30 Ogos 2009

Hari ni Ahad. Masa puasa pun dapat lagi berjalan. So, terpegi la kat Mid Valley (selalu pegi mid sebab dekat dengan rumah..hehe). Sejak study di UM, Mid la tempat lepak2. Habis kulia ja terus naik bas ke Mid..hahah... gilerrrrrr.

Sebelum gerak.. sempat lagi menonton MELODI di Tv3. Tak mahu juga ketinggalan kisah2 panas artis2 bah kan. hehe. Lepas habis jam 1.30pm tu terus nak teksi pegi Mid. Kawan sudah tunggu kat sana. wah.. 'jumpa kat information center' pabila aku membaca mgs yg aku dapat. Tu kawan yg sent kat aku. Ok.


Dekoresion dalam Mid Valley


Mcm biasa.. kena beli tiket wayang dulu. Kali ini movie pilihan adalah.. 'Orphan' (anak yatim piatu). Tapi start jam 4.15pm. Masa lama lagi.. baru jam2pm. So, round2 dulu lah keliling mid. Ngam2 Padini ada buat sales. murah murah. berebut2 orang dalam kedai tu. ceh.. kami pun busy body ikut2 berebut la konon..wakaka... lucu. Masa puasa pun sempat lagi buat mcm ni.


amboii... posing nampak....

Pilih punya pilih dapat la apa yg berkenan dihati. Target nak beli untuk dipakai masa raya nanti. hehe. Kawan aku tu yang berabis membeli. Aku just tolong dia pilih saja. opsss... masa tayangan movie da nak hampir. After that.. bayar cepat2. ok


emm....aku langsung tak tahu apa citer Orphan ni. langsung tak dapat bayangkan. Sebab tak ada buat research sebelum tu. jadi kena fokus ok fokus. Ok lah... aku nak ulas sikit2 saja. Tak boleh ulas banyak2 nanti kalau korang dah tahu nanti tak best bah kan. Cerita ini sangat saspen.. kisah sebuah keluarga yang mengambil anak angkat untuk dipelihara. Budak yg mereka amik tu sangat misterius.

menonton wayang...iaitu Orphan.

Lepas habis tgk movie terus bergegas ke Hotel Boulevard. Dekat saja.. sebelah Mid Valley saja. Buffet berbuka puasa beraada ditingkat 9. Kami sampai 15minit sebelum berbuka puasa. Ambil la apa saja. Banyak sangat makanan lah. memang tak habis. Makan apa yang mampu saja. Ramai juga orang2 yg berbuka puasa kat sana. Akhirnya.. laungan azan berkumandang dicorong TV. Jom makan. Jgn lupa baca doa. hehe..ngam2 masa ni ada pelancong2 muda dr Jepun makan kat sebelah kolam. Ramai lebih kurang 20 orang. Rambut dorang smart bah. :P



Dapat ka habis ni??? Nda tahu la...

Sebelum

Selepas...





Mcm biasa... lauk fevret adalah seafoods.. ketam, udang, kerang, siput, sotong. Tak lupa juga.. ayam, sate, sayur2an. Semua yg berkahsiat lah..wakakka. Makan sikit2. yg penting semua hidangan dapat dirasa. Makan pencuci mulut; rojak buah, air jus, kek, aiskrim. semua dapat rasa juga. Perut pun sampai kenyang. Terima kasih kepada Boulevard Hotel ok.

Lepas berbuka puasa terus singgah ke Jusco membeli barang2. Then balik rumah. yeahhhh...







Bukan juga selalu pegi Redbox ( pusat karaoke). Sekali sekala saja. haha. Sumbang2 pun sumbanglah. teda juga orang lain dengar. kecuali kami2 saja. Sedikit info kalau datang ke Redbox. Kena apply member card. Ada dua jenis. member card biasa dan Dot Red Card. Saya ada Dot Red Card. setiap 1 ringgit akan dapat 1 point. kalau da banyak nanti boleh redeem.
Pas tu.. kena book awal2 via call atau online. Biasanya kami pakai call. Sebab selalu penuh.
Redbox Ria Sogo menjadi pilihan. Sebab caj dia murah berbanding Redbox di tempat lain. Lagi pun staffs dia peramah. Baik hati. iye ke??? hahaha..

Then ada tidbits (makanan ringan unlimited). amik saja untill habis masa 3 jam. Fuyoo.. 3jam melalak.. jangan je tekak sakit.

