UPDATED!!!

Akhirnya pemenang Pertandingan Unduk Ngadau 2009 peringkat negeri Sabah sudah diketahui.

Credit to dbos-fm.blogspot.com


Credit to dbos-fm.blogspot.com

Kemeriahan Pesta Kaamatan di Sabah tidak cukup rasa jika tidak ada Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik). Unduk Ngadau 2009 ini sekali lagi menampilkan wajah-wajah tercantik bagi setiap daerah2 di Sabah.

Pemilihan mereka bermula selepas peserta2 memenangi Unduk Ngadau peringkat daerah masing2. Selepas itu, peserta mewakili daerah utk peringkat negeri. Seramai 40 peserta bakal berenatap dan siapa kah bakal pemenangnya??

nantikan.

(entahlah.. ada harapakan wakil dr Kota Marudu tu ah??..hehe...)

U

LAMAN sosial terkemuka, Facebook perlu mengkaji semula Soalan Keselamatan jika pengguna terlupa kata laluan untuk membolehkannya memasuki akaun tertentu.

Ini kerana soalan terbabit mungkin mudah diketahui orang lain memandangkan jaringan Facebook merangkumi rakan atau keluarga yang pasti mengetahui jawapan jika diajukannya bagi tujuan keselamatan.


Ia ditimbulkan dalam blog pengendali keselamatan F- Secure yang memberi contoh soalan 'Bila Hari Jadi Ibu', 'Nama Ayah' atau 'Nama Guru' berkemungkinan tidak relevan untuk digunakan dalam laman web sosial sebagai pengganti kata laluan.

Facebook mengandungi kawalan peribadi yang baik kerana menghadkan maklumat daripada disalurkan kepada pengguna lain namun sebaliknya jika ia mahu mengenalpasti pemilik akaun sebenar.

Menurut blog itu, mengemukakan soalan berdasarkan maklumat sosial mungkin tidak sesuai digunakan di laman web sosial memandangkan penggunanya tergolong dari kalangan rakan dan mereka pasti tahu jawapan terbabit.

"Facebook patut menyemak semula perkara ini," kata blog itu.

Sumber: Metro Online


16 Mei 2009, Sabtu

Malam ini cukup menarik kerana berlangsungnya Konsert Grand Final Akademi Fantasia 7, 2009.
Saksikan keputusannya selepas konsert berakhir.

Selepas memberikan persembahan yang agak konsistent setiap minggu.. HAFIZ dr Sarawak telah dinobatkan Juara Akademi Fantasia 7 dan mengalahkan 4 pelajar lain. Tahniah Hafiz!!!

Keputusan Rasmi di Final AF7:

1 Hafiz
2 aril
3 akim
4 yazid
5 isma

Tamatlah sudah!!

KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama

Sumber:

Utusan Online

9 Mei 2009, Sabtu.

Before that, Wah hujung minggu ni kena relax sikit. Kawan2 pun plan nak p jalan2. Wah... kami p Lunch di Hotel Shang Ri La. Buffer... so makan2 saja apa yg ada. Mmg kenyang giler. Sedap. kami start lunch jam1-jam3.30. hehehe... lama juga kan. hehe...After that, siap makan tu terus pegi KLCC. Kami tgk wayang di TGV...tajuk: X-Men Origins: Wolverine. Mmg best giler woo.. (hehe... baru kami tgk konon pada hal lama dah kuar.. hehe). Then, cuci mata di sekitar KLCC. Mahal2 bah barang sana....huhuhu...tapi sempat juga pulang rumah utk tgk AF...hehehe...

Malam ini berlangsung lagi konsert AF7 bagi minggu ke-9. Oleh kerana pelajar makin berkurang maka pelajar ditugaskan menyanyikan dua lagu untuk dinyanyikan.

Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 9
Akim - I'm Yours (Jason Mraz) & Larut (Dewa 19)
Hafiz - I Believe I Can Fly (R. Kelly) & Laskar Pelangi (Nidji)
Yazid - Where The Streets Have No Name (U2) & Aku Skandal (Hujan)
Isma - Aku Pasti Datang (Bunga Citra Lestari) & Hot N Cold (Katy Perry)

Overall, kesemua mereka menyanpaikan lagu dengan baik. Cuma Yazid agak kureng sedikit dalam menyampaikan lagu yg diberikan. Hafiz dan Akim mmg mantap. Dan tidak ada penyingkiran utk malam ini.

