31 Mei 2011

TOP 15 UNDUK NGADAU 2011 FINALISTS:

KENINGAU, INANAM, BEAUFORT, TUARAN, RANAU, PAITAN, KOTA KINABALU, KLANG VALLEY, TONGOD, LIKAS, KOTA MARUDU, TAMPARULI, SANDAKAN, TG ARU PENAMPANG

RESULT :
WINNER : PENAMPANG (BOTIZA)
1st Runner Up: TAMPARULI (JOVENEA JIM)
2nd Runner Up: TUARAN
3rd Runner Up: RANAU
4th Runner Up: KOTA KINABALU (RACHEL)
5th Runner Up: SANDAKAN
6th Runner Up: Likas( ADELINE)

Dengan ini saya sanggat bangga pada tahun ini kerana Salma Asis telah menjadi juara Mentor 5.


Tahniah Salma!! Anda memang layak menang Mentor 5 ini kerana suara anda memang hebat. Tahniah juga kepada Erra Fazira kerana menjadi Mentor untuk Salma.
Sejarah Mentor TV3 memang membanggakan kerana Mentor 1 dijuarai oleh Pija dari Sabah. Mentor 2 pula dijuarai oleh Fiq juga dari Sabah. Terlepas untuk Mentor 3 juaranya Black dan Mentor 4 juaranya Mohd. Syukur sebab Mentor 5 kembali kepada Sabah.

Realiti Tv 2011:
TLTBSS TV1 Sabah Juara.
Mentor 5 TV3 Sabah Juara.
AF9 Astro Ria belum tahu lagi?

 

Yah. Saya nampak di FB hari tu si Hary Nianti ada share link Video Promo Album dia yang bertajuk KADA POLOGOSO. Saya dengar lagu2 promo tu mmg semua bagus2. Kalau saya jumpa tu VCD atau CD saya pun mau beli. Kamu pun beli juga.


Saya copy paste dari status si Hary di FB tentang album dia ni:
Album HARY NIANTI~Kada Pologoso... akan berada di pasaran start pada 29th-31st Mei di KDCA, Penampang sempena kaamatan .... jumpa di saaaanaaaaaaaa..... Sama-sama kita perjuangkan Industri Muzik Sabah... tq very much..muahhhhhh..... ^__^

Antara tajuk-tajuk lagu dalam album Kada Pologoso ini:
1. Kada Pologoso
2. Olumis Koh Umandak
3. Kau Ku Cinta
4. Poilo Isio
5. About U
6. Tondu Lansanonku
7. Raraa Beluran
8. Ku Sempurna
9. Mandad Sisimba 2
10. Tikid Tawau
11. Iziau Nodaa


Belilah yang original. Yah akan berada di pasaran start pada 29th-31st Mei di KDCA, Penampang.

Berikut adalah senarai tugasan bagi Konsert Minggu Kelapan.

1. Fina - Samudera (Nora)
2. Lena - Kisah Hati (Alyah)
3. Erul - Bunga Angkasa (Terra Rossa)
4. Azri - Luar Biasa (Shahir)
5. Hazama - Sendiri (May)
6. Lagu Bonus -
- Bawaku terbang (The Fabulous Cat)
- I Gotta Feeling (Black Eyed Peas)

Good Luck!!!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2011: Tujuh minggu berjuang, dihujani dengan pelbagai kiritkan dan cabaran, akhirnya Queennera Francis Kitingon atau Nera tersingkir jua dari Akademi Fantasia 9 (AF9) sebentar tadi.
Menyampaikan lagu Tak Ingin Sendiri nyanyian asal Hetty Koes Endang pada konsert minggu ketujuh ini, Nera, 19, terpaksa meninggalkan akademi selepas mendapat AFUNDI terendah berbanding lima rakannya yang lain.