Lagu2 lagu pilihan, Faizal Tahir, Aizat, Maroon 5, dan lain2. Semua lagi ada. Cukuplah lagu yang jiwang2 ja bah kan. Ingat nak pegi masa bulan puasa ni tapi takut pulak. Tak apa lah. Cuti!.

P/S: menyanyi dalam bilik ja berani. Kalau diluar kompom melarikan diri tak berani. Whatever lah...hahaha

Redbox : http://www.redbox.com.my/redbox/eng/index.asp

20 Ogos 2009

Selepas selesai Majlis yang berlangsung iaitu ;Syarahan Umum Wacana Pribumi' di IPS UM pada 18 Ogos lalu maka sebagai menghargai usaha semua urusetia dan semua yang terlibat maka di adakan Lunch yang bertempat di Hotel Singgahsana. Semuanya diuruskan oleh Cik Marry selaku orang kuat IPM (Institut Pribumi Malaysia UM). Saya datang dan makan. hahaha...

Aktiviti seperti bagus untuk mengenang jasa2. haha. Ia juga sempena berakhirnya jawatan Prof Juli Edo sebagai pengerusi IPM UM. Dan khabarnya beliau akan melanjutkan pelajaran ke UK selepas ini.

Eh.. kita makan dulu.










Di masa akan datang, diharapkan banyak lagi aktiviti seperti diadakan. Best sangat. hehe...
Prof. Juli yang akan menamatkan jawatannya sebagai pengerusi IPM UM. IPM UM akan ada pengerusi baru tidak lama lagi. Khabarnya beliau sedang berada di USA, dan berkhidmat di White House..

P/s : Seorang tak dapat hadir sebab dia masa ni pegi balik Sabah.. rugi dia nda terLunch. hehhe

Well, Terima kasih kepada Hotel Singgahsana dan semua yang terlibat!



Tarikh : 18 Ogos 2009

Perkara : Syarahan Umum Wacana Pribumi
Tempat : IPS, Universiti Malaya

Seminar pada kali ini juga sangat best. Perkara penting adalah untuk memartabatkan nasib Orang Asli di Semenanjung yang dikatakan kian terpinggir oleh banyak pihak. Seminar pada kali ini berkenaan dengan harta khazana orang asli seperti perubatan tradisional oleh Prof. Emeritus Hood Salleh dr UKM, dan pahlawan2 yg berbangsa Orang Asli yang terlibat dalam mempertahan negara malaysia semasa zaman komunis dan sebagainya oleh Supt. Ramli dr PDRM.

Apa yang menariknya syarahan umum ini dapat menjelaskan bahawa jasa Orang Asli ini dapat dimartabatkan dan tidak dipinggirkan. Syarahan ini turut dihadiri oleh agensi2 kerajaan, termasuk Senator Dato Osman. Majlis ini dirasmikan oleh Prof Danny Wong Tze Ken iaitu sebagai wakil Naib Cancelor UM yg tak dapat hadir ke majlis ini.

Syarahan ini adalah dianjurkan oleh Institut Pribumi Malaysia Univeriti Malaya. Saya sebagai urus setia yang terlibat secara langsung dalam syarahan ini. (Uikk.. penat juga oh mau urus dewan dan lain2. tapi berjaya juga lah.)


Sehari sebelum syarahan diadakan... sedang setting dewan..



Gambar semasa majlis berlangsung..




Orang-orang kuat...




Sesi syarahan..




penyampaian cenderahati sebagai penghargaan..



Bersama Senator Dato Osman


Pendaftaran peserta

Pasukan urusetia yang mantap..hahaha


Sedapnya makan... hehe



Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, Tn Haji Yanya Awang, Mary Lalim, Kak Mun, Kak Aisyah, Azizah, Marry Lalim (orang paling penting), Firdaus H dan sy (Azirul). Dan semua yang terlibat!!

Jumpa lagi di lain hari!

Ke Mid Valley

Lepas balik dr PD, terus singgah ke Mid Valley. Saja jalan2. Lagi pun hari ahad tak ada keja pun.
Mula2 nak plan tengok wayang tapi tengok list mcm tak ada mood pulak. So cancel la pulak. Bagus pegi makan, shoping, dan lain2.

Promotion 'amazing Thailand 2009' di Mid Valley .. uik mcm mau pegi Thailand ja ni..

Ingatt!!! lepas makan sudu kena terbalik kan mcm yg aku selalu amalkan ini.. :P


G2000.. kedai fevret konon.. wakakkaka.. cuci mata saja bah..

Ni semua pakai camera HP Sony Ericsson. Sambil bejalan sambil begambar. haha. Memang macam2 yang best.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every