Sekali lagi transformasi ka ni???...pelajar lelaki akan menyanyikan lagu2 Siti dan pelajar wanita akan menyanyikan lagu2 Amy Search!! Terus terang..lagu kedua2 penyanyi hebat Malaysia ini sukar dinyanyikan. So, inilah cabaran yg mereka akan pikul. btw, semua lagu2 ni menarik. semoga semua enjoy. Tengok je..sape akan dapat best student.

Akim - Destinasi Cinta
Qhaud - Di Taman Teman
Hafiz - Cinta Ini
Sidi - Ku Milikmu
Aril - Lakaran Kehidupan
Yazid - Aku Cinta Padamu
Lagu Bonus Pelajar Lelaki - Jerat Percintaan

Claudia - Suralaya Dalam D Major
Isma - Kerja Gila
Zizi - Aku Dah Bosan
Rubisa - Tiada Lagi
Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
Lagu Bonus Pelajar Perempuan- Isabella

Harap2 si Qhaud, Hafiz, Zizi dan Rubisa akan buat yg terbaik lah..

Ahad ..kawan ajak pegi karaoke konon di Sogo. Ok lah..boring juga duduk di rumah saja kan..haha..
Tapi..aduh tekak sakit pula. Sebab khamis lalu da pegi karaoke then pegi teriak2 di OIAM sokong Esther then pegi lagi karaoke. haha...tak apa..janji tetap relax. haha..

Isnin..sy lunch di KFC Mid valley konon..dgn seorang kawan... mau makan KFC saja kerja dia. nasib baik rajin kerja. haha..then, sy mau shoping juga konon. Sy beli pendrive 8GB, Kasut LeeCoper di Mid, dan beli Beg di Sogo. Pengangkutan adalah train KTM haha..then, bermalam kat rumah kawan. pagi tadi balik rumah terus.

Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar sudah dah nak masuk bulan April ni. wow...sy xda buat apa2 lagi. hohoho..apa pun sy ada juga isi KPLI tu...dan pada 25 Mac tu sy cek dan akan ikut Mtest pada 28 Mac di Putrajaya. Bangun pagi2 lagi bersiap. Nasib baik ada kawan yg sekali Mtest kat sana dan tumpang kereta dorang la. Wowooww...Mtest tu senang...tapi oleh sebab xde study so itu yg rasa susah sangat. Mmg ajaib lah kalau sy boleh lulus...haha...Then, rupanya mmg ramai giler kawan2 yg mtest kat sana.

Lepas Mtest tu kawan tu bawa lunch kat Alamanda. Makan McD. kenyang juga lah. Sembang punya sembang sampai jam 3pm lebih. Terus balik la. Tapi singgah jap d KL sentral. Siap urusan nak balik umah naik bas. Masa tunggu bas tu xsanggka betul sy nampak pula c Giddy(classmate masa sekolah menengah). Dia cakap dia pun baru balik dr Mtest di Putrajaya. Dan..ada seorang lagi budak junior di Smk Tandek tu tapi sy lupa nama dia. Just lambai2 tangan saja. haha..

Balik umah jam5pm mcm tu..terus kena ajak lagi pegi Mid Valley. Beli barang2 rumah...sampai jam 8.30mlm tu baru siap dan balik. Ingatkan balik rumah terus rupanya singgah lagi di pasar malam. Aduh..ngantuk giler la. Ngam2 masa tu Earth hour kan (8.30-9.30mlm)..tapi sy tengok sekeliling di flat2, kondo2, apartment masih lagi terang..pasang2 juga lampu..hehe..

Akademi Fantasia....
Haha. lepas dr pasar malam...sampai rumah jam 9.10mlm sudah...Akademi Fantasia da start. Sorry sangat2 AF..sy rasa bosan sangat tgk AF konsert ke-3 ni. Lepas rubisa nyanyi terus sy tidur. Lagi pun ngantuk kali kan...xpe...sy boleh tgk kat Youtube juga kan. Dan..sy dah tgk pun.
Kebanyakan mereka buat tak best. Yg best mcm...Hafiz, Isma, Zizi, Rubisa, Yazid...
Yg pelik..2 pengkritik tu cakap yg baik2 saja. Tapi yg seorang tu marah2 saja...haha..bagus2..