Seperti yang ditunggu2 oleh semua...AFmasuk yang dijanjikan telah diumumkan. Akhirnya seperti yang dijangka ARIL telah di AFmasuk. OK. Fine. Nasib Aril sungguh baik kerana diberikan peluang untuk di AFmasuk. wah... minggu depan dah final. So, final konsert AF7 ada 5 orang semuanya. All the best ok.

Persoalan timbul lagi... siapa bakal juara?????

SUMBER:

http://www.rakancop.net/DARIJABSIASATANJENAYAHKOMERSIL/tabid/4680/Default.aspx

Kes kes bersiri

SIASATAN KES-KES BERSIRI JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL.

1. Kes Penipuan Peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
2. Kes Penipuan Gores dan Menang.
3. Kes Penipuan Tiket Toto / Nombor Ekor / Loteri / 1 + 3D dan 6D Palsu.
4. Kes Penipuan Bomoh, Tilik Nasib dan Perubatan.
5. Kes Penipuan SMS Bahasa Cina Lucky Draw Yang Kononnya Dari Macau.
6. Kes Penipuan Bantuan Kebajikan / Ibu Tunggal / Warga Emas.
7. Kes Penipuan Sewa Tanah.
8. Kes Penipuan Jual Beli Tanah.
9. Kes Penipuan Jual Beli Kereta.
10. Kes Penipuan Haji dan Umrah.
11. Kes Penipuan Lelongan Barang Rampasan Kastam.
12. Kes Penipuan Fly By Night.

KES PENIPUAN PERADUAN AKADEMI FANTASIA 4 (AF4) MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS).

1. Kes penipuan menang hadiah peraduan Akademi Fantasia 4 melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) masih lagi berlaku walaupun orang ramai telah dimaklumkan supaya berwaspada dengan penipuan ini melalui akhbar-akhbar tempatan. Sidang akhbar mengenai hal ini telah pun dibuat pada 19 September 2006 yang lalu. Sejak bulan September 2006 hingga 22 November 2006 sebanyak 96 laporan polis telah dibuat yang melibatkan kerugian sebanyak RM 158,616.15. Sebanyak 20 kes telah dilaporkan di Selangor, Perak 12, Johor 10, Pahang 9, Sabah 8, Sarawak 8, Melaka 5, Terengganu 5, Kedah 4, P. Pinang 4, N. Sembilan 3, Kelantan 3, dan Perlis 1.

2. Modus Operandi
i) Mangsa akan menerima SMS モ Tahniah Simcard anda telah memenangi hadiah cek tunai RM 9,000.00 peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4)ヤ, dan mengarahkan mangsa menghubungi nombor telefon yang diberikan dalam SMS tersebut. Dalam perbualan mangsa akan dimaklumkan bahawa panggilan daripada pegawai ASTRO Bukit Jalil. Apabila nombor tersebut dihubungi mangsa diarahkan supaya membuat deposit sebanyak RM 1,000.00 ke akaun bank yang diberitahu sebagai wang proses untuk mendapatkan hadiah wang tunai RM 9,000.00. Proses pemindahan dengan menggunakan nombor pin seperti yang diberikan iaitu 333999 atau 999777. Mangsa telah diarah untuk menyemak akaun selepas 24 jam. Apabila mangsa menyemak buku akaun didapati wang tidak dimasukkan dan ada mangsa mendapati wang simpanan telah pun dikeluarkan.

ii) Terima SMS mengatakan モCONGRATULATION, anda menang wang tunai RM 9,000.00 dari Maxis. Info sila hubungi perkhidmatan Maxis 0062813878013335, atau layari laman web http://www.hotlink.com.my モ Saspek mengarahkan pengadu supaya menghubungi nombor telefon tertentu. Apabila dihubungi, seorang lelaki loghat Indonesia mengarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank bagi mendapatkan hadiah tersebut. Sampai di bank saspek meminta nombor akaun bank dan nombor kad ATM. Kemudian pengadu diarahkan supaya memasukkan kad ATM melalui Maybank2U, seterusnya memasukkan no. pin yang diberikan oleh saspek. Selepas itu, mangsa periksa akaun dapati sejumlah wang telah berkurangan dari akaunnya.

3. Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Bukit Perdana, bahawa saspek-saspek yang terlibat dalam kegiatan ini masih belum dikenalpasti. Namun adalah dipercayai bahawa nombor telefon dan juga SMS bukan didaftarkan di Malaysia tetapi dipercayai didaftarkan di Indonesia.

4. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan jangan mudah terperangkap dengan penipuan ini yang tidak wujud. Orang ramai juga adalah dinasihatkan supaya tidak mudah memberi keterangan diri atau nombor akaun bank sewenang-wenangnya kepada mereka yang tidak dikenali dan orang ramai harus memeriksa kebenaran sesuatu berita terlebih dahulu. Sebarang maklumat mengenai kegiatan ini hendaklah dimaklumkan kepada balai-balai polis yang berhampiran atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di negeri-negeri ataupun melalui talian Bilik Gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana ( 03-26163822 ).

5. Penipuan ini masih lagi berlaku tetapi sejak akhir-akhir ini namun ianya telah berkurangan di atas tindakan yang telah diambil:-
i) Membuat kenyataan-kenyataan akhbar.
ii) Kempen pencegahan jenayah melalui pameran.
iii) Menghebahkan mengenai kes penipuan AF4 di Siaran Radio ERA dan televisyen Astro Channel 4.
iv) Alert notis di ATM Bank.
v) Alert notis melalui SMS telefon bimbit oleh Celcom.
vi) Nasihat dari pihak polis モadalah dimaklumkan satu sindiket penipuan peraduan akademi fantasia 4(AF 4) melalui sms kononnya anda memenangi hadiah wang tunai dari pihak akademi fantasia 4 (AF 4). anda hendaklah mengabaikan sms ini kerana ini adalah satu penipuanヤ.


KES PENIPUAN GORES DAN MENANG.

1. Modus Operandi
i) Terima panggilan telefon daripada saspek beritahu supaya datang ke Syarikat saspek kerana memenangi hadiah cabutan bertuah, kemudian berjumpa saspek dan saspek minta RM 9,200.00 untuk mendapat cabutan bertuah kereta. Apabila pengadu membuat tuntutan dapati syarikat tutup.

ii) Pengadu telah didatangi beberapa orang saspek dengan mengatakan anak pengadu telah menangi hadiah cabutan bertuah dan beritahu anak pengadu suruh serahkan barang kemas yang berjumlah RM 10,000.00 kepada suspek sebagai cagaran hadiah yang dimenangi. Pengadu telah serahkan barang kemas dan suspek memberitahu pengadu mereka akan datang sekejap lagi. Saspek telah melarikan diri.

KES PENIPUAN TIKET TOTO / NOMBOR EKOR / LOTERI / 1 + 3D DAN 6D PALSU.

1. Modus Operandi
i) Saspek berbangsa indonesia, memberitahu mangsa bahawa tiket toto atau 1 + 3d nya telah menang hadiah dengan menunjukkan tiket loteri bersama keratan akhbar keputusan cabutan. Saspek mengatakan tidak boleh menukar tiket itu kerana tidak mempuyai kad pengenalan atau pasport. Saspek juga mengatakan beliau kesempitan wang dan memerlukan wang segera untuk rawatan perubatan dan sebagainya. Saspek menjual tiket tersebut kepada mangsa.

ii) Saspek menunjukkan tiket toto yang dimenangi kepada mangsa. Oleh kerana saspek tidak mempunyai dokumen diri, saspek mengarahkan mangsa untuk menunaikan wang dengan syarat mangsa mahu menyerahkan wang atau barang kemas kepada saspek sebagai cagaran.

2. Sebanyak 9 orang telah telah ditangkap, 1(L) Melayu dan 1(P) Indonesia ditangkap pada 15 Januari 2007 dan 7 orang lagi iaitu 1(L) Melayu, 4(L) Indonesia dan 2 (P) Indonesia ditangkap pada 25 Januari 2007. Kesemuanya ditangkap di Kuala Lumpur dan Selayang, Selangor.

3. Lain-lain ahli sindiket masih lagi bergiat aktif dan pihak JSJK masih lagi berusaha untuk menangkapnya.


KES PENIPUAN BOMOH, TILIK NASIB DAN PERUBATAN.

