 pagi. Ucapan perasmian disempurnakan oleh Dekan FSSS iaitu Prof. Dr. Mohd. Radduan. Belaiu berkata, seminar sebegini amat penting kerana ia dapat membuktikan sejarah itu masih releven. Ini kerana bidang sejarah masa kini kurang diambil perhatian atas anggapan ia sudah kurang releven.
Selepas selesai acara selingan, sesi pembentangan telah dilakukan oleh hampir kesemua pensyarah Jabatan sejarah. Menariknya, pembentangan ini berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing. Sesi pembentangan ada 3 sesi iaitu 2 sesi pada sebelah pagi dan 1 sesi pada sebelah petang.
Sesi pertama yang membuka tirai perbincangan amatlah menarik. Malangnya waktu 15minit diperuntukan setiap pembentang. Rata-rata pembentang tidak mempunyai masa yang cukup dan terpaksa meringkaskannya. Begitu juga dengan sesi kedua dan sesi ketiga. Isu-isu yang dibincangkan mestilah merujuk kepada kerelevanan dalam sejarah.
Sesi soal jawab yang diadakan menampakan soalan-soalan yang panas daripada student pascasiswaza@ Master. Sesi soal jawab ini membolehkan hadirin semakin jelas apakah topik yang dibincangkan.
Seminar selama sehari ini turut disediakan makanan. Bayaran yang dikenakan sebanyak Rm5 semamangnya berbaloi kerana makanan tengahari dan petang yang begitu sedap disediakan. Terima kasih.
Ternyata, kesemua yang dibentangkan adalah masih relevan. Anggapan sesetangah bidang yang menanggap sejarah sudah tidak releven adalah ternyata tidak benar. Kalau dilihat pada realitinya, sejarah menjadi rujukan bagi peristiwa masa depan. Analisis melalui sejarah yang apabila dilakukan dengan betul akan memberikan gambaran sebenar pada masa depan. Terasa pedas sekali apabila kebanyakan bidang sejarah di Universiti lain telah ditukarkan kepada unit sahaja. Bertuahnya Universiti Malaya kerana masih mengekalkan statusnya sebagai sebuah Jabatan. Sehingga kini Jabatan sejarah menjadi pusat rujukan bagi kerajan menjalankan dasarnya. Syabas UM.
Di meja pendaftaran
Pelajar tahun akhir jabatan sejarah
Hadirin yang hadir
Kenangan diabadikan bersama Prof. Andaya
Sesi pembentangan para pensyarah
Antara pensyarah yang hadir
Sesi makan. Semuanya sedap!
Pensyarah turut makan bersama.
Besurai!!
Pada 24hb 8 2007 lalu kemeriahan jelas kelihatan di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB), UM apabila berlangsungnya pesta buah kali ketiga. Pesta buah ini merupakan sebuah projek dibawah Kelab Kebudayaan Melayu (KKM), KKTB. Projek ini dikendalikan Saudara Aidy Azuan Afifi selaku pengarah. Ia turut dibantu oleh Ajk pelaksananya yang lain.
Pesta Buah yang dibuat di Dataran Selasih, KKTB itu turut dihadiri oleh Pengetua Kolej, penyelia-penyelia seterusnya seluruh warga KKTB. Dalam ucapan Pengetua, beliau mengatakan bahawa pesta yang sebegini amat baik kerana ia menyemai perpaduan kaum. Buah-buahan yang segar ini pula penting untuk kesihatan.
Buah-buahan yang pelbagai jenis ini ditempah khas daripada dusun buah oleh penganjur. Antaranya ialah Durian, rambutan, langsat, maggis dan sebagainya. Sememangnya buah2an yang sedap ini adalah produk tempatan kita. Ini membuktikan bahawa buah2an tempatan adalah buah yang terus digemari.
Sambutan warga kolej yang sungguh mantap dapat diperhatikan. KKTB yang dihuni oleh berbilang kaum turut dapat disatukan dalam pesta ini. Suasana riuh sahaja apabila buah2an telah diedarkan. Itu ada simbolik kepada rasa sedapnya buah dan disebaliknya juga ia tersimpul sebuah ikatan persahabatan antara semua.
Labels: Universiti Malaya