My Favoruite:


Zizi


Rubisa


Well, Isma yg dapat best student for that week. All the best!!
Nasib tidak menyebelahi Obri dan Rini kerana telah tersingkir. Btw, mereka berdua ni ada pakej utk berjaya dalam bidang seni. ok.




Jumaat lepas peluang untuk menonton OIAM live di Plaza Alam Sentral tak dilepaskan. Kami pegi 7 orang...ramainya...kitaorang dapat seats vip..tapi malangnya kami lambat sampai atas train KTM lambat sampai kat stesen Shah Alam. Akhirnya...kami duduk kat seats paling belakang. Apa pun..keseluruhan suasana dewan dapat dilihat. Dalam 7 orang yg pegi tu sy dan seorang kawan tu mmg dah pernah pegi OIAM sebelum ni. Cuma kawan yg 5 orang lagi tu adalah pertama kali. haha...kagum juga konon dorang..hihi.. lain kali pegi lagi yer...



Overall, OIAM 3 sentiasa menyajikan persembahan yg menarik kepada penonton. Konsep persembahaan yg simple dan ringkas. My ranking..Tomok, Rizu, Aweera, Esther, Amylea, Nine, Simon. Alamak..Esther sy letak di ranking ke 4 pulak. Ini Cuma pendapat sy je la. Well, undian sy tetap kepada Esther juga..hihihi...dan...Fify yg tersingkir malam tu. Cainnyer..

Pulang ke rumah lepas konsert payah sikit. Sebab bas dah tiada. So, naik teksi la. kami perlu 2 teksi. Tunggu punya tunggu teda juga teksi yg sampai. After jam 12 baru la ada. so, apa boleh buat la..kena bayar double. 1 teksi bayar rm40. Nasib baik share2 juga..murah sikit.

Next week..kalau ada masa nak pegi lagi..huhuhu

Malas juga ni mau amik tahu pasal politik ni. Tapi..terbaru ni UMNO dah buat persidangan. Selepas segalanya selesai maka hasilnya dah diketahui.


Berikut adalah senarai barisan Majlis Tertingi UMNO (2008-2011):

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (semporna) – 1445 undi

Ketua Pemuda
Khairy Jamaluddin - 304 undi

Ketua Wanita
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - 507 undi

Ketua Putri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Papar) - 245 undi

Majlis Tertinggi
1) Datuk Mustapa Mohamed (2,259)
2) Datuk Noh Omar (2,084)
3) Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4) Senator Datuk Azian Osman (2,060)
5) Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6) Datuk Mohd Zin Mohamed (1,854)
7) Datuk Seri Ismail Sabri (1,838)
8) Datuk Lajim Ukin (1,804)
9) Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10) Dr Mohd Puad Zarkashi (1,700
11) Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12) Datuk Idris Haron (1,658)
13) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (1,624)
14) Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis (1,622)
15) Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16) Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad (1,611)
17) Datuk Seri Mahadzir Khalid (1,580)
18) Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah (1,529)
19) Datuk Hamzah Zainudin (1,518)
20) Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21) Datuk Dr Awang Adek Hussin (1,481)
22) Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23) Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24) Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25) Datuk Azeez Abdul Rahim (1,265)

Semoga Negara Malaysia terus maju ye. Laksanakan tugas tu dengan baik2. peace!!!

Sumber: Umno-online

LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Betulkah ni?? sekarang ni peyelidik suka buat kajian. hehe..

Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.

Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.

Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.

Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. - Agensi

Sumber: Kosmo

Berhati2 bila merenung da direnung ye!! hihi

4 NAMES my FRIENDS CALL ME:
1) azirul
2) zir
3) tody
4) rul

4 IMPORTANT DATES in MY LIFE:
1) 16th December 1985 ( my besday tapi xpernah celeberts)
2) 1st July 2005 (first time naik kapal terbang dan datang KL)
3) 9th August 2008 (my convocation)
4) ayooo..byk giler dates yg penting...

4 THINGS i"ve DONE IN THE LAST 30 MINS:
1) update blog
2) YM ngan mary n rizaL...
3) friend call me...hehehehe
4) baca paper berita2 Online, forum, dgr lagu...

4 WAYS TO BE HAPPY :
1) melalak kat redbox...
2) dgr lagu best2...
3) enjoy bersama kwn2...
4) trening....trening...trening...tired but happy!

4 GIFTS I WOULD LIKE TO RECEIVE :
1) baju
2) makan (lunch dan dinner)
3) selipar
4) seluar jeans

4 OF my FAVOURITES HOBBIES :
1) of coz YM...
2) karaoke
3) Youtube...
4) tgk konsert (kalau ada peluang)


4 PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION :
1) Gold Coast
2) Paris
3) California
4) Jepun

4 my FAVOURITE DRINKS :
1) Limau Ais
2) Milo Ais
3) Sarsi
4) Oren Jus

4 THINGS ALWAYS FOUND IN my BAG:
1) I don’t hv a bag (haha..)

4 my FAVOURITE COLOURS :
1) blue
2) black
3) red...
4) green

my TOP 4 HANGOUTS :
1) Mid Valley
2) Redbox Sogo
3) KLCC
4) Pasar Seni

my TOP 4 LOVE Person :
1) family...
2) My best friends
3) kawan kat U
4) member yg banyak membantu


my TOP 4 THINGS :
1) Laptop
2) Handphone
3) TV....
4) internet

TOP 4 THINGS SPECIAL TO ME :
1) kata2 semangat...
2) keikhlasan
3) kata2 pujian
4) redbox (karaoke)

TOP 4 WHO I THINK WILL ANSWER THIS SURVEY :
1) sape2 saje yg sudi


TOP 4 REASONS WHY I SHOULD ANSWERED THIS SURVEY :
1) sebab terpaksa oleh rizal.. haha
2) saja nak try jawab…sebab tak biasa benda2 mcm ni..
3) saje2 jer
4) haha….

Untuk minggu ketiga, pelajar2 kena nyanyi lagu evergreen gitu. Lagu semua best2 la...
Alamak...zizi bakal tertransformasi sebab akan nyanyi lagu dangdut! Rubisa pula perlu banyak praktis sebab lagu tu dia tak pernah dengar.



Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 - minggu 3

Hafiz - Mat Disko (Sudirman)
Akim - Anak Gembala (Sudirman)
Yazid - Pawan (Search)
Qhaud - Pilihlah Aku (Latiff Ibrahim)
Obri - Abang Beca (Broery Marantika)
Aril - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
Sidi - Hanya Di Radio (Headwind)
Claudia - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
Zizi - Ini Rindu (Farid Hardja)
Rubisa - Angan- Angan (Raja Ema)
Isma - Rambu Ramba (Norshila Amin)
Rini - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
Aishah - Mata (Nor Kumalasari)

Well, saksikan mereka masa konsert ketiga nanti. Rasa2nya..best!

Semalam, kawan ajak pegi One Utama utk jalan2. Round2 dan paling penting tengok movie. Best la film 'Race To Witch Mountain' ni. Memang best movie ni. korang dialu2kan utk menontonnya..hehe.. Last week kami tengok Dragon Balls mcm tak berapa nak bagus. Maybe dah tengok kat kartun kan time masa jadi budak sekolah dulu. Tapi sebelum tu kami lunch di Keluang Station. Nak cuba selera tradisional, kampung mcm tu la.

Masa jalan2 tu terjumpa pula kawan lama kat UM..si Hafnieza (swk). Dia shopingan dengan macik2 dia yg dtg bercuti di KL. Masing2 xnak ganggu so citer2 sikit then terus berpisah. Kami masuk di kedai buah2an..haha..keja kami makan buah2an je..