1. Modus Operandi
i) Pengadu terima panggilan telefon daripada suspek dan beritahu mahukan wang untuk sembahyang bagi tujuan memperbaiki nasib pengadu sekeluarga. Pengadu terpedaya dan suspek meminta pengadu memasukkan wang untuk upacara sembahyang ke dalam akaun bank. Suspek berjanji akan serahkan kembali wang tersebut selepas upacara sembahyang. Namun, selepas beberapa hari selesai upacara sembahyang, suspek tidak memasukkan wang ke dalam akaun pengadu bahkan suspek menyuruh pengadu memasukkan wang ke dalam akaun saspek dan berjanji akan bayar balik. Pengadu rasa tertipu dan buat laporan polis.

ii) Suspek menemui pengadu dan mengatakan keluarga pengadu telah terkena jampi bomoh/mendapat sial. Suspek telah menyuruh pengadu menyerahkan wang dan barang kemas kepada suspek untuk upacara sembahyang bagi mengelak jampi tersebut/membuang sial. Namun selepas upacara sembahyang, suspek tidak serahkan kembali wang dan barang kemas kepada pengadu.

iii) Pengadu telah menerima surat dari suspek, minta pengadu masukkan wang bagi upacara sembahyang seorang sami untuk membersihkan diri bagi memenangi nombor ramalan. Setelah pengadu memasukkan wang ke dalam akaun bank, sekali lagi suspek meminta pengadu memasukkan wang, namun pengadu mula rasa curiga dan buat laporan polis.

2. Sebanyak 16 tangkapan telah dibuat seorang daripadanya telah dijatuhi hukuman 6 tahun penjara dan 15 kali sebatan.


KES PENIPUAN SMS BAHASA CINA LUCKY DRAW YANG KONONNYA DARI MACAU.

1. Modus Operandi
Pengadu terima SMS dalam bahasa cina mengatakan memenangi peraduan ムLucky Drawメ dari luar negara. Kemudian pengadu dikehendaki menghubungi suspek untuk keterangan lanjut. Selepas itu suspek menyuruh pengadu memasukkan wang tunai ke dalam akaun suspek sebagai wang cagaran. Suspek berjanji akan masukkan hadiah wang tunai ke dalam akaun pengadu namun selepas pengadu buat semakan, wang tidak dimasukkan dan suspek gagal dihubungi.


KES PENIPUAN BANTUAN KEBAJIKAN / IBU TUNGGAL / WARGA EMAS.

1. Modus Operandi
i) Saspek memperdaya mangsa untuk memberi bantuan kebajikan dalam bentuk kewangan kepada mangsa. Saspek meminta wang/barang kemas sebagai wang proses serta dikehendaki tidak memberitahu kepada sesiapa. Saspek berjanji dengan mangsa akan berjumpa pada minggu yang berikutnya untuk menyerahkan wang bantuan itu. Namun saspek menghilangkan diri.

ii) Saspek memperdaya mangsa menyamar sebagai pegawai baitulmal / jabatan kebajikan masyarakat untuk memberi bantuan warga emas / ibu tunggal / fakir miskin. Saspek meminta mangsa menyerahkan wang/barang kemas atau buku simpanan mangsa sebagai cagaran /wang proses. Saspek berjanji akan berjumpa dengan mangsa pada hari yang berikutnya. Namun saspek telah menghilangkan diri.


KES PENIPUAN SEWA TANAH.

1. Modus Operandi
i) Suspek datang ke rumah pengadu dan memperkenalkan diri dari syarikat Telekomunikasi berbincang dengan pengadu untuk menyewa tanah bagi mendirikan pencawang telefon/pemancar astro/alat pengesan ombak tsunami. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan semua wang simpanannya dari bank dengan alasan untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek melarikan diri bersama wang pengadu.

ii) Suspek datang ke rumah pengadu berbincang untuk menyewa tanah pengadu bagi tujuan menyimpan kabel. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan semua wang simpanannya dari bank dengan alasan untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek melarikan diri bersama wang pengadu.


KES PENIPUAN JUALBELI TANAH.