Sementara itu, konsep imuniti yang mula diperkenalkan pada minggu keenam lalu, hanya akan diketahui siapa pemiliknya pada penghujung konsert kelapan nanti apabila barisan tenaga pengajar telah pun memilih siapa pelajar pilihan mereka berdasarkan persembahan pada konsert ketujuh ini.

Persembahan Nera pada malam ini bagaimanapun dilihat jauh meningkat berbanding minggu-minggu sebelumnya. Nera adalah salah seorang pelajar yang sering menerima kritikan teruk dari pengkritik akibat kegagalannya menampilkan persembahan terbaik di atas pentas. Malah ada yang mengatakan punca kenapa Nera masih bertahan sehingga kini adalah kerana rupa parasnya yang menarik.

Konsert ke 7 AF9 ini telah bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil dan dipancarkan terus menerus ke Astro Ria (saluran 104). Seperti mana minggu lalu, persembahan pelajar pada malam ini masih diiringi band live yang dianggotai pemuzik profesional mengiringi persembahan mereka.
Bekas pengacara AF6 dan AF7, AC Mizal dijemput menjadi pengkritik jemputan pada konsert ini selain dua pengkritik tetap iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan.

Artis jemputan yang membuat persembahan pada malam ini ialah Meet Uncle Hussein yang muncul dengan vokalis sandaran terbaru mereka, Nubhan yang juga bekas pelajar AF6. Meet Uncle Hussein menyampaikan lagu, Pokok.

Dengan penyingkiran Nera, bermakna tinggal 5 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF9. Pelajar yang mendapat imuniti di minggu kelapan nanti akan terus diserap masuk ke konsert final tanpa periu melalui konsert ke 9.

Teruskan mengundi pelajar pilihan anda dengan menaip AFUNDI dan hantarkan ke 32999. Anda juga boleh mengundi secara pukal dengan menaip AFUNDI<3/5/10/20> dan hantarkan ke 32999.
Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Sumber: Murai.com

 Tahniah kepada Salma kerana berjaya ke Final Mentor 5 pada 29 Mei 2011 (ahad) bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9malam

Markah Semi Final 1 dan 2 sudah dicampurkan dan:
Salma - 49+64=113
Ratnah - 42+46=88
Shiha - 58+61=119
Iqa - 57+69=126

Sebelum ini Ally Iskandar mengatakan bahawa final mentor 5 nanti cuma 2 orang. Tapi pada malam tadi, Ally mengumumkan bahawa 3 orang akan ke Final mentor 5. Kalau benarlah cuma 2 orang yang ke final bermakna Shiha dan Iqa lah yang bersaing merebut hadian pertama dan kedua. Namun, atas nama kejutan, TV3 dengan bangganya mengumumkan Salma juga layak ke final mentor 5. Gimmik la katakan.

Salma bermula hebat pada pusingan kumpulan. Namun tewas pada semi final. Harap2 pada final ini Salma mampu bangkit dan jadi Juara! Itulah harapan semua orang.

Kejutan yang dinanti-nantikan sejak bermula konsert telah diumumkan. Kejutan yang menggemparkan dan tidak pernah dilakukan dalam sejarah Akademi Fantasia iaitu Sistem Imuniti atau Kekebalan telah diperkenalkan. Imuniti yang bakal diberikan kepada pelajar yang membuat persembahan terbaik dalam Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh akan menyelamatkan pelajar yang layak berada dalam Akademi Fantasia. Pelajar ini akan terselamat daripada disingkirkan meskipun undian tidak menyebelahi mereka. Lagu tugasan yang mereka perolehi minggu ini akan menentukan persembahan mereka dan latihan demi merebut Sistem Imuniti. Berikut adalah senarai lagu tugasan untuk minggu ini.