Aku dapat maklumat yg Top8 OIAM ada buat roadshow kat The Curve. Dekat One Utama je. Tapi malangnya..aku xdpt pegi sana jumpa dorang. Lagi pn akan jumpa juga dorang time konsert OIAM di Plaza Alam Sentral jumaat ni...hehe..

Then, kawan seorang ni SMS sy pula..dia ajak pegi kat Angkasapuri tgk Misha Omar nyanyi. Tapi..xdpt pulak sebab masih kat One Utama lagi. last2..kawan tu pun x g Angkasipuri. hehe...
Sampai rumah jam10malam.

Konsert Kedua: 21 Mac 2009

Wah...konsert kedua AF7 terus dimulakan dengan Tarian dan Lagu Wajib Menuju Puncak!!. Maybe...dorang kasi buka mata semua pengkritik kali sebab telah banyak menerima kutukan.
Well, not bad. Cukup2 jer. Apa pun AF7 memang enjoy!
Malang buat Adila kerna jadi mangsa mainan jari-jemari apabila telah tersingkir! Pengumuman penyingkiran simple saja bila dengan senang je mulut Ac Mizal menyebut 'Adila..awak tersingkir malam ini'. Done!!

Overall, 50-50 jer lah. Aku setuju dengan koment2 juri.

My ranking:

1. HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)

2. RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)

3. ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)

4. ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)

5.CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)

6. QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)

7. ADILA – Merawat Cinta Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)

8. AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)

9. AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)

10. RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)

11. OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)

12. SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)

13. ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)

14.YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)

Tema Lagu Medley iaitu satu lagu rancak dan satu lagu slow:

Ini dah konsert kedua seharusnya pelajar2 sudah biasa dengan suasana konsert. Tapi..separuh dari mereka nampak masih takut2. Pelajar juga sukar menguba emosi daripada lagu pertama ke lagu kedua. Kebanyakannya pelajar lelaki la..kecuali Hafiz! hehe.. Untuk pelajar wanita mereka semua ok kecuali Rini. Experiences mmg penting lah. Overall, pelajar mcm, Claudia, Rubisa, Zizi, Isma dan Adila memang dah banyak pengalaman. Nampak relax jer. Budak2 laki tu pulak nampak mcm ada takut sikit.

AFUNDI SELEPAS KONSERT:
Hafiz 11%
Isma 10%
Aril 9%
Aishah 8%
Akim 7%
Zizi 7%
Yazid 7%
Rubisa 7%
Claudia 7%
Sidi 6%
Qhaud 6%
Rini 6%
Obri 6%
Adila 4% <--- then she was Eliminated


The Best Performer:
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)



The Sabahan:

RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)


ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)





Pagi hari jumaat...kepala pening sebab nak tentukan sama ada nak pegi Plaza Alam Sentral or tidak!! hehe...pikir2 punya pikir...jam5.30pm baru dapat aku tentukan. hehe...kontek kawan2 dan dorang pun mau pegi juga. So, aku dan 2 orang kawan pegi ikut ke konsert OIAM di Plaza Alam Sentral! Tengok Live la konon. Perjalanan ke sana mudah saja. Lepas konsert pun senang jer. Naik Teksi! hehe

Ok. Kami sampai kat Alam sentral tu jam7.30malam. Kami sempat makan kejap. Jam 8.30malam tu kami naik ke tingkat 5. Jumpa Esther FC. Then..Tanakwagu bagi kami tiket VIP. hehe..tak sanggka terjumpa c Awang dan Zura masa kat sana. Dorang sokong Tomok. Sebab abang c Zura gitarist kumpulan New Boyz pulak. Then..rupanya2 ada lagi beberapa junior2 UM dtg juga. hehe...
Esther Fc dan Kami duduk sebaris la. Well, memang bersedia sokong Esther. Sampai mau habis suara sudah ni. ehmmm..