1. Modus Operandi
i) Pada mulanya suspek berjumpa dengan pengadu berbincang tentang peluang-peluang perniagaan, tender dan sebagainya. Kemudian suspek mengajak pengadu berkongsi membeli tanah yang mana menurut suspek tanah tersebut boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dan seterusnya berkongsi keuntungan. Setelah pengadu serahkan wang, suspek telah melarikan diri dan gagal dihubungi.

ii) Suspek berjumpa pengadu untuk membeli tanah pengadu. Kemudian suspek menyuruh pengadu mengeluarkan wang simpanan pengadu kononnya untuk mengelakkan cukai. Selepas itu suspek telah melarikan wang pengadu.

iii) Pengadu telah membeli tanah daripada suspek. Namun setelah pengadu melihat tanah tersebut, didapati tanah tersebut adalah milik orang lain.

iv) Suspek telah membuat perjanjian untuk menjual tanah kepada pengadu. Kemudian pengadu serahkan wang pendahuluan kepada suspek. Namun apabila pengadu hendak menyelesaikan semua bayaran, didapati suspek telah menjual tanah tersebut kepada orang lain.

KES PENIPUAN JUALBELI KERETA.

1. Modus Operandi
i) Saspek menipu mangsa dalam urusan jual beli kereta dengan cara tidak membuat bayaran kereta kepada pihak bank tetapi telah mengambil wang tersebut.

ii) Saspek menipu mangsa dengan mengambil wang deposit tanpa menyerahkan kereta yang ditempah dan saspek tidak dapat dihubungi.

iii) Saspek tidak menukar nama pemilik asal kereta kepada pemilik baru menyebabkan mangsa terpaksa menanggung ansurans bulanan yang tertunggak dan menerima surat amaran daripada bank.

KES PENIPUAN HAJI DAN UMRAH.

1. Modus Operandi
i) Suspek (1) lelaki melayu dan (2)(p) Melayu ke rumah pengadu dan menawarkan pertolongan kepada pengadu dan isteri pergi umrah serta minta wang proses pergi umrah. Pengadu terpengaruh seperti kena pukau lalu menyerahkan seutas rantai leher harga RM 1000.00. Suspek memberitahu akan datang kembali untuk membawa pengadu dan isteri ke Lembaga Tabung Haji tetapi hingga sekarang ketiga-tiga suspek tidak datang.

ii) Pengadu serahkan wang kepada suspek untuk uruskan jemaah umrah beserta pasport tetapi sehingga kini suspek masih memberi alasan dan berjanji pulangkan wang pengadu tetapi gagal.

KES PENIPUAN LELONGAN BARANG RAMPASAN KASTAM.

1. Modus Operandi
i) Mangsa terima SMS / panggilan telefon daripada saspek mengatakan dirinya sebagai Pegawai Kastam yang boleh menjual TV plasma, laptop, telefon bimbit, kamera digital dengan harga murah. Jika bersetuju, minta mangsa membuat bayaran melalui akaun bank. Selepas bayaran dibuat saspek gagal dihubungi.

ii) Saspek datang berjumpa mangsa dan mengaku sebagai Pegawai Kastam kemudian menawarkan untuk mendapatkan tender TV plasma, laptop, telefon bimbit , kamera digital dengan harga murah tetapi telah menghilangkan diri setelah mendapat bayaran tunai.

iii) Pengadu terlihat iklan mengenai jualan/lelongan barang rampasan Kastam dengan harga yang murah di laman web. Pengadu kemudian, menghubungi nombor telefon yang diberi oleh saspek dalam laman web tersebut. Pengadu bersetuju dan membuat bayaran melalui akaun bank yang diberikan oleh suspek. Suspek berjanji akan menghantar barang yang dikatakan tetapi sehingga laporan polis dibuat, pengadu tidak terima barang yang dijanjikan dan suspek gagal dihubungi.

KES PENIPUAN FLY BY NIGHT.

1. Modus Operandi
i) Saspek akan berjumpa atau telefon mangsa seterusnya memperkenalkan diri sebagai pengurus syarikat akan membuat tempahan atau belian. Setelah memperolehi barangan, saspek akan menyerahkan cek kepada mangsa sebagai bukti pembayaran. Apabila mangsa mahu menunaikan cek itu, dapati account closed. Mangsa juga mendapati syarikat telah ditutup dan saspek telah menghilangkan diri.

ii) Saspek mula membeli semua jenis barangan daripada mangsa, secara kredit dan dibayar menggunakan post dated cheque. Mangsa hanya mengetahui cek-cek bayaran tersebut tidak laku ketika berurusan dengan pihak bank pada tarikh matang. Mangsa juga mendapati syarikat telah ditutup dan saspek telah menghilangkan diri.