 1. Erul - Antara Hujan dan Airmata (Sudirman)
 2. Azri - Mahligai Syahdu (Hattan)
 3. Fina - Purnama Merindu (Siti Nurhaliza)
 4. Nera - Tak Ingin Sendiri (Hetty Koes Endang)
 5. Lena - Cinta Sempurna (Yuna)
 6. Hazama - Segalanya ku Terima (Ilusi)


Lagu yang bakal dinyanyikan oleh Nera:

Lagu yang bakal dinyanyikan oleh Lena:

 Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu Ketujuh juga memerlukan 6 pelajar Akademi Fantasia menyanyikan 1 Lagu Bonus iaitu Kalau Berpacaran yang dipopularkan oleh Suhaimi Meor Hassan, Ana Raffali dan Altimet. Persaingan sengit bakal berlaku antara 6 pelajar Akademi Fantasia demi merebut Imuniti ataupun Kekebalan. Siapakah yang paling layak mendapat Imuniti? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.

 Undi pelajar pilihan anda! Taip AFUNDI &l;jarak> dan hantar ke 32999. Undian pukal AFUNDI<3/5/10/20> juga hantarkan ke 32999.

 Terbaru dari Akademi Fantasia! Dapatkan wap portal Akademi Fantasia di telefon bimbit anda dengan PERCUMA sekarang! Jika anda pengguna telefon jenis iPhone, Blackberry dan Android, kini anda boleh menikmati Aplikasi Akademi Fantasia di telefon bimbit anda secara percuma! Taip AF dan hantar ke 32323

 Dapatkan Majalah Aksi Akademi Fantasia! Terbit setiap Isnin. RM3.90 untuk semenanjung Malaysia dan RM4.90 untuk Sabah / Sarawak. Dapatkah naskah anda segera!


Sumber: http://www.astro.com.my/akademifantasia/articles/art_4932.html

First sekali aku nak pegi tengok konsert final Mentor 5 ini secara live. hahaha. Itu pun kalau dapat. Terima kasih.

Bagi aku tahun 2011 ini Mentor 5 lagi best dari program reality tv yang lain. Anda pula bagaimana? Tapi actully aku layan semua reality tv ni. (wah malunya. sambil tutup muka pakai bantal haha) Sebab menghiburkan.
Mentor 5 kali ini sudah masuk semi final. Ayish dan Aiman sudah terkeluar. Ehem... wanita2 juga yang tetap bertahan sape lagi kalau bukan Salma, Shiha, Iqa dan Ratna. Salma dan Ratna itu dari Sabah. Pada semi final ini Salma vs Ratna dan Shiha vs Iqa. Aku rasa Salma dan Iqa akan menang masa semi final ini dan mereka akan bertemu di final. Ituew jangkaan aku. Good Luck!!


Manakala di AF9, Lena dan Nera yang merupakan peserta dari Sabah antara yang masih bertahan. Persembahan mereka berdua juga makin banyak peningkatan. Good Luck untuk mereka berdua juga.

Kalau di TLTBSS di RTM1 juaranya dimonopoli dari Sabah, harap2 di Mentor 5 dan AF9 ini juga ada berita gembira untuk orang2 Sabah.

Terima Kasih.



Hadi dari Sabah Penuntut Terbaik 
Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS)


TLTBSS: Hadi Diiktiraf Sebagai Penuntut Terbaik

Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography


KUALA LUMPUR, 2 MEI 2011: Setelah bersiaran selama 13 minggu program realiti , Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS) akhirnya mengiktiraf peserta kelahiran Sabah, Hadi sebagai Penuntut Terbaik.

Terkejut dan tidak menyangka dengan kemenangan tersebut, Hadi berkata, ianya telah menjadi pembakar semangatnya untuk berjaya sebagai penghibur di masa depan.

"Saya terkejut apabila terpilih sebagai Penuntut Terbaik kerana saingan semuanya hebat-hebat belaka. Kami semua bersaing berlainan genre. Ada yang membawakan genre asli, rock, pop dan macam-macam.
"Apabila diumumkan sebagai Penuntut Terbaik saya sangat gembira dan sungguh tak menyangka dengan kemenangan ini dan saya berharap selepas ini impian untuk bergelar penyanyi akan tercapai," katanya yang ditemui sejurus selepas kemuncak TLTBSS yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Dengan kemenangan tersebut, Hadi yang juga peserta kepada ikon Mas Idayu telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Persona, wang tunai bernilai RM 10 ribu, hamper, trofi dan sijil.
Tuah menyebelahi, peserta Ashraf apabila dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik yang mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Salam Kasihku setelah berduet dengan ikonnya Datuk M.Daud Kilau menerusi lagu Cek Mek Molek.