Performances pada malam tu mmg meriah. Rata2 semua buat yg terbaik. Musik lagu pun dorang ubah untuk jadikan lagu sendiri. Mmg terpersona la. Btw, Anith seperti yg dijangka oleh semua telah tersingkir!! Cuba lagi lain kali ye.

My ranking:
Esther, Amylea, Rizu, Tomok, Nine, Aweera, Fify, Simon.



Well, memang bangga giler sebab ngam pegi kat plaza alam sentral tu Esther dapat imunity!! Apa lagi kami la yg paling gembira. haha..yg lucu lagi bila dorang nampak wajah ku kat dalam tv tu. Mula lah aku dapat call dan sms..haha..dorang cakap aku minta puji la konon dapat masuk di Tv...:P

Mungkin ini transformasi kali. Semua pelajar akan menyanyi lagu medley!! Ok tunggu kat konsert nanti.

Berikut adalah lagu tugasan pelajar untuk minggu kedua:

PELAJAR LELAKI


YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)


PELAJAR WANITA


RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
ADILA – Merawat Cinta Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)


Comments:

wow..lagu semuanya best2. Rubisa dapat lagu yg sangat mencabar vocalnya...Lagu Dingin tu mmg kena prepare cukup. Then, lagu Gagap tu..padat dengan lirik...(nasib baik medley) dan she have to dance.

Zizi...lagu ni ngam dengan suaranya. Harap2 dia akan buat yg terbaik.

Konsert Pertama AF 14 Mac 2009

My Ranking:

1.HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
2.RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)
3.ZIZI - Molek (Elyana)
4.AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
5.ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
6.ISMA - Sepi (Yuni Shara)
7.CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
8.QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
9.YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
10SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
11.AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)
12.OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
13.RINI - Elegi Sepi (Azharina)
14.ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)

Afundi sebelum konsert:

ISMA : 10%
RUBISA : 10%
YAZID : 9%
ZIZI : 8%
ARIL : 8%
RINI : 7%
OBRI : 7%
CLAUDIA : 7%
AKIM : 7%
SIDI : 6%
AISHAH : 6%
HAFIZ : 6%
QHAUD : 6%
ADILA : 4%

Afundi selepas konsert:

HAFIZ : 10%
RUBISA : 9%
YAZID : 9%
ARIL : 9%
ZIZI : 8%
ISMA : 8%
AISHAH : 7%
CLAUDIA : 7%
AKIM : 7%
OBRI : 6%
QHAUD : 6%
RINI : 6%
ADILA : 5%
SIDI : 4%

My Top3:
Hafiz: wow...bagi saya dia nyanyi perfect!! Very good voice. Tak ada kelemahan oh. Harap2 next week dia buat lagi yg 'kaw kaw' lah...hehhe



Rubisa: Wow...dalam banyak2 orang nyanyi lagu ni...dia bawa dengan baik. Lagu ni mmg susah tau. tapi dia dapat menjiwainya dengan begitu baik. Cuma..kena jaga suara tu supaya sentiasa ok di next konsert pulak ye...



Zizi: Suara dia mmg best. Penguasaan pentas begitu baik Enjoy. Cuma ada semput sikit kan.



Pelik: Susah2 saja budak2 AF tu berlatih untuk tarian menuju puncak. tapi kenapa malam tu tiada tarian menuju puncak tu?....(masa x mengizinkan la tu...). Pastikan Next week ada tarian tu ye.!!!!

Profil Penuh

Nama Penuh :

Rubisa binti Tiasin

Nama Manja :
Eila

Umur:
22 Tahun

Tarikh Lahir :
18 Julai 1986

Agama
Islam

Bangsa
Bajau/Banjar

Status
Berkahwin

Asal
Kota Marudu, Sabah

Tinggi
152 cm

Berat
47 kg

Hobi
Menyanyi

Pengalaman bidang hiburan
Menyertai pertandingan nyanyian.