Selesai sudah persembahan akhir utk World Stars Road To Hollywood iaitu untuk pemilihan ke Hollywood. Peserta dari Sabah iaitu Suib dan Hara Hanara Harun tidak terpilih ke Holloywood.

Daripada 10 peserta kategori vokal cuma 4 sahaja yang terpilih ke Hollywood.
1. Yusrizan Usop@Bob,27
2. Siti Sarah Raisuddin, 25
3. Raja Rafah Afzal, 23
4. Nor Hasmidar Ahmad, 23

Terima Kasih!

2 mei 2009, sabtu

Aishah, Claudia Tersingkir
Claudia dan Aishah terpaksa meninggalkan Isma yang kini menjadi pelajar tunggal wanita di Akademi Fantasia 7 apabila mereka berdua diumumkan tersingkir setelah mendapat undian terendah dalam Konsert Akademi Fantasia 7 seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi

Sebelum itu, Claudia telah berpasangan dengan Akim dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang manakala Aishah beraksi menarik dengan teater Impak Maksima bersama Yazid. Bagaimanapun, Yazid dan Akim terselamat dan kekal untuk meneruskan perjuangan di Akademi Fantasia 7.

Hafiz dan Isma pula telah menonjolkan kekuatan dengan penghayatan mendalam sehingga mendapat pujian daripada juri yang terdiri daripada Edrie Hashim, Dato' Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie yang bertindak sebagai pengkritik tetap menerusi muzikal teater P Ramlee.

Pada konsert kelapan ini, tugasan berat perlu dilalui setiap pelajar yang bertemakan muzikal teater. Paling membanggakan, kesemua mereka berjaya melaksanakan tugas ini dalam tempoh kurang daripada seminggu. Selain itu, mereka juga diberikan tugasan bonus daripada teater Puteri Gunung Ledang menerusi lagu Dewa Perang dan What Time Is It daripada teater High School Ther Musical..

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 29
ISMA - 27
HAFIZ – 15
AKIM – 10
AISHAH – 9
CLAUDIA – 9

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 22
HAFIZ – 21
ISMA - 20
AKIM – 14
AISHAH – 13
CLAUDIA – 11

Dengan penyingkiran Claudia dan Aishah sebentar tadi ini bermakna, hanya tinggal empat pelajar yang masih kekal di Akademi Fantasia musim ke-7. Tetapi

berlaku sedikit kekecohan selepas pengumuman pelajar tersingkir yang dibuat AC Mizal apabila Principal Tiara mengumumkan bahawa akan diadakan AFMASUK untuk pelajar AF7 yang tersingkir. Namun, perkembangan terkini berkenaan AFMASUK akan diberitahu kelak

Teruskan menonton perkembangan pelajar-pelajar Akademi Fantasia 7 di Astro Ria (Saluran 104) dan teruskan mengundi pela
jar!!

Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 - Minggu 8
Akim - Titah Sultan (Puteri Gunung Ledang - The Musical)
Hafiz - Di Mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee - The Musical)
Yazid - Ratu Novella (Impak Maksima - The Musical)
Claudia - Katakan (Puteri Gunung Ledang - The Musical)
Isma - Mulanya Cinta (P. Ramlee - The Musical)
Aishah - Slow Akasia (Impak Maksima - The Musical)

Lagu bonus semua pelajar
Dewa Perang (Puteri Gunung Ledang - The Musical) & What Time Is It (High School Musical)
ok.

Maklumat Lanjut klik di sini Akademi Fantasia 7

1 Mei 2009, Jumaat

Semua orang sudah maklum bahwasannya Tomok yg sudah memiliki 6 album bersama New Boyz telah menjuarai OIAM 3 yg berlangsung malam tadi.

Seolah2 dirancang. Pratus tomok yang terendah tiba2 naik mendadak. sedangkan line dalam keadaan busy. dan semua fans terus melakukan undian tak henti2. Malah undian tak boleh masuk.

Agak malang buat Esther dan Aweera yang tidak menjadi juara. sebab juara cuma seorang.
Saya berada di dalam stadium melawati menonton live. Suasana mmg mendebarkan.

nanti sy sambung tulis.

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every