"Saya tak rancangan pun persembahan malam ini. Semuanya berlaku secara spontan kerana masa latihan semalam ada berlaku sedikit masalah teknikal. Jadi, saya tak sempat nak berlatih. Alhamdulillah, ini adalah rezeki saya agaknya. Tanpa perancangan yang rapi, saya tetap dipilih sebagai Persembahan Terbaik," katanya yang juga merupakan seorang anggota polis di cawangan Melaka.

Ashraf membawa pulang set barang kemas Habib bernilai RM 10 ribu, wang tunai bernilai RM 5 ribu, hampr, trofi dan sijil.

Sementara itu, peserta ikon, Datuk David David Arumugam, Hamim pula bernasib baik apabila diumumkan sebagai Penuntut Contoh. Dengan kemenangan itu, Hamim telah berjaya membawa pulang sebuah ipad, set perabot jatimas bernilai RM 10 ribu, hamper, sijil dan trofi.

Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Johari Salleh, Datuk Khatijah Ibrahim, Helen Yap dan Johari Teh tampil selaku juri profesional.

Bagi kategori Peserta Popular pula, ianya telah berjaya disandang oleh Umar yang juga merupakan peserta bagi ikon Datuk Jeffrydin serta Ikon Popular pula dimiliki oleh Uji Rashid.

"Saya tak sangka ada ramai lagi ikon yang muda-muda, tapi saya yang terpilih. Saya tak terfikir pun nak menang kategori ini sebab saya ramal Jamal Abdillah atau Mas Idayu yang akan menang. Apa pun, saya gembira dengan pemilihan itu dan Alhamdulillah niat saya untuk berkongsi pengalaman yang ada telah pun menjadi kenyataan," kata Uji Rashid.

Satu lagi kategori iaitu Muka Iras Artis pula telah dijuarai oleh Masri yang memiliki wajah persis Mus May. Tempat kedua pula dimenangi oleh Epul dan Nurul yang dikatakan memiliki wajah seiras Mawi dan Ekin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Faz yang berwajahkan seiras Datuk Siti Nurhaliza.

Masri, Epul dan Nurul serta Faz masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, pakej percutian, sijil dan trofi.

Seramai 11 ikon mencurahkan segala ilmu dan pengalaman mereka sepanjang 13 minggu program TLTBSS bersiaran di RTM, Saluran 1. Mereka adalah Dato David Arumugam, Dato Jeffrydin, Dato M.Daud Kilau, Mas Idayu, Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Datuk A.Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed, Datuk DJ Dave, Hail Amir & Uji Rashid, Aishah serta Noraniza Idris.

Bersiaran secara langsung menerusi saluran TV 1, Azwan Ali serta Didie Alias bertindak selaku pengacara dan murai.com.my merupakan portal rasmi TLTBSS.

Sumber: Murai.com

Keputusan Rasmi Pemenang TLTBSS 2011:
Penuntut Terbaik : Hadi (Sabah)
Persembahan Terbaik : Ashraf
Penuntut Contoh : Hamim
Penuntut Paling Popular : Umar (Sabah)
Ikon Popular : Uji Rashid
Muka Iras Artis : Masri. Muka dan suara seiras Mus May (Sabah)

Kalau di TLTBSS sudah dimenangi oleh Sabahan.. jom kita tunggu pula di Mentor 5 TV3 (Salma dan Ratna)  dan AF9 Astro Ria  (Lena dan Nera). Adakah mereka bakal mengharumkan nama Sabah juga?? Tungguu....

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every