Penyanyi Idola
Rossa & Faizal Tahir

Impian
Menjadi seorang penghibur

Adik-beradik
Kelapan daripada 10 beradik

Deskripsi: Berkahwin dalam usia yang muda tidak menghalang gadis manis Kota Marudu ini untuk terus berjaya dalam bidang seni. Sangat bersungguh-sungguh dengan setiap perkara yang dilakukan. Menyimpan hasrat untuk menjadi penghibur sebaris dengan Rossa, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Mengikut pertandingan dalam usia 9 tahun buat pertama kali dan menjadi johan.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Dapat menyanyikan pelbagai bahasa contoh: Jepun, Tagalog, Spanish, Cina, Inggeris, Hindustan, Thailand....

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang penyanyi.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Stacy

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling mengembirakan dalam hidup anda?
Dapat membantu ibubapa serta adik-beradik dalam kesusahan.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda alami?
Tiada

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Memenangi banyak pertandingan nyanyian (manis)
Meliht kedua ibubapa dalam kesusahan membesarkan kami (pahit)

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007-2008
Pertabalan Agong yang baru.
Pilihanraya Malaysia

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia 7?
Kembali kepada anak dan suami, menjalani kehidupan biasa.

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Hentikan semua peperangan.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Saya ingin menjadi artis yang boleh menyumbangkan sesuatu ke atas Malaysia (sesuatu yang berfaedah).

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (1 sahaja) Kenapa?
Anak (Samsul Danial). Kerana dialah satu-satunya anak yang saya ada.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya?
Ikan emas & flowerhorn. Gold & Jambul. Ikan comel dan senang dipelihara.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Saya dah bersyukur menjadi manusia. Tak terfikir dan tidak ingin menjadi haiwan.

Sebutkan 3 aset yang ada pada diri anda?
Lesung pipit
Gigi lapis
Mata sepet ke atas

sourse: astro.com.my

Credit to Murai.com

Senarai Pelajar AF7 sudah pun diketahui. Kali ini bukan 12 pelajar tapi 14 pelajar (7 lelaki 7 perempuan) kesemuanya yg telah dipilih. Cuba 2 orang sahaja pelajar yg berasal dari negeri di bawah bayu iaitu Rubisa dan Zizi. Tahniah kepada mereka. haha..cuma aku bangga sebab anak jati Kota Marudu iaitu Rubisa berjaya menjadi top14 pelajar AF7 musim ini...kami pasti menyokong anda semua. Rubisa yang bekerja part time menyanyi di Lembaga Kebudayan Negeri Sabah merupakan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Rubisa sudah pun dikenali ramai kerana sebelum ini beliau pernah mengikut program reality Tv. Paling bermakna buatnya apabila beliau adalah finalis MyStarz Lg1 tahun lalu. Walau dia tak menang namun persembahannya di final Mystarz Lg1 itu sungguh mengagumkan. Dan..rubisa juga adalah top80 OIAM3. Selepas mengikuti pelbagai audition, akhirnya AF7 menjadi platform yg baru untuk beliau mengembangkan bakat dalam dirinya.


Senarai 7 pelajar lelaki AF7


AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 7 pelajar perempuan AF7


CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)


Semoga semua pelajar AF7 ini berjaya dengan bakat yg mereka ada. Pasti boleh. emmm....'demam af' lagi la ni...hahaha...



Lepas saja check out dr Hotel Amarda terus aku bersiap mau pergi Lunch kat Hotel Shangri-La. Kawan dapat baucher makan lunch untuk 3 orang. So, dia pun ajak aku. Makanan memang banyak dan kenyang sangat. Sedap2 pulak tu. hehe..Last year ada juga pegi kat Hotel ni sebab ada Dinner anjuran UM. Mmg 5stars lah. Kalau boleh may pegi lagi nanti..wakaka.(mcm la kaya betul..). Lunch start jam 1pm-4pm. Apa lagi..sampai jam 4pm la kami duduk sana makan. Makanan stail buffet. Amik saja suka hati. Apa2 saja.

Lepas lunch tu mmg kenyang giler. Terus pegi KLCC. Jam 5.30pm tu kami tengok movie tajuk 'Watchmen'. Di KLCC ada TGV saja..haha. Ni filem baru. Kawan tu ajak tengok sangat. Panggung yg besar tu pun penuh bah..tapi aku pun heran..filem ini boring sangat. Aku sempat lagi tidur sekejap. mengantuk betul tgk filem tu. Tapi kawan aku cakap best konon. Nak tahu..tengok la sendiri. hehehe...Lama juga filem ni oh..habis dalam kul 8.20malam gitu..ehmm...
Masa beli tiket wayang tu..aku ada nampak si Alam (juara so u think u can dance tu..). Dia pun pun tgk wayang dengan kawan dia pompuan. Yg lawaknya...c Alam memutung berisan...haha..terus dia kena tegur oleh tu guard. Malu juga dia tu kali..hehehe..kami senyum2 saja... :P

Then..round2 Shoping komplex suria klcc tu. Beli barang sikit2 then pulang rumah. Today is a nice day lah.

OIAM3 Week 3



Masa hari Jumaat tu aku menonton OIAM di Hotel Armada...nasib baik sempat juga aku tengok oh. tu pun masa konsert last2 sudah. Paling penting aku dapat tengok juga c esther perform. hihi.. jalan2 punya jalan lambat balik pulak. well, pada aku malam tu si esther perform mmg mantap lah. Aku ingatkan dia akan dapat imuniti lagi..tapi takkan lah dia saja yg dapat kan. Kena bagi peluang yg lain juga.



Bagi aku OIAM week 3: 1. Esther 2. Tomok 3. Aweera 4. Amylea 5. Rizu 6. Simon 7. Pija 8. Fify 9. Anith 10. Nine

Terkeluar: Han dari labuan tu apa boleh buat lah. Semoga berjaya diluar. Ko memang best Han.

Zoom In RTM


Wah ini gambar paling special ni. Aku amik kat RTM ngan camera aku.

ZOOM IN BERSAMA FABOLUS CAT


4 Mac 2009: Kawan ada dapat tiket pegi Zoom In di RTM. Dia ajak aku pegi sana. Aku tengok senarai artis yg datang..ada pula c marsha kena jemput. Sebab Zoom In kali ni bersama dengan Fabolus Cat. Aku pun layan jer lah. Ni rakaman saja. Start jam 9mlm habis rakaman tu jam 12.30tgh malam dah. wah...lama juga lah kat dalam auditorum rtm tu. Yg penting dapat pegi. Selalu juga bah aku pegi di auditorium rtm ni. Tu pn ada masa free. hehe..


fabolus cat, marsha dan lah VE time nyanyi lagu 'papa jahat'

jgn jeles aku begambar bersama marsha...

Lah VE...haha


Nanti akan ditayangkan di RTM. Kamu tgk2 la mana tahu ada muka aku keluar d Tv. Kalau masa konsert fenomena Sofaz & Sixth Sence last year..balik2 keluar muka ku di Tv konon. Heboh juga satu kampung. Malu pula sikit...hehe..

Penjaga Exam


Aku jadi examination atandend kat matrik UIA, Pj selama 2minggu. Budak2 kat sana tengah exam. Tu sebab aku busy sikit sejak minggu lepas. Tapi exam dah habis lah. boleh la relax lagi..haha...

Memang best la..dapat kawan2 baru...hehe...ada lah juga pengalaman mcm mana menjaga exam..haha..
Thanks kepada daus sebab ajak aku jaga exam kat sana. dia tumpang kan aku moto dia. kepada daus..ko mmg pandai bawa moto dah!!

:P

Blog ini tidak mengkhusus dalam bidang tertentu. Penulis bebas menulis apa sahaja dalam blog ini (Blog Rojak). Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa.

 

Blogger Template | Created by Adam Every